Perlu saling menjiwai, menjiwang-jiwang uiii hahaha. Lama tak berblog jiwang-jiwang tau tak, ini bukan jiwang karat, ini betul-betul menjiwai jiwang gituuu 😂

You, you memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut

Kenapa you cute sangat
Even bila muka ketat 

Hahahaha, rama-rama pun lalu...🤣🤣🤣

Semalam, balik kerja dia pickup si kecik, i balik rumah terus terkejut tengok wahh lantai bersih, katil kemas, rasanya siap sekali pakej mengemop sebab tak ada sebarang rambut hatta habuk, sekali cek mop memang basah perghhh...tu la aura duduk rumah sendiri. 

Tak payah suruh si hubby ni, dia banyak tolong juju. Sejak mula kahwin 9 tahun lepas sampai hari ini, dia buat tanpa di suruh, sebelum pi kerja dia akan make sure rumah dalam keadaan bersih dan cantik. 

Tapi sejak duduk rumah idaman, lagi bertambah semangat tu. I is so happy! 
Hari² macam balik rumah aka mini hotel, yessss!!! ðŸ’ª

Tips cipta BAHAGIA, apa yang juju lalui juju kongsikan apa 9 tahun punya sweet:

  • Solat - jaga solat 5 waktu, doa & istigfar moga Malaikat turut mendoakan kita juga.
  • Masak - masak apa yang korang suka, raikan dan layani suami macam kita layan tetamu dengan muka manis.
  • Suami - surprisekan sang isteri dengan membantu kerja rumah, surprise lah macam di atas, kan sweettttttttttttt tu haha
  • Isteri - lepas buat kerja rumah, pakai cantik-cantik, spray perfume, wangikan diri, bagi suami selesa dengan kita.
  • Suami & Isteri - penat kerja dua-dua, pastikan hari cuti bawa lah keluar, ambil angin di taman atau window shopping pun dah ok sangat, tak perlu berhabisan duit sana sini tak tentu arah, janji ada me time dan us time. 
  • Reward - ala apa yang korang rasa lama tak buat dekat pasangan, buatlah, mesti dia suka. Tak payah tunggu hari jadi je...buat hari yang dia tak sangka. Itu lagi sweet! Mahal tak semestinya buat dia happy, cukup seadanya ikut kreativiti korang.
  • Sembang - ajak sembang, pillow talk, berdua lebih baik. Kalau ada anak, biar dia tgk tv ke dulu, kemudian korang sembang betul-betul punya kualiti. Kadang sembang 5 ke 10 min kalau kualiti memang itulah sparks joy yang korang akan rasa 'saling memahami'.
  • Peluk - sejak 9 tahun lepas sampai sekarang wajib kot juju peluk suami dan anak sebelum pi tempat kerja, tak payah tunggu mandi, busyuk-busyuk tu sedap cium pipi suami dan anak...itu lagi best hahaha.
  • Ucap sayang - ala buat je ayat tomei-tomei, cakap sayang, omey angat ke, haha apa sahaja yang korang biasa ucap. Macam aku suka cakap ayat-ayat manja depan2, jadi macam budak kecik, well kita kan sorang je queen dalam rumah haha.
Di salah sebuah majlis pernikahan sahabat pejabat juju baru-baru ini, dia stay dekat 2 jam setengah semata-mata menemani juju dan rakan-rakan lain meraikankan hari bersejarah rakan juju sendiri. Ini juga satu reward buat juju tau. Reward masa emas!

MasyaAllah, Tabarakallah. 
MasyaAllah (Allah yang berkehendak seperti itu) 
Tabarakallah (Allah berikan kamu barakah) 

Allah, murahkan rezeki dia selalu...setiap saat mendoakan dia selain ibu bapanya dan rakan²nya. 

Sebenarnya, pamerkan bahagia dan kasih sayang tu perlu, macam Ustaz Ebit Lew buat untuk isteri dan anak-anaknya. Bila kita kongsi apa itu bahagia dan kasih sayang, orang yang membaca, orang yang melihat akan turut sama nak juga seperti itu. 

Itulah jangkitan yang kita nak. Jangkitan positif hehe. 

Thank you Allah, ini rezeki bahagia juju, tak payah belanja kek or holiday mahal², buat surprise rumah helok terletak dah cukup buat i rasa CUTE sgt hahaha mmmuahhh...sayang sangat² kerana Allah. 

Luv!!! ðŸ’‹ðŸ’‹ðŸ’‹

11 Comments

  1. Allhamdulillah... semoga juju n spouse dirahmati selalu, bahagia till jannah...

    ReplyDelete
  2. Kemas rumah mmg suami sy takkan buat...tp dia suka berkebun dan buat landskap keliling rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sis, saling sama buat tolong menolong apa yang diminati. Janji ada saling menjangkiti kasih sayang cara cipta bahagia tersendiri. Lain orang lain cara bahagia dia. :)

      Delete
  3. So sweet kan. Ha :D Ya suami memang perlu ringankan beban si isteri.

    Saya selalu tolong si isteri buta kerja rumah. :D

    ReplyDelete
  4. So sweet. InsyaAllah, tq sharing tips

    ReplyDelete
  5. Sweet sangat korang nii.. Semoga bahagia till jannah ya juju & hubby

    ReplyDelete
    Replies
    1. You too ciknad always sweet tau, berjangkit habis semua kawan2 hahaha, amin doanya, doa yg sama jua juju doakan. Mmmuahh!

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)