Diy sendiri je banner... ini kenangan manis aku sepanjang pre persediaan.

Seminggu sebelum majlis punya lah sibuk aku. Haa lah sana sini aku survey, macam mana nak buat housewarming yang boleh buat aku ingat sampai bila-bila. Bukan setakat anjur sahaja, tapi aku nak sesuatu yang sentimental value aku buat sendiri. 

Tau tak aku buat apa?
Aku buat banner diy perkataan 'Happy House Warming' sendiri.

Sebab puas aku cari dekat kedai tak ada pulak jual banner ni. Apa lagi aku dapat idea, aku print template perkataan melalui pinterest. Ada banyak cantik-cantik tau, pening nak pilih haha sebab aku print je hitam putih senang, rumah aku dah penuh warna warni sangat. ๐Ÿ˜‹

Tink dapat idea sweet!
Entah macam mana aku semak dalam laci ada manik, terus dapat idea aku jahit manik atas kertas banner ni tau. Inilah sentimental besar aku rasa pertama kali housewarming rumah pertama juju. 

Ringkas je, 1 kelopak bunga jahit diatasnya. Dekat belakang aku soletap je. Siap. Sebab nak bagi nampak efek glitter sikit dan ada seri sikit. Yelah print hitam putih je kan, nak nampak elegan sikit aku buat macam ini. 

Beli tali jenis kertas di kedai kat bawah ni ada jual. Senang stapler je kemudian buat macam banner gantung. Serius aku suka sangat, nanti entry akan datang aku sharing hasil gantungan tu tau. 

Ninso salah satu kedai yang kami borong untuk dua event. 

Satu tarikh, dua majlis serentak.
Oh terima kasih, Tuhan telah berikan 8 tahun terindah bersama dirinya. Takkan ku tukar dengan apa pun di dunia, istimewa sangat dia buat juju dan suami. Abg Qi banyak sangat tolong juju, terkadang rasa dia walaupun kecil dia melindungi diri juju tau. 

Kebetulan majlis ini bukan setakat housewarming tapi bersekali majlis sambutan hari jadi dia yang ke-8 tahun.

Anak Merdeka dia lahir, wajib tarikh 31 Ogos 2020 akan di realisasikan. 

Insya-Allah. Kita buat sampai jadi walaupun masih tempoh PKP. 

Jemputan pun terhad, hanya family dan rakan terdekat sahaja.
Barangan deko majlis. Aku sebenarnya tak tau kenapa aku beli glitter tali tu, aku beli je sebab murah hahahaha, bahaya Ninso ni dari kau nak beli satu dan dua beranak pulak macam-macam!

Masa ini kami tengah booking belon helium 2 set, masa nak lalu ke kedai belon ada pula orang agih bendera Malaysia sempena Hari Merdeka Malaysia untuk keesokkan harinya. 

Berseri kereta kami dengan bendera Malaysia dan dapat mask muka kain corak merdeka juga sekali yeyy

Pinggan kertas gold utk housewarming, pinggan kertas happy besday lego aduiii semua lah aku suka, semua pilihan kami.

Lambakan barangan 2 majlis semua aku tabur atas meja, fuhh colorful sungguh. Masa ini lah seronok sebab semua barang dah ada, tinggal nak deko dan hias tempat yang bersesuaian. 

Tema Lego untuk sambutan merdeka besday Abg Qi. Dia suka sangat Lego. Almost hari-hari main Lego lepas balik sekolah. 

Bila rumah kau kecil je tapi angan-angan nak hias majlis macam expo kau rasa? ๐Ÿ˜
Hahaha aku gelakkan aje, boleh pulak husband aku beli tali banner besday panjang tu nak gantung acaner kan haha aduyaiii.

Sekali tinkkk, aku dapat idea, potong tali banner tu kemudian tampal soletap lekat dekat kerusi. Jadilah seperti gambar di bawah, tadaaaa...

Depan belakang kerusi aku tampal. Hasilnya aku puas hati. Tak payah nak gantung berselirat sana sini sakit mata aku nanti haha, dah la rumah baru sayang ooo nak ikat tali ke sana ke sini. Tempat nak tambat pun tak ada, jadi okey lah kan gini hehe. 
Tema Lego ni memang ngam, plastik meja pun aku beli sekali tema lego, so tak berkecahlah parti nanti berjalan.

Nanti juju kongsikan akan datang tau, macam mana aku deko ke semua hiasan di atas. Seronok sangat, tak tau nak cakap macam mana perasaan tu, lihat banner housewarming aku dah rasa sebak, lihat barangan sambutan besday Abg Qi pun aku rasa dua perasan bercampur baur. 

Lama dah tak anjur party!
Here we come!!!
Tunggu update seterusnya okey. ๐Ÿ’ช

Don't wanna miss a thing?
Baca tips beli rumah dan deko rumah selanjutnya: 

8 Comments

  1. Mesti meriah ni...
    Happy belated birthday Abg Qi ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ

    ReplyDelete
  2. Seronokkan kalau dpt ubah suai rumah sendiri. Liez bila dapat rumah sendiri rs lega sbb apa² pun rumah dah ada..

    ReplyDelete
  3. wah..tema lego la. cantik2. anak2 ida pun suka lego ni. bersepah ada kat rumah

    ReplyDelete
  4. uwahhhh meriah sgt nampak.

    oh btw feel free utk join and meriahkan my giveaway here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. Wow that looks really fun and happening. Of course the kids are also very happy. :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya berparty dalam rumah sendiri.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)