Instagrammable cafe sudah semestinya milik Kafe Kleptokrat. Kenapa julia cakap macam tu? Aku pertama kali datang dah terkesima dengan warna bangunan cafe yang memikat mata, apa orang kata sekali pandang nak pandang banyak kali gitu.😉

Seawal jam 10 pagi, aku sefamili ke sini. Disebabkan dari rumah nak ke sini tak ada lah jauh sangat, jadi kami cadang nak gerak awal. Nak cuba sarapan dan menu lunch sekali harung. 

Brunch terus lah senang cakap, sebab kami nak chill dan sembang-sembang sambil makan dan sudah semestinya nak bergambar haha.

Sana sini ada port bergambar tau dalam cafe...
Aku ingat di aras bawah je, sekali naik tangga dia perrrghhhhh koleksi barangan antik dan dinding cafe yang masih kekal cantik di pamerkan disini tau. 

Anak-anak pasti terkesima melihat sesuatu koleksi barang antik zaman-zaman dulu ada disini tau. Sebab perabot dan tatarias ruang kedai dia buat kita berada di alam 80an. 

Lighthing pula cantik, buat diri tak sedar dari jam 10 pagi sampai jam 2 petang baru rasa nak bergerak keluar dari kafe kleptokrat ni hahaha. 

Nampak tak aku dan famili selesa tu... lagi satu aku nak uar-uarkan berita best ni...korang suka diskaun? 

Dah alang-alang tu upload gambar kat media sosial, korang dapat diskaun masa nak bayar nanti...macam mana tu julia?

Teruskan membaca! 
Bukti aku photoshoot dan share kat media sosial, 
aku terus dapat 30% off, huyoooo, nak?

PROMO
Promosi 20% off dan berpeluang mendapat 10% off lagi jika upload gambar di media sosial & check in di Kafe Kleptokrat. 

Keseluruhan diskaun akan dapat adalah 30%. 
Promosi Kafe Kleptokrat sehingga 15/08/2020 sahaja.

Ya, tunggu apa lagi guys, best gila kan!
 Sebelum order makanan, aku melilau satu kafe. 
Perghhh! Tak caya aku yang snap semua gambar ni weh, memang instagrammable cafe


 Loteng ! Kat sini ada port rahsia, loteng yang besar sesuai untuk orang dewasa je tau. Untuk anak-anak aku tak galak naik loteng ni sebab risiko tinggi lah. Nak tahu ada apa, next picture...

 Port ini, kalau nak riadah main snooker dengan geng-geng kawan why not. Sambil tu boleh duduk dan menikmati makanan. 

Diorang akan serve sampai kawasan loteng ni tau. Gila tinggi hahaha. Aku suka port ni, kira orang luar tak nampak kat mana aku berada syhhhh! Privacy!!!😁
 Ternampak port dinding, terus teringat balang kaca subjek Sains kat sekolah hihi. Uniknya, di susun banyak dan ada efek cahaya, nampak elegan betul. Arghhhhhhhhh! Tu sebab aku lambat balik sebab ralit lepak cafe cam ni. 

Aku ni memang pelik, suka snap gambar interior cafe. Aku suka personal touch, macam gambar kerusi dan meja serta efek dinding cafe ni buat aku lama tenung. Tak semestinya kena perfect wall, bila ada corak sebegini buat kita fikir mendalam pasal interior design perlukan kreativiti !

Nampak tak riak wajah aku tu? Candid dengan rasa kekaguman, lampu, dinding, kipas, lantai semua antik yang cantik. Aku suka bawa camera mirrorless Sony A6300 dan handphone ke mana sahaja, sebab suka shoot gambar bila aku rasa aku nak. 
Aku suka lah kafe ni!

Penat selongkar satu cafe punya sisi pandangan, aku ada kongsikan dalam bentuk video tau. Gambar kat sini cuma sedutan sahaja. Kalau nak tengok kena pi sendiri okey. Nanti tak surprise lah. 

Jom order, dahaga sekali lapar weh. 😋
Knight King
(AssamBoi,Mint,Lime)

Lemonade & Rise of Kleptokrat

 Supervege
(Pumpkin Seeds, Edamame, Corn, Cherry Tomato, Braised Radish, 
Egg, Pickled Vegetables, Flax and Chia Seeds)

Aku peminat vege, sesekali kena boost my energy waktu pagi makan sayuran dulu. Not bad taste supervege ni bukan setakat ada sayur, tapi ada gabungan rasa lain. 👍

 Chicken Teriyaki

Abg Qi si anak julia tu suka sangat makan set ni tau, rasa dia sangat sedap. Tak tau nak gambar macam mana sebab ada sisipan half boil egg, sayuran dan rasa ayam teriyaki tu lengkap. Boleh kongsi 3 orang makan tau bowl ni besar. 

Kleptokrat Big Breakfast 
(Sourdough toast, green salad, cherry tomato, 
sous vide egg, butter, homemade jam, smoked salmon, capers)

Set ni gabungan malay western, rendang ayam tau dalam mangkuk tu makan bersama dengan sourdough toast walllaaaa sangat pergi dia. 

Sourdough bread pernah dengar?
Julia selalu ikuti satu page di media sosial geng wanita-wanita mat salleh suka sangat tayang roti sourdough guna cast iron lepas bakar. Memang kat oversea roti jenis ni terkenal tau, sampaikan aku sendiri rasa nak korek resipi nak buat. 

Tapi, tak sangka langkah kanan aku kat sini, boleh cuba roti sourdough homemade, lazat!
Chicken et Funghi 
(Chicken, mushroom, black olive, tomato)

 Homemade pizza ni sangatlah sedap, berbeza rasa yang di jual segera kat luar tu tau. Tak habis, aku tapau bawa balik, boleh panaskan ulang2 guna oven. Pun masih sedap rasanya okey!
 Dessert, jom kek !

Dua jenis kek homemade yang luar biasa rasanya, nak rasa kek yang unik dan rasa berlainan kat sini memang tempatnya.

Family! 
Eat, Laugh, Talk and We Enjoy so much at Kafe Kleptokrat.
Nanti kami nak datang lagi. Chill betul !

- Video -
Dari lima bintang julia bagi 4 bintang, nak datang sini boleh guna pengangkutan awam macam LRT dan boleh parking berbayar di kawasan berdekatan bangunan Allianz. 

So far, tempat ini jadi port bergambar dan port makan-makan santai buat kami sekeluarga. 

Bagi yang nak ke sini, jangan lepaskan peluang keemasan rebut 30% diskaun dan promosi di Kafe Kleptokrat okey, untuk maklumat lanjut boleh snap dan catat info di bawah. Bon appetit ! 😍😍
Storage Organizer paling ohsem! 
Boleh susun (socks, underwear jadi kemas) - klik SINI

Alamat:
Kleptokrat Kafe
18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 
50100 Kuala Lumpur.

For delivery:
WhatsApp to +6019-222 0262

FREE DELIVERY
KL Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights & Bukit Tunku.

Facebook: Kafe Kleptokrat
Instagram: cafe_kleptokrat

7 Comments

  1. nampak vintage, old school, heritage.. so calm..

    ReplyDelete
  2. cantiknya cafe ni. saya suka jenis old school design macam ni. saya pernah stay kat backpacker hostel kat jalan tun h.s lee ni. memang jalan ni tumpuan para traveler

    ReplyDelete
  3. Wow. Cafe ini memang cantik lar. Banyak lokasi yang boleh ambil gambar. :) Makanan nampak sedap juga.

    ReplyDelete
  4. Cantik design cafe ni..makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. wow..ada style la kafe ni. mmg best untuk gambar Insta ni.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)