Amalan membaca, tambah ilmu kosa kata. Akhbar pula dia baca dikala usia menjengah 8 tahun. Habis satu muka dia baca termasuk waktu solat tu hihi.

Dua sekolah menengah kawasan rumah juju ni kes tahap 3 (masalah disiplin & dadah) dari berpuluh sekolah seluruh Malaysia... 

Kenapa masih tetap berlaku?
Didikan bab adab, didikan disiplin, didikan amal solat tidak dititikberatkan setiap 5 waktu. Tapi siang malam kita doa utk si anak...doa sahaja tanpa usaha ibarat sia sia.  Mana² sekolah kalau nak kata sama je... kalau nak jadi ia jadi.

Macam mana nak bentuk anak?
Bentuk dia sejak kecil rapat dgn kita, apa sahaja jadi lah pendengar setia. Perhatian, marah tu perlu, tapi jangan macam marah seperti musuh. Tau marah² ala disiplin? 

Guna ayat pendek, tapi straight. 
"Qaiser, kemas bilik"
"Qaiser, basuh pinggan"
"Qaiser, homework?"
"Qaiser, solat?"

Tak buat?
Guna seketul ayat je 
NOW!!!! 
SEKARANG!!! 
(Juju mulakan dengan ajakan pujian nak minta Abg Qi bantu basuh pinggan selepas masak, cara ni efektif sebab dia suka buat bila ajakan lembut nada pujian, tiada paksaan dan suara kekerasan)

Dari guna ribuan patah perkataan nak bentuk si anak ni...tak efektif. Dah buat arahan, puji lah...

See kena kat sini timbal balas. Aku suka tau, lepas buat kerja apa² pun org say thank you. Dia punya rasa beban hilang...macam nak buat lagi dan kejarkan perkataan keramat  terima kasih. 

Kita? Suruh manjang, konon nak ajar disiplin... pastu bosan lah si anak, asyik jadi bahan boneka. Sesekali cuba ke bilik diorg tu, belek buku contengan diorg. Pasti ada lukisan istimewa dia lukis mengambarkan isi hatinya. 

Aku selalu intai waktu lepas solat subuh sebelum nak pi kerja, ambil vibes. Wajib cium dan peluk si anak sebelum ke tempat kerja. Agar dia tahu, setiap ketika dia ada perhatian. Ada tempat dia nak berjenaka, ada tempat nak luah, bukan jadikan buruh paksaan buat itu ini setiap hari. 

Anak² ni hatinya lembut...once kita byk kali abaikan hati dan perasaan dia...dia akan cari kwn lain utk luah. 

Kalau kena kwn baik xpelah...kot suruh sama terjebak utk suka² benda x berfaedah ni macam dadah, naya...

Jangan sampai mak ayah x tau sbb fokus kerja. Bahaya.
Masa ni baru lepas tunaikan solat Maghrib, port baru membaca di rumah. Puas katanya duduk di kerusi. Duduk dilantai lagi seronok katanya.
Ya biarkan. Janji dia membaca, satu hari satu ilmu. Didik awal, biar dia suka ilmu. ❤


Disiplin & dadah...part ni selalu org salahkan si anak di sekolah. Berbalik pada punca, parents sebenarnya. Didikan adab. 

Itu pokok punca masalah. Kita lah kena didik diri, sebelum nak didik anak. Sebab bila ego menguasai, apa sahaja non verbal si anak kita seakan buat tak nampak. 

Ikut dia, terang kat dia, do & dont bila masalah disiplin & dadah cuba didekati. Anak² ni tahu, buat karangan tajuk masalah disiplin dan dadah.

Ingat, dia seperti kulit nak inti dibaluti. Maka hiasi kulit hati anak kita dengan inti baik seawal mungkin. Kelak ada usikan nakal dan dorongan negatif, dia pandai bawa sempadan tu jauh² malah mungkin dia akan jadi role model jadi penasihat utk kwn²nya yang terpesong agar tidak terus terjerumus.

Demi masa depan mereka, kita kena buat sekarang. Kita, ibu bapa mereka, bukan musuh dalam selimut. 

6 Comments

  1. Melentur buluh biar dari rebungnya...

    ReplyDelete
  2. Ye..setuju tu. Ibu bapa kena jadi best friend anak anak. Bahaya bila anak anak dah pandai berahsia dan mula menjauhi ibu bapa...

    ReplyDelete
  3. Mendidik anak dari rumah. Emosi anak kena jaga. Tak nak dia pendam macam-macam. Elok dah kita didik, tapi dia memberontak di luar.

    ReplyDelete
  4. setuju..didikan kena tegas tetapi berkasih sayang

    ReplyDelete
  5. Anak yg xemerlang lahir dari keluarga yg terbilang..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Abang Qi. Anak saya Kakak FL suka baca surat khabar sejak umur 5 thn, tapi dia suka tengok gambar jer lah, pastu suruh mommy bacakan. Then,sejak tu saya selalu belikan dia surat khabar The Star, sebab The Star ada segment khas untuk kids, artikel kat situ ada banyak gambar dan kuiz, budak-budak suka lah. Kalau Kakak FL tengok surat khabar tu, boleh ralit dia duk tengok artikel-artikel kat situ

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)