Berduri kemain haha, tapi tak tajam pun, 
kanak-kanak pegang pun selamat sangat. 

Bila bercakap pasal deko rumah, perkara yang pertama terlintas di fikiran julia ialah nak cari sesuatu yang buat mata sentiasa nampak segar dan tak menjemukan. 

Apakah ia?
Haa sudah semestinya pokok hiasan salah satu dari konsep deko. Sudah menjadi satu trend di mana-mana rumah sekarang mesti ada pokok hiasan. Tak kisah jenis besar atau kecil, semua ada kesukaan masing-masing kan?

Julia dah lama buat carian di internet, hatta survey di instagram dan pinterest nak cari ilham kelainan dalam mendeko rumah.

Julia memang sukakan kelainan, sebab bila mata dah terlalu biasa melihat dan mencari pokok yang biasa orang lain beli dan survey, lama-lama naik jemu tau. 

Ini akulah, orang lain okey je kot hahaha, aku lekas jemu pada sesuatu yang biasa nampak di rumah orang. ๐Ÿ˜†

Jadi dah alang-alang masuk rumah baru, mesti nak sesuatu yang boleh menaikkan mood positif dan aura lain dari yang lain. Julia memang suka tatap pokok hijau. ๐Ÿ’š
Punya excited nak cerita, hahaha

Cari punya cari, sekali jumpa. Mata melirik dekat satu instagram ni tau. Bila baca caption gambar seller jual pokok hiasan, mata terpanah tepat dekat pokok aloe vera.

Banyak kali tengok, memang nampak pokok original tau awak. Siapa sangka pokok tu adalah pokok hiasan viral yang julia cari selama ini tau. Memang lain dari yang lain, sebab memang tengah aim nak cari perhiasan rumah nak letak di atas meja makan, atau letak di table top dapur rumah. 

Semak harga, ehh okey sangat sebab harga dia berbaloi dengan pokok aloe vera premium yang dia upload tu nampak seakan sebenar-benar pokok hiasan hidup tau. 

Tak fikir lama dah, terus pm seller Cik Wanie tu lebih detail.

Sampai dah parcel, tak sampai dua hari sampai, tak percaya!

Inilah parcel bungkusan Gdex yang selamat sampai di rumah julia. Suami yang tolong ambil di pak guard bawah rumah. Mujur masa tu suami baru nak gerak pi kerja, dia yang tolong bawakan parcel. 

Balik rumah dari kerja terus tengok bungkusan pokok juju tau, semangat!
Kemas je seller ni balut, di letakkan soletap fragile. Jadi kotak dalam keadaan selamat dan tak kemek langsung. Risau juga kan sebab melibatkan order pokok ni kena hati-hati bab pasu dan sebagainya. 

Kalau daun terkepak ke, patah ke nanti remuk hati hahaha
Tapi semua aku cek bungkusan sangat tip top. 

Tak sia-sia order dengan Cik Wanie. Yes!!! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Kelebihan Pokok Aloe Vera Artificial Plant by Hijau
๐Ÿ’• Premium Quality ๐Ÿ’• Pokok Hiasan Artificial 90% seperti pokok hidup ๐Ÿ’• Menyerikan dan menambah imej ekslusif pada kediaman anda ๐Ÿ’• Postage by GDex

Ekslusif sangat, size yang julia pilih adalah size M. 
Ada banyak size tau. Dari size S, M, L & XL.

Setiap satunya berlainan harga. Nanti korang boleh survey di IG Cik Wanie julia akan sertakan sekejap lagi ye. 
Blooming Artificial Plant Aloe Vera

Just nice size M, sangat sesuai nak letak dekat rak TV putih salju julia tu, lepas tu saje letak dekat coffee table ruang tamu. Pun nampak sungguh elegan. Tak menganggu pandangan bila nak duduk menonton TV tau. 

Jatuh cinta alahai, satu pelaburan yang sangat mengembirakan hati julia. 

Suami pun bagi komen tau, dia cakap. 
"Tak sangka pokok artificial, nampak sungguh pokok betul lah banyak kali tengok pun masih tak percaya. Puas hati la julia beli, cantik dah rumah kita ni...haaa cuba survey ada lagi tak pokok lain boleh deko dalam bilik master pulak"
Aaagituuuuu penangan panahan jatuh cinta di mata seorang lelaki. Siap galak suruh survey lagi pokok apa lagi si Cik Wanie tu jual. Ehh tak pandang seller lain dah, kita melekat dengan Cik Wanie je wakk hahaha. 
Close up, lihat durinya. Tak tajam langsung tau. Walaupun dari jauh dan dekat nampak semacam je tajam rupanya bila sentuh lembut sangat. Kagum jap macam mana lah diorang reka pokok hiasan cun macam ni hehe. 

Ada sisipan warna pink merah di hujung duri. Kalau siapa pernah tengok pokok hidup sebenar aloe vera memang ada tau duri dan warnanya seakan macam ini. Rumah mama julia ada tanam, memang ada yang pesen macam-macam. 


Ramai kawan-kawan komen, semua cakap "Cantik sangat". Awwwwww you all semua memang memahami lah diri julia. Julia memang suka pokok yang seakan sebenar tapi senang di jaga, lagi-lagi macam julia ni tinggal di rumah atas nak menyiram bagai tu limit sangat rasanya. 

Kerja pun tak tentu hehe, jadi pokok hiasan macam ini kena sangat dengan jiwa. 

Setiap hari dapat tatap pokok cantik tanpa perlu memikirkan nak baja ke, nak siram ke dia tetap elok je macam tu. 


Klik video di atas untuk lihat dengan dekat, 
unboxing box bersama julia dengan pokok hiasan idamannya. 

Rating: 5 star !
Luar biasa, serius pelaburan sangat berbaloi-baloi. Jimat masa, wang dan tenaga. Boleh deko rumah dan terus nampak sparkling joy menerawang di segenap ruang. Sejuk je mata julia dan suami menatapnya.

Bagi yang nak survey dan buat pemilihan pokok-pokok dari Cik Wanie, di bawah julia sediakan link instagram dan nombor telefon untuk membolehkan kalian semua wassup je dia. 

Cik Wanie tu peramah tau. Kalau nak order dengan dia, sebutlah pembaca dari blog Julia Johari. Mana tau rezeki ada lagi stok. Sebab pokok hiasan ni memang laku keras. 

Cepat je orang sambar termasuk aku, aku lega sangat dapat sambar satu. Ni pun nak sambar lagi dalam page tu hahahaha doakan aku weh gila pepokok pulak dah. ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’—

Follow
Instagram klik ๐Ÿ‘‰ home.decoaccessories
WhatApps klik ๐Ÿ‘‰ Wasap.my/60133571432/pokokhiasan

15 Comments

  1. Lawanya...terberkenan lah puler...nak usha lah IG dia..

    ReplyDelete
  2. Lawa! Nampak macam pokok betul ja.

    ReplyDelete
  3. Lawa nya. Besar pulak tu. Comel nya kalau wat hiasan kat ruang TV kami. Alahai berkenang betul. Tp kena tunggu turn kalau nak beli ni sebab dah aim pokok palsu lain

    ReplyDelete
  4. cantik, simple tapi menceriakan sudut rumah

    ReplyDelete
  5. Memang cantik lar. Macam betul-betul :)

    ReplyDelete
  6. ini semua tipu..haha..tp nampak real dan cantik..:)

    ReplyDelete
  7. Kak ju..cantik sgt..shida dah pi usha..udah terkenan satu pokok nih pulak ๐Ÿคญ๐Ÿคญ


    Kak ju jemput join segmen shida ye kat blog tq ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  8. memang lawa la Ju.. Macam pokok betul. sebijik..hahah..

    Dalam rumah saya belum ada satu pokok pun ju. malas nak mengelap habuk sebenarnya. hahah..

    ReplyDelete
  9. Mmg cun sgt2 jujue....
    Segar ja mata memandangggg

    ReplyDelete
  10. Nice!! Nampak real la pokok tuuu. Boleh la usha2 ni

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)