Hari ke-14 guna kitchen cabinet. Makin serasi dan semakin sayang. Walaupun kecil, juju rasa ia sangat compact dan pelbagai guna. Jadi setiap laci dapur yang di rangka dalam 3D design tidak dipersiakan begitu sahaja. 

Nanti one day fine, juju nak kongsikan lakaran tulisan tangan juju berkenaan kc idaman, siap sekali sketch susun atur nak letak barang sedia ada di dalam wardrobe tau. 

My friend tengok my lakaran kc sebelum di install, kira macam impian tau. Masa tu belum lagi berjumpa company atau konsultan yang diyakini, jadi juju terjemahkan keinginan dalam sehelai kertas putih. Nanti ye akan datang hihi. 

Sekarang masuk ke sisipan #kitchenorganizing. 
Juju suka explore Youtube & Pinterest, cara susun atur mat salleh. Diorang kalau tengok kc sebelum susun atur tu subhanallah, memang bersepah serabut habislah. 

Siapa cakap mat salleh luar negara tu rajin, haishh sama je macam kita ni semua termasuk aku lah HAHA ! 😆

Siapa cakap aku rajin?
Sebenarnya tak juga, bermacam jenis bekas plastik aku simpan herba dan rempah, lepas tu tiada tagging dan gadget dapur pun semua susun atas top. 

Bila nak persiap bahan masakan, aku punya pisau selalu lah berlaga dengan gadget dapur

Tapi yang jadi kesedaran untuk mengemas dan menyusun atur ni bila kita rasa sudah tiba masanya untuk melakukannya. 

Ya, bila kita dah mula terjebak, ia seakan jadi keseronokkan untuk melihat semua barang ada rumah dan proper place. 

Mata mencari dan melihat pun sedap je.
Tak serabut dan sesiapa yang mengambil alih di dapur takkan rasa susah nak mencari barang. 

Mana lah tahu, ibu sendiri, mertua sendiri atau famili adik beradik bertandang menginap beberapa hari di rumah kita sendiri. 

Mereka nak memasak atau nak buat air sekalipun, semua lancar sebab kita sudah menyusun atur mengikut tempat yang betul. 

Tapi kena ingat satu perkara, menyusun perlu praktikal, sebab tak semua barang di dapur yang kita nak susun diperlukan atau di pakai tau. Kena masuk bin kitar semula.

Teruskan membaca. 
 Beli partition dan pelapik (anti slip matt) di kedai DIY. Ya kedai DIY memang jual, murah je. Janji nampak tersusun dan susun ke semua pelapik dalam kc untuk mengelak habuk, terletak elok dan senang di urus. 

Nak susun macam mana? 
Nak mula dari mana?
Pernah ikuti entry lepas juju susun atur baju anak klik 👉 SINI 

Kalau lupa mohon baca balik entry lepas di atas tu ye. Kisahnya sama sahaja, yang berbeza adalah jenis barang. Kali ini juju nak declutter barang dapur yang sedang dipakai. Sebab ratanya sudah bertahun lamanya, ada yang tak guna pun. 

Semua kerana sebab SAYANG, sayang tak bertempat! HAHAHAHA
Aku lah tu, lepas tu lambakkan semua dalam tempat. 
Lepas tu pening nak cari dan pakai barang yang favourite sahaja, termasuk Abg Qi dan suami sama je, semua nak pakai dan guna barang yang dia suka je kat dapur. 

Apa jadi barang yang TAK JOY? 
Jadi tukun, jadi penghalang besar nak pakai barang beri kesan JOY.

Akhirnya dapur nampak overload, padahal nak guna beberapa sahaja. 
Betulkan?

Ya juju jamin pasti anda juga semua begitu. 
Jom belajar pengajian susun atur barang di dapur. 
 Nampak ada lebihan, gunting anti slip matt tidak terlalu ngam ye. 

Perasan tak gambar deretan barang yang juju beli di kedai DIY? 
Ada pita pengukur, penting sangat beli pita pengukur tu, alah baru RM5 lebih je. Banyak kegunaan nak ukur anti slip matt macam gambar di atas. Takkan nak pakai pembaris sekolah anak ye dak, tak pun takkan la nak main agak-agak, ini menyusahkan tuan badan kc adalah. 

Pelaburan ini perlu. 

Kedua, hamparkan anti slip matt dalam laci heavy duty wardrobe kc korang. Pastikan ukur lebih sedikit agar ia dapat menampung cairan jika ada. 

Kalau bukan heavy duty wardrobe sekalipun, sama je janji kita kena lapik jenis material plastik tebal kalau boleh transparent. Senang nampak kekotoran atau benda asing yang menumpang di dalam kc korang tu. 


TIPS SUSUN ATUR DAPUR
#TIGALANGKAHSAHAJA
Amal Prinsip: Setiap barang, ada rumah.

#Langkah 1 : Kumpul
Sekarang, kumpul segala barang kc kalian di satu tempat. Kumpul ke semuanya dalam satu meja. Mulakan dengan geng kumpulan kecil seperti sudu, garfu, pisau, sudip dan segala utensil. 

Jangan miss satu barang pun, kumpulkan satu tempat sahaja.

Kemudian, tanya pada diri. Barang apa yang paling mengembirakan anda setiap kali guna?
Contoh: Sudu dan garfu mana yang paling selalu di gunakan seharian. Lihat juga famili anda lain, yang mana paling di gemari oleh mereka. 

#Langkah 2 : Pilih
👉Pilih sudu dan garfu (Joy).

👉Asing sudu dan garfu (Tak Joy).
Katakan kepada set yang tak joy ini. 
"Terima kasih sudu & garfu, pernah berbakti kepada juju. Sekarang juju nak kitar semula, harap dapat berbakti beri joy kepada orang lain pula".

Greet/Ucap terima kasih kepada barang, lepaskan.
Semasa ucap ni, pastikan anda dalam keadaan tenang dan tiada gangguan seperti radio, siaran tv dan bersembang dengan orang lain ye. 

Tujuannya kita nak ajar diri merelakan diri kita sebenar-benar dalam mood merelakan barang tersebut di sisih. Bukan dalam mood paksaan atau hasutan dari orang lain ye. 

Anda dengan barang sahaja. 
 Dalam bekas JOY, di luar bekas adalah TAK JOY. 
Ada rakan bertanya, juju kitar semula barang terpakai beri dekat siapa atau dekat mana nak beri?

Prinsip juju, jangan beri barang TAK JOY kepada orang, kecuali memang dia yang nak tau. Pada juju, sebaiknya kita serah sahaja ke semua barang yang terpakai masih elok ke tong kitar semula yang banyak di sediakan di sekitar kawasan perumahan mahupun di Tesco pun ada tong charity barang terpakai. 

Nak tahu lanjut klik entry lepas 👉 SINI

 Hasil pilih barang dapur sedia ada yang JOY.
Baru atau lama bukan persoalan ye, ke semua barang yang juju susun ni semua pakai. 

Sikit je kan, ye biar sikit tapi inilah sebenar-benarnya praktikal.

#Langkah 3 : Susun

Susun memang best buat pertama kali nak belajar susun, tapi nak jadikan ia rutin disiplin kan diri setiap hari bab menyusun ni kita kena buat partition. Lagi bagus ada label sekali. Tujuan utama, latih diri sebelum dan selepas guna pastikan simpan di rumahnya. Jika hilang, kita boleh kira sekilas pandangan sahaja. 

Macam juju baru siapkan partition dalam drawer heavy duty, pakai partition beli kedai DIY je dan setting sendiri kedudukan setiap barang yang selalu guna macam ini. 

Bila nak pakai, sah semua jadi seronok sebab tinggal yang sebenar-benar JOY.  
 Big heavy duty wardrobe 

Jadikan dapur anda minimalis 
Capaian sangat mudah, cara mudah untuk clear table top selepas menggunakan gadget dapur. 

Contoh: Selesai masak nasi, gemburkan nasi. Hidangkan nasi, lebihan nasi kaup semua simpan dalam tupperware. Basuh bekas nasi, lap sehingga kering dan simpan kembali ke dalam rice cooker.

Pastikan cooker semua dalam keadaan suhu bilik, baru simpan didalam "heavy duty wardrobe". Kalau balik kampung dalam jangka masa lama, kita tak payah pening nak lap habuk dan memikirkan apa barang yang masih belum di switch off elektrik.

Pandang sahaja wardrobe ni, semuanya dalam keadaan bersedia 'one stop gadget kitchen'.
Gadget dapur, dulu berbaris diatas table top konkrit. Sekarang semua sudah ada rumah sendiri dalam satu kawasan rumah banglo 'heavy duty wardrobe'. Bergembiralah kalian sepuasnya haha 


Muatan berat & ketinggian ke semua gadget dapur juju telah di ambil kira ye, jadi ia lebih ringan dari menyusun atur pinggan ceramic bertindan-tindan tu tau. 👏

Hinges wardrobe dari "HAFELE Nova Pro". Tarik dan tolak sangat ringan. Kenapa perlu pening kepala nak bongkokkan badan, just style and be bold okey. 

Jatuh cinta gila!
Less is more! 

Akan datang juju nak kongsi tips bagaimana nak jaga ke semua body kc termasuk table top, in and out kc tanpa menggunakan sebarang air. Ya, jangan lap dapur anda dengan air tau walaupun kc anda fully aluminium sekali pun.

Ada barang home care juju akan kongsikan, tunggu ye akan datang. Bye!

Don't wanna miss a thing?
Baca tips beli rumah dan deko rumah selanjutnya: 

8 Comments

  1. Ju, bab disiplin menyusun tu memang ambik masa sangat. Saya memula dulu susun cantik je. Dah lama2 mai malas dia main letak je la ikut suka.

    dulu siap bebel lagi kat orang 2 dalam rumah ni supaya susun, jangan letak je ikut suka..

    dah lama2 tuan dapur yang buat hal. hahaha

    Ni baca entry ju dan2 rasa nak pi dapur susun sudu dengan senduk semula..Hahha.

    Tq Ju.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas diana, juju peratikan setiap kali bab organizing diana mesti komen. Mesti tajuk ni dan tips ni diana suka kan. Terima kasih diana. Semoga dipermudahkan.

      Delete
  2. mmg tgh kumpul duit nak buat kitchen kabinet walaupun dah beli umah 10 tahun lepas..hahaha.. baru ada kesedaran nak cecantikkan dapur.. tq kongsi idea..

    ReplyDelete
  3. Dapur kemas,bersih..nk masak pun mood rajin lain machiammm

    ReplyDelete
  4. Wow memang cantik lar terutama bab heavy duty wardrobe compartment tu yang boleh muat air fryer dan lain-lain. Wow saya tak terfikir pulak yang ini semasa buat kitchen cabinet saya.

    ReplyDelete
  5. akak pun suka benda2 ni.
    tapi tu lah dapur cabinet dah nak masuk 16 tahun dah. nak kena repair sana sini. dan akak pun suka dgn bab2 menampal2 n melabel2 ni.

    ReplyDelete
  6. Cunnnnn.. Sangat2.... Kita pun baru sudah organized dapoq kita...

    ReplyDelete
  7. Inshaa Allah 1day ade bksempatan beli rumah sendiri..shida pn ade nit nk buat kc juga kak ju..blh refer blog kak ju je lps ni. Lps ni nk intai deco2 ruangan rumah kak ju pulak..

    Thanka kak ju..nice sharing kak 🥰

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)