Nampak petugas pakai uniform PPE? Masa ni dah rasa seram dan bercampur perasaan. Allah, lindungi kami semua Allah. 

Hari ini, hari pertama bekerja bagi julia. Setelah melalui ujian PKP berbagai fasa, sekarang ujian PKPB pula kita semua sama harungi. Lebih kurang nak genap 2 bulan tau duduk di rumah. 

Bila nak drive ke tempat kerja pun rasa kekok. Walhal bulan Mei genap juju bertugas di sini selama 10 tahun. Syukur.

Hujan gerimis dipagi hari. 
Jalan tak sesak, sangat selesa. Anak² belum bersekolah. Suhu dicatat buat pertama kali, lapor ke pejabat di pihak sekuriti pagar utama. Bacaan suhu badan di catat 32.1c. Mungkin waktu pagi agaknya suhu agak dingin. 

Nama naik melalui email rasmi jabatan, jam 10 pagi giliran team kami perlu lalui ujian swab COVID-19. Bayangkan lebih kurang 400 lebih kakitangan dan pegawai perlu jalani semuanya di kawasan ini. 

Kelihatan biru putih membanjiri dengan pakaian PPE yang serba lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki. Pertama kali lihat uniform live frontliner di depan mata. 


Aku gelarkan mereka ni semua jaguh. 

Tiada siapa dapat menandingi kehebatan hati mereka bertarung saban hari melaksanakan ujian swab.
Waktu ini, semua kena sembur sanitizer tapak tangan kiri dan kanan. Sejuk dirasakan. Nombor kad pengenalan diperlukan untuk semakan mereka. 
Lihat gambar diatas. Pasukan PPE berbaju biru dan putih diasingkan. Terkedu melihat mereka bekerja senyap, ramai team mereka. Tak putus mata melihat mereka bekerja dengan tekun sekali.

Lepas sanitize, juju perlu melalui satu lagi ujian suhu badan. Kali ini 36.1c. Alhamdulilah, bacaan normal. 

Mass Sampling Covid-19
Selepas itu juju diberi satu borang seperti diatas. Lepas isi lengkap (Mass Sampling Covid-19), juju terus diarahkan untuk tunggu di check point dibawah. 

Tak lama pun menunggu. Terus nama Julia di panggil. Dari zon biru, ke zon putih. Zon putih sekumpulan team frontliner berbaju PPE putih dari atas sehingga ke bawah. 

Saat melangkah, terasa kaki macam lambat nak gerakkan. Macam² difikirkan, semua mata memandang tepat ke arah aku. Dah, malunya rasa. Semua serupa, memang kau takkan perasan mana satu lelaki dan perempuan. 

Gambar dibawah ni, nampak kan dari jauh cara swab test dijalankan. Masa berjalan, byk tempat kosong. Tapi aku pilih tempat second last, kelihatan dari jauh mereka menjemput aku duduk.

Saat Ujian Swab Covid-19
Dia perkenalkan namanya Cik Julie. Dia baca butiran mass sampling aku.

"Saya Julie. Pertama kali buat ujian Puan?"
"Hi Cik Julie, saya Julia, eh kebetulan nama dekat sama Julie Julia haha, ya pertama kali. Saya takut ni".

Begitulah, sempat lagi beramah mesra dengan team diorg. Mesra dan pandai menyusun kata. Serius aku selesa dengan environment diorg cipta untuk aku. 

"Puan, kita ambil swab test melalui hidung, puan perlu mendongak kepala ke atas ya"
"Baiklah, takutnya Allah. Bismillahirrahmanirahim". 

Nampak satu plastik halus dan panjang dikeluarkan. Aku tutup mata rapat². Tak nak tengok. 

Perghhhh saat dimasukkan 
Sekali hunusan halus memasuki rongga hidung, melepasi tekak terus ke anak tekak...

Kemudian aku hampir terjeluak...serius rasa geli tu sampai tersekat bernafas. 

Diorg ajar aku bernafas perlahan-lahan. Mungkin sebab aku panik, dan cemas. Seolah² dirasakan mcm nak muntah.

Tapi okey, cuma rasa geli je waktu mula² masuk rongga hidung. Bila kena anak tekak tu yang rasa tak selesa. 

Nampak, swab test tu dia tunjuk. Allah. Bagaimanalah frontliner hebat² ni lalui selalu. 

Serius aku kagum !

Selesai sudah.
Syukur Ya Allah. Dari rasa panik, cemas, takut nak tidur malam pun termimpi² tau tak hahaha. Aku je kot, org lain okey je. Leganya lepas dah lalui ujian. Kalau tak haishhh macam-macam dok fikir. 

Lihat team juju, semua bertopeng muka. Jarak jauh satu sama lain, tetap nak abadikan kenangan bersama di hari bersejarah. 

Apa yang diharapkan ialah doa. Doa tak putus² agar ujian swab Covid-19 kami negatif. Korang, mohon doa semua doakan juju dan team kami semua bebas dari ancaman Covid-19 ye. 

Rezeki, juju dan team dapat buat ujian ni percuma. Terima kasih kepada pihak pejabat kerana prihatin dengan kesihatan pegawai dan kakitangan. 

Kata kawan², mungkin keputusan ujian akan diperolehi selepas 48 jam. Apa pun juju tunggu je nanti. 

Dapat keputusan, juju update kat sini nanti okey. Take care semua. 

9 Comments

  1. Untung dpt free test. Semoga semua kakitangan sihat dan dpt bekerja dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Fuh dpt rasakan masuk ke tekak tu..

    ReplyDelete
  3. dari hidung ke anak tekak..haishh..kena kat diri sendiri harus terjeluak jugak tu..

    ReplyDelete
  4. satu pengalaman yang berhargakan jue.. walaupun takut tapi kita tetap kena harung .. moga wabak covid ni pegi jauh jauh dari hidup kita...

    ReplyDelete
  5. Haish.. tgk kat tv pun takut. Juju cerita ni baru tahu rasa cane.. semoga Allah sentiasa perlihara Juju dan rakan2..Amin...

    ReplyDelete
  6. wah pengalaman yg sgt berharga ni juju...

    ReplyDelete
  7. itu lah
    ada kawan-kawan yang buat test tu
    pastin akan benda sama pasal cabaran nak masuk dari hidung ke tekak tu
    ngeri dengar
    haha

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. .. uish.. saya pulak yg terasa perit tu apa pun thanks share pengalaman berharga ini. Salam perkenalan #845

    ReplyDelete
  9. Pengalaman once in the life time.. liez tgk kat tv cara diaorg ambik test tu ngeri je...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)