Ramai menantikan bagaimana Bantuan Prihatin Nasional akan di salurkan. Info diatas julia kongsikan dari FB rasmi LHDN. 

Bagi penerima Bantuan Sara Hidup BSH yang pernah ada data dan pernah menerima bantuan kerajaan, mereka tak perlu gusar dan tak perlu buat permohonan baru. Cuma menunggu sahaja bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun. 

Cuma bagi kita rakyat yang belum pernah mendaftar, boleh rujuk link di bawah:
Klik perkataan Bantuan Sara Hidup dalam page LHDN http://www.hasil.gov.my/

Masukkan No.Kad Pengenalan:

Line mungkin agak sibuk, maklumlah 1 April 2020. Semua buka pada waktu yang sama, cuba ye kemaskini. 

Bagi yang punya keluarga seperti ibu ayah, pakcik & makcik terdekat yang tak tahu untuk isi online, mohon kita yang sedang membaca info ini bantulah mereka ya. Semoga dapat kepentingan bersama. 

InsyaAllah, semoga urusan kita semua dipermudahkan dalam menempuh waktu genting Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan cara #STAYATHOME. 

Ikut arahan pemimpin dan frontliner kita ya, jangan langgar arahan. Semua untuk kesejahteraan bersama. Take care. 🙋‍♀️❤

2 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)