Resepi Sambal Sotong Kembang Pecah Minyak #JuliaMasak

by - Tuesday, February 25, 2020

Sambal sotong kembang pecah minyak kena ganding dengan ikan siakap goreng garing, terangkat!

Ahad lepas, tak tahu nak masak apa. Bila bekerja bosan dah asyik makan menu di cafe dan di kedai. Waktu cuti haruslah dapur berasap, barulah anak beranak seronok makan air tangan si ibu atau si bapa, kalau si anak rajin apa salahnya bantu ibu bapa di dapur ambil alih jadi chef masak pula.

Pengalaman juju...
Dulu juju masa kecil, juju suka lihat mama dan abah juju memasak di dapur. Masa tu umur 10 ke 11 tahun, dah pegang pisau potong bawang dan potong sayur. Ya, mama ajar juju cara nak sedia bahan memasak waktu itu tau.

Seingat juju, masih kuat di ingatan, umur 12 tahun sudah reti masak lauk pauk seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Gulai Ikan. Itulah lauk yang juju masak tika mama dan abah sibuk bekerja untuk juju sediakan bagi adik beradik makan lepas balik sekolah. 

Waktu alam 90an, mana ada telefon dan WhatsApp itu semua, yang ada telefon rumah itu pun mama sorok buh dalam bilik kalau tak kami asyik kerja nak call polislah, bombalah haha nakal. Kalau tak ada lauk di dapur memang juju turun lah masak paling tidak telur goreng dan masak nasi buh kicap dah kenyang suka hati.

Nak tahu?
Juju pernah berniaga nasi lemak tau masa sekolah, juju sendiri masak dan adik bongsu atau adik lelaki juju tolong jualkan. Dia ada bonus setiap jualan, termasuk juju ada untung sikit terus jalan kaki pi pejabat pos masukkan dalam buku ASB Ting (seingat juju masa tu kalau untung RM10-20 sanggup jalan kaki jauh nak simpan duit tau). Dapatlah beli basikal mountain bike sorang satu waktu itu hasil jualan nasi lemak sambal sotong kering. 

Jadi, dah lama kan juju memasak?
Lama beb, nak memasak sambal sotong kena cara dan bahannya. Mudah je. Jom salin resepi mudah. 
Sotong kembang - kalau ke pasar ada bermacam jenis sotong. Inilah sotong kembang, ada yang suka masak sambal sotong kering dan sotong kecil tu, terpulang ikut citarasa. Tapi nak lebih makan puas juju pilih sotong kembang, boleh makan banyak. 

Resepi Sambal Sotong Kembang Pecah Minyak
Bahan-bahannya:
2 keping sotong kembang - potong belah 2 bahagian, potong kecil dan basuh dengan air garam atau limau nipis. 
1 labu bawang putih - perlu banyak sebab itu tips sedap dan sihat (blend)
1 ulas bawang merah besar - belah 4 (blend)
Segenggam cili kering - potong kecil, rebus dengan air, tos buang biji (blend)

Campak di akhir sekali: 
Asam jawa satu sudu besar - suka yang ada biji cairkan dengan sedikit air, buat perahan 2 kali. 
1 ulas bawang merah di potong mayang

Cara masak:
1) Satu senduk minyak masak
2) Bahan blend di masak garing guna api sederhana besar
3) Masukkan garam dan sedikit gula (jangan letak sebarang perasa MSG, tak elok amal)
4) Bila bahan blend garing dan merah pekat masukkan sotong.
5) Sotong kembang akan mengeluarkan banyak air bila di masak, tos betul-betul sebelum dimasukkan dalam kuali ya. Biar sotong keringkan air secara sendiri.
6) Bila dah kering sikit airnya, masukkan 2 kali perahan asam jawa. 
7) Kecilkan api utk pecah minyak biarkan ia masak dalam 20-30 minit.
7) Masukkan hirisan bawang merah besar sebagai hiasan.

Siap! 
Fuhhh, rasa pedas di hujung-hujung lidah. 
Makan dengan nasi panas tak cukup sepinggan hehe

Oh ye, kebetulan mak pak mertua juju on the way dari Pahang, langkah kananlah boleh makan tengahari bersama Ahad lepas. Syukur, lihat mereka menambah nasi dengan sambal sotong tu rasa seronoknya lahai, syukur dengan rezeki mu...

Selamat mencuba!

You May Also Like

8 Komen Sini [Click]

  1. akak tak pernah beli lg sotong cm ni...makan tu biasa la...

    ReplyDelete
  2. Wah Juju dari sekolah rendah dah pandai masak. Saya lepas PMR baru terhegeh-hegeh belajar potong bahan dan masak.Rupanya kena banyak bawang putih.

    ReplyDelete
  3. tgk pon sedapp sambal sotong kembang pecah minyak tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  4. sotong mcm ni memang sedap buat sambal. dulu sllu beli..skrg dh jarang, teringat plak sotong kangkung..sedapnya

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa terliur tapi dalam pantang takleh ler makan haha

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense