Sebak juju! Hanya Tuhan je tahu macam mana perasaan aku.

Hari yang ditunggu Jumaat, 20.09.19, hari penuh sejarah, tarikh ini tidak boleh aku lupakan sampai bila-bila. Hampir menjangkau 4 bulan sudah aku pegang kunci rumah sendiri. Tuaian perit jerih 3 tahun menunggu melihat ia membesar dari tanah kosong depan mata, akhirnya sebongkah cinta tegap berdiri berada dalam gengaman juju. 

At last, penantian itu sangat bermakna. Peluk kunci rumah ketat-ketat!😢😭 #sebakpegangsurat #rumahpertamanamajuju

Home sweet home juju baru je selesai pindah beberapa minggu lepas dalam bulan Disember 2019. Masa mula-mula sebelum dapat buku kunci berwarna biru di atas, kami kena pi pejabat pemaju bayar cukai rumah & advanced maintanence fee baru keluar waran sah menduduki. 

Pejabat developer cuma beberapa langkah je dengan rumah kami tau, semua dekat, lagi senang kerja nak ulang alik. 

Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar. Sekarang dah duduk rumah sendiri, belajar manage kewangan sebenar-benarnya rumah sendiri. Lain aura tu dirasakan haha. 
Kenangan bulan 9/2019 waktu ini jerebu sangat teruk. Aku slumber tak pakai mask, terlalu gembira pegang surat rasmi rumah dah siap. Allah, inilah hadiah untuk anak aku sebenarnya. Sarang teduhan sebenar buat keluarga kecil kami. 

Sejenis manusia macam aku yang suka travel & duduk hotel, jadi aku pilih rumah yang kena jiwa aku yang sangat suka full facilities, minat aku lah, jangan tanya kenapa tak pilih rumah bawah, kau baca balik atas haha baru hari-hari namanya travel gitu hihi.
SubhanaAllah! 
Rumah kami...waktu ni jerebu sangat lebat, itu sebab suasana di tingkap tu macam berdebu je. Sekarang sudah clear, cerah. Sangat cantik suasana perkampungan sekitarnya. 

Pertama kali masuk rumah, memang meremang bulu roma. Aku tak tahu kenapa, mungkin orang lain dah biasa. Bagi aku, setiap sen aku dan suami simpan duit untuk ke arah ini semua benda sekeliling kami rasa macam nak peluk hahaha. 

Rasa macam-macam. Entahlah kenapa, masuk kereta nak balik aku menangis tau. Siap doa kuat-kuat, terima kasih Allah, Alhamdulilah. Kau perkenan doa kami bertahun lamanya. Barakallah. 

Dapat buku kunci, kami di selia oleh pegawai di pejabat maintanence rumah, habis semua soket, pintu, elektrik, dinding, bilik air dia audit dalam rumah kami. Semua di catat dalam borang depan kami sebelum serahan rasmi kunci tau. 

Sangat berpuas hati. Permandangan kolam, dapur permandangan padang bola sepak, tepi hujung sekali. Ya, aku sangat privacy orangnya, tapi bukan bermakna aku sombong haha, kalau aku terpekik, melolong panggil si anak tak adalah bergegar sangat suara aku tu satu bangunan dengar hahaha. 
View pool plus with great incredibles view at living hall! Saki baki jerebu jelas kelihatan di ruang jendela main hall kami. Kalau datang waktu malam tengok, bercahaya warna warni sangat-sangat cantik.

My first view, kolam renang. Yes! Dengan angin sayup-sayup manja dirasakan, arrrghhhhhhh syok gila. Pasti Abg Qi suka gila, dia kat sekolah masa ini hehe. 

Gym, main hall, sauna, luas sangat, banyak kemudahan lain lagi, senang nak tenangkan otak lepas balik kerja take mood sini dulu, bangun pagi layan mood sini...satisfied! 👍👍
Salah satu port kegemaran Abg Qi hehe, facilities area kami sangat selesa, keluasan setiap satunya sangat dapat menampung jumlah penduduk di sini. 


Jangan lupa buat DEFECT !
Oh ya, bila dapat kunci rumah perkara pertama sekali ada buat senarai semak untuk DEFECT. Apa itu defect korang Google je okey, ada bermacam jenis medium orang kongsikan. Aku baca bermacam versi, tapi nak senang aku taip balik point dia orang tulis dan aku jadikan dalam bentuk table form. 

Senang, suami dan aku boleh bahagi tugas dan buat semakan serta audit. Alhamdulilah, dalam rumah semua okey, tak ada major kerosakan. Bagi aku kalau setakat cat terkupil sikit tak menjejaskan mata memandang aku anggap ia okey dah. 

Tak payah serabut sangat, janji nanti nak buat mini renovation akan ada juga sana sini kena touch up hehe. Tapi kalau korang nak orang pakar cek defect dipersilakan, tak rugi pun sebenarnya dapat second opinion. Cuma aku dan suami dan cepat masuk rumah itu sebab laju reno hihi.

Pssstttt, plaster siling kami dah siap, lampu chandeliar pun dah pasang, langsir pun dah upah dan pasang. Korang nak tengok yang mana dulu?

Dapur? Hahahahaha maluuuuuuuu nak share. Kecik je awak! 😝

(Lepas ni entry pasal rumah jelah berjelar tahun 2020, jangan jemu ye pembaca) 

Baca tips beli rumah selanjutnya: 

26 Comments

  1. Replies
    1. Thanks always pray for me. May Allah bless you always.

      Delete
  2. cantiknya rumah juju..nak jln umah juju la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh-boleh, mai lah KL. Thanks Ciknor always pray for me. May Allah bless you always.

      Delete
  3. seronoknya.. Alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks always pray for me. May Allah bless you always.

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah. Kami tumpang gembira juga 😁

    ReplyDelete
  5. so happy for you... huda pulak tak reti dok rumah atas ni.. dah terbiasa dok kampung, rumah semi d, g sesekali kondo adik kat KL, xleh dok lebih 3 hari, sesak rasa..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks huda, itulah lain orang lain citarasa, rumah parents juju pun landed house banglo, dah puas dok bawah, mmg dari dulu taste ju dok rumah atas pun, secure lebih dan byk kemudahan yg juju nak mcm hotel. Dok kampung senang, dok bandar kerja di bandar memang mencabar.

      Janji dtg rumah orang tak adalah kondem ye dak hahahaha

      Delete
  6. Tahniah kak Juju... Cantik rumah tu...

    ReplyDelete
  7. Keep writing & sharing about your home sweet home juju. Nak cari idea & inspirasi 🤗

    ReplyDelete
  8. tahniah juju.. dah dapat rumah sendiri :-)

    ReplyDelete
  9. Tahniah JUJU.. bukan senang tapi akhirnya dapat jua

    ReplyDelete
  10. tahniah dah ada rumah sendiri..alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. Tahniah akak sebab dah berjaya memiliki rumah sendiri. Asset kekal tu. Kalau jadi apa2 kita masih ada lagi tempat nak berlindung. x de kenderaan buleh naik pengangkutan awam. x de rumah maknanya jadi gelandangan la.
    Done follow your blog...

    ReplyDelete
  12. Tahniah jujue... Kita pun tengah tggu siap reno nk msuk rumah baru

    ReplyDelete
  13. Tahniah Kak Juju.. Akhirnya dapat juga rumah sendiri kan. Cantik rumah tu, ada swimming pool =))

    ReplyDelete
  14. Tahniah juju.. Thn baru dh masuk Rumah idaman.. Xsbr tgu entry seterusnya.. Nice view kt pool tu

    ReplyDelete
  15. Syoknya.. Kami beli rumah teres pinggir KL. Dah duduk lama baru notice yang kami suka rumah tinggi sebab lebih privacy kalau nak buka tingkap. huhuhu.. Cumanya rumah tinggi, sakit sikit nak bayar maintenance tinggi tiap bulan.

    ReplyDelete
  16. Assalam..lama xjenguk blog julia, tahniah dah masuk rumah baru

    ReplyDelete
  17. assalam kak,
    boleh share checklist defect tu tak.
    tq kak really appreciate it

    huda0512@gmail.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)