FoodPanda Offers Delicious KFC Menu for Your Quick Meal

by - Monday, December 23, 2019

Yahuu, juju dah mula bercuti 2 minggu lebih kerja tau. Sekarang sibuk nak pindah rumah dan cadang nak balik kampung shortvacay sekejap sebab Abg Qi kan cuti sekolah. 

Jadinya, aktiviti memasak tergendala sementara waktu. Tapi itu tak menjadi hal besar pun sekarang nak makan apa pun semua ada dihujung jari.

FoodPanda Malaysia Delivery kan ada. Juju memang salah seorang pengguna setia FoodPanda sejak dulu lagi tak kira masa lah sama ada dekat rumah ke, dekat pejabat ke hatta nak surprisekan meal dekat parents juju di kampung pun boleh tau, siapa tak sayang mak ayah sendiri kan.

Sekali sekala kita guna khidmat FoodPanda hantar makanan dekat dia orang berdua, tak payah dia orang masak, rewards mak ayah di kala kita tengah bekerja pun boleh. Abah mama juju pun suka KFC, sampai ke cucu dia pun minat makan KFC haha. 

Semua sekali petik je kat situ, senang. 
Anak juju si Abg Qi sejak semalam ckp nak makan KFC Malaysia, adui semalam kan sibuk mana ada masa nak pi KFC lepas tu hujan lebat lagi lah aku malas nak menapak kat outlet cari parking bagai.

Apa lagi, pantas aku buka apps FoodPanda klik KFC.

Ni hasil order hari ini. Suka lah Abg Qi jap lagi dapat makan KFC hehe

Aku suka la guna apps dia, sebab nak order tu senang dan paparan jelas. Tak ada info tersembunyi. Lepas tu kalau ada promo set lagi syok layan sebab dapat jimat banyak wang.

Aku bayar online je, settle. Set masa pukul berapa nanti rider sampai. Kadang tu pernah aku order makanan, rider sampai awal dari masa ditetapkan. Ehhh aku puji melambunglah sebab masa tu tengah lapar teruk hahaha. 

Aku rekomen kat korang FoodPanda ni sebab mudah, cepat, servis pada masa ditetapkan dan tak perlu pening kepala nak cari parking dan paling penting tak payah beratur kat kaunter haaa...aku tak suka beratur panjang.
Nak tambah lagi satu lah delivery order, Popcorn chicken KFC, Abg Qi memang suka makan sebab senang ayam tu ranggup dan potongan kecil tak ada tulang. Semua tukar air milo, no gas. Hehe yelah jaga kesihatan gitu.

Pengalaman lalu,
Pernah la dulu beratur sampai sejam lebih semata nak order KFC. Leceh, mood pun dari nak makan terus down sebab penat gila beratur. Anak merengek dah lapar, lapar! 

Sejak dari itu, kalau teringin nak makan KFC, aku on order terus kat telefon bimbit dengan apps FoodPanda.

Baik guna cara mudah, FoodPanda kan ada! Semua kenyang, suka hati, lega dapat puas kan hati Abg Qi nak makan KFC Malaysia 👏

You May Also Like

3 Komen Sini [Click]

  1. eh, baru juga order KFC guna food panda. best dapat jimat lepas masukkan kupon

    ReplyDelete
  2. Skarang order makanan dihujung jari.. Xpayah penat2 beratur kan.. Nk plak ada promo mcm2

    ReplyDelete
  3. Wow sedap2 Makanan Kat Malaysia Ni. Macam mana Lah mama x gumuk mcm Ni hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense