Pengaruh TV memang kuat!

by - Thursday, October 03, 2019

Wanita cenderung mudah terpedaya, kalau nafsu mengatasi, habis semua depan TV nak di belinya haha (Sumber gambar: Google)

#SajeKongsi
Tadi mama juju call;
"Assalamualikum, julia. Mama nak julia tolong orderkan periuk ni nama ...... ...... dekat TV ni mama tengok tahan lekat, bagus ni mama tengok. Nanti mama bagi duit. Pakai duit julia dulu beli tau."

"Wksmlm, ya. Mama jenama apa tu jap jap, eja balik satu-satu huruf, nak survey kat internet kot ada org cerita dulu dia guna macam mana. Bab duit no hal, tapi kak long nak survey dulu haha✌"

Mak aku konfiden betul ckp periuk tu sekian2 boleh goreng tanpa minyak, tak melekat, tak tu tak niiiiii...(pengaruh TV mmg power ooo termasuk aku pun kalau tertekan org jual2 kt TV aku pun terpaut sama leka berjam lamanya, bahaya ooo shop shop dibelakang haha.)

Sekali aku Google, baca 1st entry di blog seseorang. Jenama sama, harga dia lagi mahal 2 tahun lepas. Ohh ingat brand baru mak aku tu ckp, rupanya dah lama. Tahun sekarang mak aku ckp harga dia kurang 100 😆

Sekali bila baca review dgn gambar periuk tu menghampakan, blogger ni share periuk tu baru goreng telur dadar melekat teruk gila. Siap tunjuk tang melekat hahaha. Dia ckp sebab terpengaruh tgk TV serupa lah mcm mak aku every year nak beli itu ini. Tapi aku byk tapis dulu, mcm Air Fryer lah, kat TV jual okey aku baca, aku guna okey sbb mak aku beli 2 biji, 1 hadiah besday aku katanya, baik mak juju kan, sayang mak kita!!! 😁 

Bukan aku nak ckp semua kt TV tu tak bagus, ada yang bagus, ada yang so-so, ada yang hmmmmm. Sebab tu sebelum apa2, kita kena bijak sikit. Guna kuasa internet survey apa testimonial pelanggan dulu guna. Selalunya pelanggan pun dikalangan blogger sendiri kongsi cerita pengalaman okey ke tidak, kepuasan hati mcm mana. Mcm mak aku memang tak pandai bab2 internet, so iklan TV mmg cari longgokan pelanggan mcm mak aku. Mujur lah mak aku sebelum beli jenis tanya anak dulu... mana ada anak nak tgk mak dia kena tipu kan. 

Nampak tak kuasa blogger disitu?
Jual lah apa pun, zmn skrg org suka survey pengalaman org terdahulu kongsikan dalam bentuk blog. Kalau bukan bentuk blog sekali pun org tetap akan Google, Google jumpa dlm bentuk blog jugak akhirnya kan... so?

Bila juju terangkan dekat my mum, terus dia reject, terus percaya hahahaha my mum sgt cute, senang dengar cakap hahaha. Sebab dia tahu, anak dia memang suka baca blog orang, cuma dia tak tau aku suka tulis di blog, dia tahu anak dia pernah masuk TV je sebab jadi blogger hahaha. Cuma dia tak pandai internet... so aku bantu dia sebab xnak dia tertipu. 

Tu lah kuasa seorang blogger. 
Jgn main2 ooo penulisan blogger review, sekali review kesan dia jangka panjang selagi blogger tu publish, mcm tailor juju dlu lah, dah bertahun dengan servis dia asyiklah ckp org dtg kedai akak byk ckp baca blog julia. Bila aku nak tempah je nak kasi diskaun. Haishhhhhh xmo gitu....malu lah kak, sebab akak jujur dgn sayalah saya story! 😝

Rasa mcm seronok dapat selamatkan duit mak aku dari kena tipu tadi 😅. Nantilah mak, kita kumpul duit beli aje Tefal kah, Cuisinart kah kot ada buy 1 free 1 nak jugak aku nyelit ye mak...sonang sikit anak omak! Bijak tak anak mak! Haha...😝😝

You May Also Like

12 Komen Sini [Click]

  1. haha suri rumah ke tak suri rumah ke mmg akan terpengaruh kalau ada shop shop kat tv. Tapi yang peling nya apa yang di jual dlm tv tu tak ada pun dia kata buruk/tak elok sesuatu product tu.tapi mcm mana pulak bila sampai ke tangan pelanggan, benda tu jadi hampeh. kat tv kemain helok manis mulut janji manismu bagai. Menipu je kannn. Cis!

    ReplyDelete
  2. Nasib baik mama Juju bertanyakan pendapat anaknya dulu..

    ReplyDelete
  3. Shop shop ni depa ckp scammer paling besaq hahaha. Taktau la. Teringat kes viral yg baling2 pinggan, pinggan pecah adehhh dah la live. Nasib mak akak tnya akak dulu. Haa betoi jgn main2 dgn blogger ni. Semua review keluaq haha

    ReplyDelete
  4. tak semestinya apa yang diiklankan kat tv tu semuanya bagus belaka..bagus julia cari info dulu barang tu sebelum beli.pilihan yang bijak.kuasa membeli di tangan pengguna.jadilah pembeli yang bijak berbelanja

    ReplyDelete
  5. pernah juga terjebak.. shop..shop ni. tp mcm juju. google dulu. dan semestinya kita jumpa blog review. kuasa blogger

    ReplyDelete
  6. mak-mak memang lagu tu. tengok je kat tv, terus setuju..hehe
    nasib baik mak juju tanya pendapat juju dulu. kalo tak..tipah tertipu jadinya..hehe

    ReplyDelete
  7. nasib la juju bijak review dulu. Kalau x rugi beli. Beli la shogun. Best. Dijamin x melekat. Kat aeon ada sale hr tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wokeh, tq kak bg idea. Mak juju tu nak yg non stick...hehehe samalah juju pun tengah cari periuk sebab nak masuk rumah baru nanti.

      Delete
  8. hahaha...org tua memang cepat terpengaruh. Thatway penting review tu

    ReplyDelete
  9. Mmg cpt terpengaruh mak2 kalo tgk iklan.. Mak Akak pernh shopping gk thru go shop.. Beli set makeup Belle cosmetics.. Anknya pn xbeli hehe.. Tp kalo mcm peralatan dapur mcm pan non stick ni.. Ada bc feedback yg dok iklan tu byk tipu.. Ckp je xmelekat tp melekat.. Beli la tefal.. Time sale berbaloi2 juga

    ReplyDelete
  10. anak-anak pun boleh terpedaya tengok iklan kat tv ni..nasib tak pandai transfer duit online..tidak naya.

    ReplyDelete
  11. ye, memang kuat pengaruh tv tu ha..mak mak kita cepat sangat terpengaruh..biasa macam tu juga suka survey dulu okay ke x. kalau okay baru beli

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER