KRABI Part 3 | Tempah online pengangkutan pergi balik airport guna Krabi Shuttle

by - Friday, September 20, 2019

Surprise!!! 
Terkejut Abg Qi bila nampak nama dia dari jauh...ala VIP gitu...murah je!

Krabi part 3 hoyeyyy! Inilah entry yang juju suka nak kongsikan. Yelah, part 1 & part 2 Krabi yang lepas juju banyak cerita pasal persediaan rapi nak ke Krabi betul tak? Bila dah sedia semua kelengkapan, jangan lupa bahagian logistik dari segi pengangkutan.

Ya, pengangkutan dari Airport Krabi ke Hotel kalian lah. Penting tau. Macam juju sangat mementingkan keselesaan dan mengurangkan kepeningan itu sebab aku pilih Krabi Shuttle sejak dari Kuala Lumpur, Malaysia ya. 

Hasil survey
Tinjauan dan testimonial aku dapati dari carian internet mengatakan ramai mat salleh dan orang tempatan kita sendiri kalau melancong ke Krabi, Thailand suka dengan tempah guna Krabi Shuttle. Harga sangat berbaloi dan munasabah.

Macam kami, dari Airport Krabi ke hotel yang terletak di Aonang Beach mengambil masa selama 40 minit untuk sampai tau, kalau hotel korang tempah terletak di bandar Krabi hanya 30 minit sahaja. Tapi rata-rata cakap kalau tempah hotel di bandar Krabi teramat boringnya sebab tak ada aktiviti lain boleh buat selain shopping sahaja.

Motif ke Krabi, Thailand
Itu sebab motif berjalan ke Krabi ni lebih kepada laut dan pantai, shopping tu bukan keutamaan juju bila tiba di Krabi haha, terus kami tempah dekat Aonang Beach Krabi. Nanti aku cerita hotel bajet mana aku sekeluarga menginap, best & selesa! 

Kami sampai jam 10.30 pagi di Krabi, awal betul hehe yelah semangat sampai awal pagi boleh terus mula berjalan kan, jimat masa dan hari. 

Ini butiran lanjut aku tempah melalui Krabi Shuttle, aku letak nama Abg Qi sebab nak bagi kejutan istimewa untuknya buat pertama kali tiba di Krabi. Suka kemainlah dia, macam vip gitu haha bila lagi kan nak fefelling oversea sangat. 😅😂


Harga tertakluk kepada kadar semasa, ini harga semasa julia tempah. Jangan samakan dengan tahun-tahun akan datang. Ada faham ka? 

Selepas dah isi semua maklumat flight arrival & departures, nama hotel terus dibawa ke paparan ini. Jangan lupa download voucher. 

Korang faham kan? Senang betul, ada penjelasan harga, dari mana ke mana dan harga sangat munasabah. Kenderaan pun sangat selesa, serius selesa yang amat sangat. 

Buktinya gambar dibawah, orang yang pickup kami namanya Mr. Sun dari airport guna Krabi Shuttle pakaian sangat smart suka aku tengok bersih, kemain dia pakai cermin mata hitam hahaha risau juju kot dia tak nampak siapa gerangan si Mr. Qaiser ilman tu (Abg Qi lah haha).

Lepas tu, kejutan kedua. Mr Sun ni siap tolakkan bagasi kami tau keluar airport Krabi, halah-halah-halahhh hai, ni macam VVIP sangat layanan. Terus rasa nak keluarkan cermin mata hitam dan flip shawl laju-laju, libas juju libasss sikit hahaha. 

Huhhhhh! Best...best!
Kejutan ketiga, tadaaaaa kemain kereta pun Honda Civic FC baru tau kemain haa, kereta inilah yang jemput kami terus ke hotel di Aonang Beach Krabi.

Apa lagi bergambar sakan lah kami bertiga, Mr. Sun ni sangat sporting dan dedikasi orangnya. Punctual lah aku tengok, cakap pun elok lemah lembut tak kasar. Aku suruh dia ambil gambar kami tau...bukan satu, bukan dua, bukan 3 hahahha tapi.....

Hahaha berkali-kali dia snap haaa...sampaikan aku kena minta hp balik selagi tak cakap, its enough, its okey, done, NO! Baru dia stop! Kahkahkahkah gila tak...sporting gila namanya dia ambil gambar kita orang hahahaha. Lawak betul Mr. Sun ni, gelak membahan lah kami bertiga...😂😂😂😂

Perjalanan kami ambil masa 40 minit ye, tapi bila kau dah naik kereta yang sangat selesa dan bersih, dirasakan 40 minit tu macam 4 minit je awak, syoknya layan persekitaran Krabi, tak henti mata memandang. Sambil tu aku snap gambar melalui cermin kereta. 
Oh ye! Bonus! Ini tak diceritakan oleh mana-mana orang pun tau, aku terkejut masuk je kereta Krabi Shuttle aku nampak ini di belakang seat penumpang. Wah boleh FREE WiFi ! 


Aku on lah terus, lajuuuuu berdesup komen-komen kawan2 di FB dok wish happy holiday dan wassup masuk. Lena di buai mimpi lah aku layari internet sekejap haha. Simkad dah beli belum lagi on, tapi layan wifi sini dulu lah. Syok!
Masjid sekitar Krabi, unik kan! 

Sebak aku bila nampak tugu todak Krabi ni tau, ini bermakna aku dah sampai Aonang Beach Krabi, Allahuakbar! Syukur ke hadrat Allah. Sampai juga impian juju sekeluarga yeyy!

Tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaa nak check in awal, korang nak tahu aku dapat check in awal hotel jam 11 pagi tau. Tak payah tunggu jam 2 petang macam selalu hotel buat tu...nanti aku cerita di Part 4 okey. 
Ini gambar kami bersama kenderaan van masa pulang hari tu, naik van Krabi Shuttle pula, hanya kami bertiga je dari hotel ke airport Krabi tau. Serius, naik van pun van selesa, bersih dan empuk kerusinya luas. 

Dari 5 bintang, dari segi ketepatan masa, keselesaan, budi bahasa pemandu, ke semua servis juju kasi 5 bintang. Aku suka lah perkhidmatan pengangkutan yang disediakan, sangat memuaskan hati dan berjaya buat kami tersenyum dari awal sampai sehingga balik. Terbaik! 

Boleh tempah klik 👉 Krabi Shuttle recommended by Julia Johari ! 👍👍👍

Next....juju nak cerita penginapan hotel bajet kami di Aonang Krabi, nak tahu di mana sila tunggu minggu depan juju update okey. Tak sabar nak cerita hahaha. Jumpa lagi. 

Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Part 2 : Lapan tips barang travel  penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.
Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP 
Part 4 : Hotel apa juju menginap di Aonang Krabi? (coming soon)


Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. senang oder transport siap2 dari malaysia. sampai sana tak payah pk dah. x sabar nak tau juju ddk hotel mana kat aonang tu.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing juju...boleh jadi panduan untuk kami yang nak pi sana pula

    ReplyDelete
  3. klakar la juju.. mr.sun ni hahahah. dpt bayangkan caner ju mintak hp kat dia.. tapi huntung la ada personal photografer bahahahah level che ta bahaha

    ReplyDelete
  4. Ok bagus Juju, sangat detail. Nanti boleh jadikan rujukan kalau nak ke sana.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense