KRABI Part 2 | LAPAN tips penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.

by - Friday, September 13, 2019

Barang penting aku bawa ke Krabi, Thailand. 
Memang nak buat island hopping maka aku sediakan 2 minggu awal sebelum tarikh penerbangan. 


Sangat penting, perancangan untuk bawa barang-barang ke destinasi pelancongan kena sedia sejak awal dari rumah lagi sebelum berlepas. Jangan last minit plan, selalunya bila last minit nak cari di negara orang masa itulah harga mahal dan buang masa. 

Kalau murah rezeki kau, tapi kau takkan nak buang masa nak cari barang bila tiba destinasi impian kan, kita nak terus on projek travel dan jimatkan masa serta tenaga. Ingat !

Aku dapatkan ke semua barang diatas untuk buat island hopping di uptown sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakkan barang di sana jual murah dan harga patut. 

Okey ini senarai barang-barang yang wajib korang kena bawa bila travel, kalau tak buat island hopping pun kalau ada kolam mandi pun sama je barang tu semua perlu. Take note ya. 

# 1.  Dry tube atau beg kalis air / Sunglases / Storage beg / Sarung telefon kalis air / Passport valid 
Banyaknya aku senaraikan haha, ye senang, korang tengok gambar sekeping diatas boleh faham apa aku bawa. Aku 2 minggu sebelum nak berlepas aku buka dah luggage haha. Yelah nak ambil feel. 

Seronok tau hunting barang nak pi travel, ia seakan macam nak naik kapal laut dengan penuh bekalan macam nak pergi sebulan gitu hehe. 

Kedua, aku suka bayangkan diri aku di negara orang, aku dah bayangkan aku akan pakai macam mana, baju macam mana, jika berlaku kecemasan bagaimana ubatan aku bawa dan lain-lain jika perlu. 

Jangan sampai yang tak penting pun kau bawa, macam baju atau seluar yang material berat seeloknya tak payah bawa, buat berat luggage je nanti. Pilih jenis ringan dan tak payah gosok. Buang masalah nak iron bagai, aku pi Krabi langsung tak sentuh iron, tudung aku bawa yang tak payah iron, lilit je tak nampak keromot langsung haha. 

# 2. Selfie stick tripod for smartphone
Hebat ciptaan teknologi sekarang, aku mulanya nak beli tripod je dekat online, rupanya sekarang dah ada jenis selfie stick plus tripod dengan remote guna bluetooth tau korang. 

Ini yang aku nak lompat bintang 1 juta kali...kau mampu ke juju? Bahahahaha...

Serius! Kau wajib beli dekat Shopee, murah je selfie remote stick sekali tripod, kecik, pendek dan senang kau nak bergambar sampai lebam. Bila ditarik tak adalah panjang sangat, tapi bagi aku kau kena bijak dari jauh letak tripod ni agar tak nampak gambar sekerat. 

Tak payah suruh stranger ambilkan gambar, kau sendiri setting dan snap lah dari jauh guna remote kecik. 

Ada mat salleh puji aku guna tripod remote ni tau, dia cakap wauuu so clever. Tetiba aku kembang sebesar negara Krabi pagi buta tu hahaha Jadi bijak okey!

# 2. Stokin renang / stokin snorkeling muslimah
Aku tak beli baju renang, kalau korang ada bajet belilah. Aku suka pakai apa yang ada, tak nak membazir sebab bukan hari-hari aku berenang pun. Pakai baju t-shirt dan long sleeve settle. Try usya Shopee banyak ada stokin jenama ni. Harga agak mahal sikit, tapi berbaloi beli sekali boleh guna banyak kali. 

Material dia sejuk dan sangat sedap di pegang, macam kain baju renang tu. 

Julia berstokin pink bersama Abg Qi di Tup Island, Krabi. Tak risau lagi pasal kebersihan kaki terjamin.

So aku extra care untuk kaki, aku beli stokin renang muslimah. Stokin ni bagus sebab aku dah test bila pijak coral, batu kecik2 tak sakit tau. 

Bukan kalis air sangat tapi ia bertindak menjaga kulit kaki terutama jenis sensitif dan bila kau ke pantai berjalan penuh gaya...ada banyak warna tapi aku pilih warna pink sebab striking aummm. 
Tudia, sambil menikmati panorama indah sunset di Pantai Aonang Krabi, harus bergaya dengan stokin renang pink hahaha

# 3. Tudung tak payah iron
Kebetulan nak travel, kawan sendiri hadiahkan tudung jenis ironless, melompat bintang ke planet Pluto terus haha, ya aku suka. Jimat masa, lagi satu nak travel ni masa adalah sangat-sangat emas. 

Seminit pun aku rasa rugi kalau kau buang masa banyak nak iron pagi petang, malam pun nak iron haishhh...patut-patut lah nak iron tu, kalau rajin iron siap-siap dekat rumah, dan belajar lipat dalam luggage agar tak nampak keromot sangat. 

# 4. Topi untuk bergaya dan bergambar serta elak cahaya matahari berlebihan
Paling aku suka bila travel beli topi haha, ye aku rasa bergaya sangat bila bertopi besar ni tau. Bila lagi kau nak bergambar cantik, inilah masanya. Topi aku made in China haha murah hoi, jangan beli topi bila kau sampai Krabi. Aku dah survey mahal nak mampus, aku beli belas-belas ringgit je, kualiti top sgt. 

Kalau kena tempias air laut, hujan, panas terik topi ini penyelamat tau. Aku terjumpa topi ni sebijik dekat deretan kedai pantai Aonang Krabi tau, harga dia nauzubillah, nak kaya raya sangat owner tu pun hahaha. 

# 5. Sunblock SPF50++
Aku beli dekat 7E Krabi je senang, sebab kat sana ada tiub kecil pakai untuk beberapa kali je. Jimat dan senang bawa dalam beg kalis air. Aku bukan tak nak beli dari KL sebab semua jenis bentuk botol dan besar. Bukan selalu pakai, nanti expired rugi je. 

Kena rajin cari yang ini di 7E sana banyak ada jual, sudah semestinya brand aku suka Nivea. Suami dan anak julia si Abg Qi guna yang ini, lumur dekat muka, tangan dan kaki. At least protection tu penting. Bahaya tau sinar UV matahari. 

# 6. All in one universal travel adaptor. 
Ini suami aku beli dari KL lagi, adaptor aku dulu mana entah aku campak hilang sokmo hahaha. Kali ini beli yang mahal sikit lah, bagus beli yg ada banyak port USB, kami boleh caj hp 2 set dan power bank sekali harung hooyehhh! 

Bawa tau jangan tak bawa sebab negara luar ni soket plug bermacam rupa. 

# 7.  Cardigan long / short. 
Nak pose gambar cantik kena ada cardigan barulah nampak santai dan gambar ada kelainan. Aku suka long cardigan, jadi bila lepas mandi air laut, basah kan boleh sarung cardigan. Jadi bila pose bergambar tak adalah nampak baju melekat-lekat di badan. Gambar pun cantik. 
Long cardigan ni ramai kawan-kawan dan pembaca aku puji hehe, bila lagi nak bergaya di tempat orang kan, sambil tengok permandangan cantik, diri sendiri pun kena cantik juga barulah semangat travel ! Tak gitu kawan-kawan haha. 😍

# 8. Ubat-ubatan ringkas.
Sangat penting, ubat jangan lupa bawa kalau pergi travel. Sebabnya dia lah 1st aid kalau berlaku kecemasan tak dijangka. Sakit perut, kulit luka, melecet, pening kepala, macam nak demam apa saje boleh jadi di negara orang.

Nampak tak ubat tablet arang hitam tu, paling penting kalau kejadian muntah cirit, angin bergelodak yang sangat ekstrim. Beli utk guna bila betul2 perlu sahaja. 

  • Minyak botol biru
Minyak tu wangi, ada bacaan surah ayat rukyah, juju beli 2 botol dgn seorg ustaz penceramah di pejabat lama dah. Katanya kalau anak atau family kita susah nak tidur, ada gangguan macam rasukan kita sapu sikit di kedua pergelangan tangan dan di tempat2 tertentu. InsyaAllah, apa2 bagi salam dan baca doa dulu sebelum masuk bilik hotel. Semoga Allah jaga.
  • Macam banyak kan juju bawa.
Semua akan dipecahkan kepada 2 tempat iaitu backpack husband & wife. So masing2 sudah ada 1st aid untuk dirawat diri & org lain yang bukan family memerlukan. Jgn kedekut dengan ubat, mana tahu kita jadi penyelamat kecil untuk org lain juga. Untuk anak, jgn lupa bawa ye minyak angin  selalu sapu sikit masa dia tidur. 

Ubat demam dari klinik beli yg baru ye standby...kdg2 anak terkejut dgn perubahan cuaca dan suhu. So ada little helper tlg.

Info penting korang kena take note...cecair ubat yang tidak mendatangkan bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus di dalam plastik yang diikat ketat. Ingat tu!
Banyak beli dekat Watson je senang. 

Okey, padat dan ringkas 8 tips persiapan travel kena sediakan dan buat. Julia telah cerita entry sebelum ini "Tips bagaimana nak rancang bajet travel ke Krabi di Part 1". 

Kalau terlepas boleh baca link di bawah. Akan datang julia nak cerita paling penting, tempah kenderaan sendiri dari Airport Krabi ke Hotel, Hotel ke Airport Krabi cara VIP, janji murah dan selesa tetap carta No. 1. Haaa best kan, tak sabar nak tahu kan... tunggu tau. Julia suka atur masa semua ikut on time, tak payah buang masa terhegeh-hegeh depan airport nak cari kenderaan dan nak tawar menawar. 

No, no, no...time is running guys! 
Stay tune!

Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Part 2 : Lapan tips barang travel  penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.
Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP 
Part 4 : Hotel apa juju menginap di Aonang Krabi? (coming soon)

Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

You May Also Like

7 Komen Sini [Click]

  1. bestnya trip ke kraabi ini. persedian mmg kena buat rapi. btw cantik stokin pink tu hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh nice tips sis. lpasni takde lah eh tak bawak , alamak tertinggal. Eh perlu ke? kan kan haha

    ReplyDelete
  3. antara tips yang sy tak pernah checklist, stoking muslimah.. mgkin sbb tak pernah travel dengan orang puan kot, tu tak terfikir pulak.. yang lain2 tu mmg dah selalu ade bawak.

    nice tips btw ;)

    ReplyDelete
  4. bagus tips2 nya,,uwaaaaa tgk gambar juju,rindu karabi sobs sobs...

    ReplyDelete
  5. wahh..bestnya..bagus tips..yang tripod tu dah lama ada..hehee..

    ReplyDelete
  6. Stokin tu memang wow haha.. Well prepared & well planned betoi juju ni, jom high-5 sebab sekepala :D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER