Cetaphil Gentle Skin Cleanser merubah kehidupan seharian saya!

by - Wednesday, August 14, 2019

Aku dengan kulit, ya bagi yang betul kenal rapat dengan aku sudah tahu aku mempunyai masalah kulit sensitif sejak 2 tahun lepas. 

Bukan sejak bayi ye, sudah umur pertengahan 30an aku alami perubahan kulit sensitif, sampaikan kena jangkitan kulit dan aku pernah diwardedkan di hospital kerana jangkitan. 

Doktor pakar dermatologi yang aku rujuk di hospital besar juga mengesahkan yang aku tak boleh guna sebarang produk, hanya produk yang pengesahan dari pakar sahaja boleh digunakan, di situ aku mengenali Cetaphil.

Pengalaman mendewasakan aku.
Farmasilah rakan baik aku, ke mana sahaja aku selalu intai bukan sahaja Cetaphil tapi produk lain juga. Tapi lama-kelamaan aku guna produk lain tidak ada yang menunjukkan sebarang perubahan. 

Malahan beri masalah aku lagi berlanjutan adalah, sampaikan aku menangis, apa yang tak kena, pakai itu ini pun tak kena. 

Cetaphil!

Aku baru teringat yang ini aku belum cuba, aku terbaca berpuluh testimonial mengatakan Cetaphil banyak membantu kulit sensitif malah ada yang lebih teruk daripada aku sembuh secara perlahan-lahan hanya kerana menggunakan ia secara rutin.

Aku tahu ia agak pricey sedikit, tapi kerana kulit dan keadaan seharian yang memerlukan aku bergerak ke sana ke mari membuatkan ia sedikit terjejas, itu belum lagi aku kongsikan rasa rendah diri. Maka aku melabur pada Cetaphil, harap ia dapat membantu.

Hari demi hari, bulan berganti bulan. Tau tak apa kesan pertama dan sekarang aku rasa?

Ia tidak berbuih langsung, malah bila di sapu di kulit yang merah, pecah, retak dan berdarah sekali pun ia tidak SAKIT. 

Ya tak sakit, lembut sungguh cecair Cetaphil, bukan hanya di badan malah di wajah pun julia cuci dengan Cetaphil tau. 
Kira 2 dalam 1, satu badan boleh guna pencuci Cetaphil. Baru aku tahu, ia sangat menjimatkan dan menyihatkan kulit secara lembut dan tidak merengsakan. 

Apatah lagi jari jemari dan kedua kaki yang bermasalah, situlah paling menyedihkan saban hari. Itu sebab aku tak boleh guna sebarang produk lain melainkan Cetaphil, pelaburan yang berbaloi dan sedikit sebanyak mengembirakan aku. 

Produk ini sesuai digunakan untuk kulit:
1. Normal
2. Sensitif
3. Kering & sangat kering
4. Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema, jerawat & psoriasis. 

Cara menggunakan pencuci muka Cetaphil Gentle Deep Cleanser.

1. Guna air - sapukan pencuci ini pada kulit wajah dan badan yang lembap terutama kawasan yang selalu naik jerawat dan kulit bermasalah. Gosokkan perlahan dan bilas. 

2. Tanpa air - sapukan sedikit cecair ke kulit dan gosok perlahan sebelum mengeluarkan lebihan cucian dengan menggunakan kain lembut.

Kandungan Cetaphil
Hasil pembacaan mendapati ia tidak mengandungi unsur paraben dan kandungan ajaib dari sebotol Cetaphil ialah Purified Water, Cetyl Alcohol, Propylene Glycol, Sodium Lauryl Sulfate, Stearyl Alcohol, Methyl Hydroxybenzoate, Propyl Hydroxybenzoate, dan Butyl Hydroxybenzoate.

Kandungan PH seimbang beri kelembapan maksimum untuk keseluruhan kulit di badan serta wajah tak kira berada dalam keadaan cuaca panas mahupun sejuk ia menjaga tekstur kulit dalam keadaan baik.



Memang terbukti merubah kehidupan seharian saya!

Setiap malam aku sendiri tidur menggunakan penyaman udara, memang bila kita ada masalah kulit lagi bertambah kering dan retak bagi kulit sensitif macam julia. 

Maka dengan menggunakan cucian Cetaphil Gentle Skin Cleanser ia seakan melindungi kulit aku dari terhidrat, kini ia rakan baik aku setiap hari tak kira di mana juga aku pasti membawanya bersama. 

Oh yea, ia ada dijual dalam bentuk travel pack juga tau, senang kalau makan di luar nak cuci tangan julia keluarkan botol travel pack Cetaphil dari beg tangan. 

Tak perlu risau lagi kalau terlupa nak bawa pencuci wajah, guna sahaja Cetaphil untuk membasuh muka pada bila-bila masa dan di mana juga. 

Senang kan? 

Cubalah, pasti anda akan rasa apa julia rasa. Anda boleh beli sama ada di farmasi atau melalui online, klik untuk maklumat lanjut:

You May Also Like

6 Komen Sini [Click]

  1. SA pun dah usyar dah Cetaphil ni...sebab ianya bagus sebab pembersih yang bukan berasaskan sabun kan....

    ReplyDelete
  2. Ema pun pakai cetaphil.. siap bawa ke Afrika ni..

    ReplyDelete
  3. farmasi pun rekomen cetaphil utk masalah kulit.

    ReplyDelete
  4. bagus ni.
    time Nurin memula berjerawat dulu, kakak aida suggest dia guna cetaphil ni.
    dia doktor. so, memang ok la kan.
    rupanya, di farmasi pun, ini yg dicadangkan.
    bagus.
    berkesan.
    and lembut utk kulit kanak2 / remaja.

    ReplyDelete
  5. Suka pakai cetaphil. Gentle for skin dan sesuai untuk seisi keluarga. Pi travel paling senang. Bawak sebotol jer semua boleh pakai.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER