Tengah survey dekat kedai Himalaya Wellness. 

Kalau korang selalu baca blog julia, pasti tahu sejak bertahun julia guna produk Himalaya Wellness. Dari syampu rambut, perapi dan ke kulit produk Himalaya sentiasa julia pakai tau. Termasuk anak sendiri, Abg Qi pun guna produk Himalaya. Sesuai dan tidak merengsakan kulit. Bila kita guna produk luaran bagus bertahun lamanya, sudah semestinya kita kena cuba produk dalaman juga kan. 

Abah mengadu sakit otot. 
Ya, bukan baru abah aku ngadu bab sakit otot, tahu tak bila kita nak solat duduk diantara dua sujud tu, dia tak dapat bengkok kan kaki. Terkadang bila jemaah dengan dia, dia cakap dia kena skip part tu dengan solat duduk.

Dia bukan tak cari jamu, apa nama aku lupa dah dia amal. Dia cari yang natural, tak makan yang chemical produk. 

Sekapal lah abah aku dengan anak dia suka guna produk mesra alam. Bukan tak mahu bergantung pada bahan kimia, terkadang ia hanya bersifat sementara kan, nanti dah habis ubat tu datang sakit balik.

Bukan apa cuba yang mesra alam walaupun kesan dia agak lambat tapi selamat untuk tubuh badan. Oleh sebab itu, aku ke outlet Himalaya Wellness berdekatan dengan rumah sendiri. Sekarang outlet ni memang dah banyak, tumbuh bagai cendawan. 

Aku suka staf Himalaya Wellness, mereka banyak ilmu tentang produk Himalaya. Aku tanya pasal perihal abah aku, dia cadangkan aku beli untuk abah aku Joint Wellness. 
Aku baca belakang kotak Joint Wellness Himalaya, ada di terangkan ringkas tentang NO ADDED. Jelas dan inilah antara sebab utama kenapa aku mempercayai Himalaya Wellness. 

1) Joint Wellness - Menyokong kesihatan sendi.

Siapa yang boleh mengambil produk ini?
1) Orang yang sakit sendi.
2) Lenguh-lenguh badan.


Kebaikan Joint Wellness.

  • Mengurangkan kesakitan & keradangan sendi.
  • Penjagaan lembut kepada sendi. 
  • Anti-radang dan sifat analgesik.
  • Berguna untuk melegakan kesakitan artritis.
Petua kesihatan
Mereka mencadangkan agar kita perlu juga mengekalkan berat badan yang sihat serta ideal. Bila kita dapat mengekalkan berat badan ia dapat mengurangkan masalah sendi. 

Latihan seperti senaman seperti aerobik yang berimpak rendah dan pengukuhan bersama menjadikan anda lebih kuat dan lebih fleksibel. 

Latihan senaman membantu menguatkan ligamen otot dan menyokong sendi. Mula perlahan-lahan dan minta bantuan daripada ahli terapi atau jurulatih fizikal jika anda memerlukan. 

Kemungkinan kesan sampingan
Kapsul Shallaki Joint Wellness selamat untuk kebanyakan orang dewasa, apabila digunakan dengan sewajarnya. Penting: rujuk doktor anda jika anda hipersensitif kepada bahan, sedang mengandung atau menyusu badan.

Bila dengar penjelasan, aku tak fikir banyak dah, ambil satu kotak. Kebetulan ada promosi harga murah kalau beli dua tau. 

Aku pun nak cari supplimen dalaman aku sendiri, baru-baru ini aku punya sistem pencernaan tidak berapa lancar, terkadang buang sehari 2-3 kali, terkadang lama tak membuang, bila membuang hajat besar rasa pedih perut uhhhh tak selesa lah. 

Di cadangkan aku ambil Bowel Wellness. 
Vege Kapsul, ye halal, itu sebab senang pilih Himalaya Wellness. 

2) Bowel Wellness - Menyokong pencernaan sihat

Ketahui ramuan Triphala adalah salah satu rumusan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda. 

Bagaimana Bowel Wellness boleh membantu pencernaan sihat?
Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan, yang bekerja bersama untuk melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakkan kesihatan gastrousus.

Siapa yang boleh mengambil produk ini?
1) Orang yang mengalami sembelit kronik.
2) Orang yang senak perut atau kembung serta tidak lawas. 

Petua kesihatan
Hasil bacaan, julia sarankan kita kena rajin makan makanan yang kaya dengan serat. Pengambilan harian buah, sayur-sayuran, bijirin dalam diet harian harus mengandungi sekurang-kurangnya 20-35 gram serat. 

Hadkan makanan rendah serat, diproses, berlemak dan manis. Minum banyak cecair. Air dan cecair yang mencukupi akan membantu melembutkan najis. Senaman secara teratur dengan berjalan cepat, berbasikal dan berenang untuk membantu merangsang fungsi usus. 

Kesan sampingan
Kapsul Triphala selamat untuk kebanyakan orang dewasa, apabila digunakan dengan sewajarnya. Rujuk doktor terlebih dahulu jika  anda sendiri ada masalah kesihatan hipersensitif kepada bahan, sedang mengandung atau menyusu.

Kesan selepas amal 3 minggu?
Joint Wellness: Abah cakap badan dia macam sedap sikit, nak ke kebun pun macam tak rasa lemah badan, rasa badan selesa. Nak solat pun tak ambil masa lama dah macam dulu katanya. Eh, tu baru 3 minggu kalau sebulan, dua bulan? 👍

Bowel Wellness: Nampak tak keceriaan wajah julia? Bila amal tak adalah rasa nak tercirit ke apa, pening ke apa tak ada tau. Sebab aku kan jarang makan buah dan sayur, suka tapi tak amal tu sebab aku perlu Bowel Wellness ni untuk lancarkan pembuangan agar tak senak perut lagi. Kesan seminggu di rasai, nampak rasa pembuangan lancar dan selesa. Ehh best lah! Sekarang aku nak jadikan ia sebagai salah satu supplimen utama untuk dibawa travel ke mana sahaja, senang kalau ada masalah kita cari Himalaya Wellness dulu lah. Yey!

Untuk info lebih lanjut julia sarankan korang rujuk link dibawah:

8 Comments

  1. Produk Himalaya banyak yang bagus2.

    ReplyDelete
  2. bgus sangt kan produk himalaya ni..nad pun guan bowel tu..membuang dengan jayanya ya..

    ReplyDelete
  3. memang terbaik produk himalaya wellness ni..:)

    ReplyDelete
  4. Akak amik jugak bowel tu kalau tetiba perut meragam susah nak membuang, memamg lawas!

    ReplyDelete
  5. dah tua macam kak azni ni lagi laaa kena jaga part joint ni juju oitt....

    ReplyDelete
  6. dah consume dedua lepas baca entry kengkawan pasal 2 produk nih...tunggu ai punya cerita yer pasal produk nih ok ker tak....tak ok siaplah juju...ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak okey maksudnya kena jumpa doktor, juju sharing pengalaman sahaja.

      Delete
  7. Bowel tu sesuai dengan saya kak...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)