Belajar susun buku sekolah ikut jadual waktu sendiri

by - Friday, August 09, 2019

 Khusyuk sangat belajar pertama kali susun buku 

Abg Qi oh Abg Qi, dah masuk bulan Ogos 2019 hoooreyyyy. Minggu depan cuti sekolah 1 minggu dan juju pun cuti juga bertambah lah HOOREYYY haha. Bulan lapan adalah bulan kelahiran Abg Qi korang lah. Semangat nak update sebab bulan kelahiran Abg Qi tau. Yelah juju yang melahirkannya 9 bulan, masih segar dalam ingatan masa mengandungkannya, pengalaman menyeronokkan ada satu nyawa dalam rahim tu tau. 

31 Ogos 2019
Akan genaplah beliau umur 7 tahun, kalau tak juju asyiklah tak nak percaya dia belum lagi tujuh tahun tau. Masih rasa dia baby masyam, masyammm haha. 

Hmm, dekat lapan bulan lamanya walid dia selalu susunkan buku sekolah dia tau. Abg Qi releks je lah sebab ada orang tolong susun buku sekolah. Ish-ish tak boleh jadi ni, Abg Qi ni dah pandai membaca, maka harusnya dia dah sesuai untuk mengorak langkah mencuba susun jadual buku ikut hari. 

Aku malam tadi nak seterika baju, sempatlah bagi dia semangat untuk yakinkan dia boleh susun buku sekolah dalam beg sekolahnya sendiri. Waktu ni baru lepas buat kerja sekolah, itu yang sepintas lalu aku nasihatkan dia yang dia boleh buat.
Tak ada meja belajar khusus untuknya, nanti kita hijrah ke kediaman baru ada duit lebih umi dan walid nak beli meja belajar khas yang cantik untuk Abg Qi belajar dan buat kerja sekolah. 

Waktu ini walid dia belum balik kerja, kalau aku je dengan dia memang dia senang dengar kata. Kalau ada walid dia kan sangat manja dengan walid, maka kalau aku minta suruh dia apa-apa macam dia pandai melengahkan supaya walid dia boleh tolong buatkan untuknya.....bijak, pandai sangat ye hahaha. 

Bila orang kanan dia tak ada, apa lagi cepat lah juju masuk jarum motivasi. Memang dia sekali suruh je dia buat, sebab aku tak suka guna ayat suruh secara memaksa. 

Ayat suruhan aku berbunyi begini, "Qaiser dah pandai membaca, umi yakin Qaiser mesti boleh tengok jadual sekolah sendiri tau, cuba Qaiser buat umi nak tengok"

Aku guna teknik memuji diawalan ayat, di pertengahan kaedah memujuk, ayat ketiga aku masukkan ayat menyuruh. 

Ayat : Memuji ----> Memujuk ----> Menyuruh
Ni tips aku, ingat senang ke? Aku kena fikir dulu ayat sebelum keluar pada Abg Qi. Dia bukan robot, tapi seorang yang mempunyai akal dan banyak strategi untuk menepis atau menerima nasihat dan suruhan tau. Alahhh macam kitalah yang dah tua ni, bila ayat penyata suruhan memang kita tak berminat nak ikut...tapi kalau orang gunakan perkataan "tolong, bolehkah"cepat je kita rasa nak buat kan.

Macam itulah dengan dengan anak-anak. Kena lembut tapi ada ketegasan di hujung ayat. Jangan pisahkan ketiga-tiga tips tu ya. 

Mana juju tahu ni?

Aku suka membaca, kadang-kadang aku rangkumkan pengalaman parenting sebenar aku dengan kaedah teori aku baca. Maka memang menjadi. 

Hasilnya...
Malam tadi 8/8/19 dia berjaya susun buku sendiri tanpa aku tunjuk langsung. Ye langsung aku tak tunjuk, tau sebab apa?

Sebab aku yakin bila seseorang pandai membaca, tindakan taakul dia akan sendiri menyerlah dan dia sendiri seronok melakukannya sebab nak tunjuk bukti yang "Aku boleh buat dan buktikan dekat mak ayah aku". Gituuu... 

Alhamdulilah, dia susun dengan jayanya sampaikan aku tak percaya Abg Qi berjaya buat...siap susun beg sekolah cantik-cantik...eh dia hargai pula air tangan dia...ahhh besar dah anak aku...ehhh sebak.

Inilah mak...asal apa anak pandai buat kau nak sebak...asal sebak air mata kau turun walaupun tengah sibuk seterika baju...ahhhh lap air mata. 

Nanti aku nak share satu pengalaman lagi...pengalaman dari hati ke hati dengan anak. Ya aku suka masuk zon hati si anak dalam-dalam, aku nak dia rasa apa orang dewasa rasa dan apa kami rasa kehadiran dia di dunia ini menuju ke akhirat nanti.

Tunggu jap lagi aku update...

You May Also Like

7 Komen Sini [Click]

  1. Bagus abang qi. Dah besar dah. Happy birthday abang qi

    ReplyDelete
  2. tu lah nak cakap dengan anak ni kena ada teknik dan strategi kan Juju. bukan senang nak suruh budak buat something

    syabas Abam Qi. besar dah ye

    ReplyDelete
  3. dh besar dia...dh bole susun buku sdiri

    ReplyDelete
  4. Saya memang dah suruh anak-anak kemas bag sendiri since darjah 1. Tapi saya labelkan buku tu ikut colorlah (colour by date). Tapi sekolahkan biasanya asyik jelah tukar jadual waktu..so lepas tukar tu memang tak tukar color label dah. Tak kuasa emaknya nak buat kerja banyak2 kali.

    Untuk si kakak ok lagi..nama pun perempuan. Teliti sikit kerja doarng.

    Dapat kat si bujang yg dah darjah 3 ni.. lepas dia susun emaknya kene check. Mula-mula kita tolong. Lama-lama asyik salah je, emaknya pun denda. 1 salah satu cubit. Barulah dia fokus sikit masa simpan buku tu. Kalau tak tu main sambar je buku kat rak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mcm2 kerenah anak kan...janji dia mahu kemas sendiri...salah tu perkara biasa janji kita kena semak juga wpun dia sendiri kemas dan nak biasakan dengan buku2 serta jadual. Jgn selalu cubit anak tau, kesian kat dia baru nak belajar...pelan2 sisip kata-kata motivasi biar dia kenyang dengan motivasi dari dia kenyang dengan kata2 marah...sian dia.

      Delete
  5. Bagus abam qi ni.. Juju.. Masa dia 6 y juju ajaq dia baca buku mcm mana ya.. Ingat nk cri 1 kt Adriana

    ReplyDelete
  6. memang la sebak, Ju.
    baby kita dah big boy. pe pun yg dia dah boleh buat tanpa bantuan kita, confirm buat kita sebab :( hu hu hu...
    as for izzat, aida masih susunkan buku dia. aida masih lagi mem'baby'kan dia, Ju.
    anak bongsu, kan... so aida terasa sgt kosong mengenangkan izzat da besar.
    sedih terasa hati.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER