Nak makan sushi, NAK MAKAN SUSHI !

by - Monday, July 08, 2019

Semalam hari Ahad, siap kerja hal rumah tangga termasuk homework Abg Qi terus meluncur ke belah uptown Damansara. Nak sushi, NAK SUSHI umi, walid......dah azan dari hari Sabtu nak sushi, nak sushi, NAK SUSHI. Haishhh sejak bila lah Abg Qi ni pandai makan sushi, serius aku sepanjang mengandungkan Abg Qi 7 tahun lepas tak pernah reti makan sushi apatah lagi nak ngidam sushi, jauh sekali nak ingat pun hahaha.

Dapat kat Abg Qi dia makan sushi tu macam biasa je, suka tengok dia dah pandai belajar makan bukan setakat makanan Melayu, makanan Korea, Jepun dan Thai pun dia dah reti, kalah mak pak dia dah besar tua-tua cam ni baru belajar pandai makan sushi tau. Mujur lah pandai makan, aku plak jadi kemaruk macam nak sushi setiap bulan hehe. 
 Abg Qi order ini, kemain dia order pakai tab kedai ni tau, bukan order guna suara, order dengan jari jemari gituuu...kerlas. 

Kami terjah The Starling Mall di Uptown Damansara, di port ini sahaja kami dah terjah 3 kedai makan tau. Dua lagi kedai makan tu nanti aku share esok, hari ni tak sabar nak share kisah Abg Sushi, ehhh Abg Qi nak makan sushi, pantang sushi semua dia nak order haha mujur lah murah. 

Empire Sushi, selalu pergi outlet jual sushi, tak ada lah tempat makan bagai macam dalam gambar aku share ni tau. Port kami suka beli empire sushi di Berjaya Times Square dan Melawati Mall. 

Ini pertama kami tengok ada kedai boleh makan dalam, mula aku tak berapa menarik nak masuk sebab aku kepelikan lihat dari luar, kenapa ada kerusi banyak-banyak, mana sushi tak nampak pun...alaaaa malaslah.

Bila aku masuk letak je punggung, belum lagi aku nampak apa yang menarik kat sini, yang buat aku tertarik 1st stage adalah order sushi guna gadget, tab. Ye tab tau, setiap table ada tab khas disediakan untuk order, tab tidak dikongsi utk meja lain. Satu-satu ye kawan-kawan, huhuhu kemain!
 Chicken floss sushi, favourite juju sampai bebila, sedap noksss, hishhh kenapa tayang balik dammm!

Second stage yang buat aku nak tergelak bila makanan sampai, bukan orang yang hantar tau, nanti di akhir sekali aku kongsi siapa yang hantar makanan, aku nak tergelak sampai terburai isi perut hahaha. 😆😆😆
 Tuna sushi, kegemaran suami, dia memang suka tuna, nampak cantik dan berseni plak bila order fresh macam ini, selalu kalau beli dekat outlet tak pernah makan dalam kedai memang tak ada meja makan kan, di sini ada tu pelik aku tak leh terima kenyataan kedai jadi pelik haha. 

Padahal syok pekena sushi fresh, order baru dia serve. Yehuuu!


 Fries panas-panas sampai, kuah oren tu agak masam betul tau, tapi bila makan lama-lama jadi sedap masam campur pedas hujung-hujung. Kecur ailio ingat balik hehe. Portion ni 3 orang makan macam kami just nice. 



Baru nak action tunjuk skill pegang chopstick depan Abg Qi, sekali kauuu tergolek sushi chicken floss aku tu hidup-hidup...aduiii bikin malu depan Abg Qi sushi pun, selama ni aku pegang dari tadi okey je bahahahaha.

Abg Qi nak belajar pegang macam mana guna kayu ni, aku suka plak kayu chopstick dia, selalu pakai pegang tak sedap, ini sekali pegang seakan chopstick tu dah sebati dengan jari jemari aku...ehhhh rasa nak beli dan dannnn situ gak...ehh ni kedai makan wehhh haha. 

Inilah tab diorang, kena order sendiri, masuk bakul dan tekan send. Nanti diorang masak ikut order melalui tab, ohhhh kemain. Hebat betul!

Kami dok sini bukan makan sampai kenyang pun, melayan si Abg Qi nak sushi tu je, order cam tu je kat atas. Lain kali nak datang order set meal pula, nampak sedap semua sushi kat sini, puas hati. 


Nak tengok Abg Qi tunggu siapa hantar makanan?
Aku dah terbahak-bahak menahan benda tu hantar makanan, laju plak tu, siap ada lagu dan hon hon tau. 

Astagfirullahalazimmm, dah kenapa comel sangat ni sushi oiiiii, kami bertiga gelak kuat sampai tauke kedai keluar dari kitchen tengok kami hahaha sengeh je dia tengok geng ni makan sushi sambil tergelak2 kuat. 😄😄😄

Tonton tau, mesti korang rasa ia sangat menarik, bukan setakat mak pak budak teruja, anak-anak lagi lah teruja. Ibarat Abg Qi langkah kanan, bukan setakat sushi di idamkan dapat, bonus dapat layanan service comel dari sini.

Kami nak datang lagi, nak bawa family besar, mesti kecoh hilaian tawa tengok dia orang pula terkena dengan service hantar makanan yang super kelakar dan comel hahah. Bye!

Comel kan? dah cakap memang comel tukang hantar pun, kemain ada lagu haaa hahaha😂😂😂

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. Sedap siatur.. Haritu pun kitaorg baru makan shushi tapi order je.. Dekat shogun2u.. Hehee

    ReplyDelete
  2. canggih sangat niii. Betul betul memudahkan,ada tablet utk order. Jadinya, memang cepat la servis.

    ReplyDelete
  3. entry ni mmg best baca...ooo, Empire sushi pun pakai gadget ye order... taktau lak sy, ingatkan di sakae sushi je mcmni... nanti leh terjah..:D

    ReplyDelete
  4. Sedap yer sushi. Kat teganu biasa bawa anak2 mkn kst sushi king jer

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sushi. Selalu kalau teringin nak makan sushi beli kat Aeon je. Boleh try kat sini nanti

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER