Nak anak cepat membaca, kita pun kena membaca depan dia!

by - Monday, July 29, 2019

Ujian hati sebenarnya, Abg Qi baca buku di dapur tika ini, juju sedang asyik masak nasi goreng kegemaran dia, nampak tak aku umpan dia, nak makan kena ikut peraturan, baca 2 cerita pendek, kadang-kadang Abg Qi pujuk "Umi, nak rehat, satu cerita je boleh lah" hahaha (aku ni bab orang pujuk aku cair cepat hahahahaha 😂

Aku tahu, semua ibu bapa nak yang terbaik buat setiap cahaya mata mereka, termasuk aku. Tapi tidak bermakna aku tidak hargai kegagalan si dia. Aku selalu melihat, setiap kegagalan, setiap sesuatu dengusan malas, setiap langkah pertama adalah satu fasa dalam meniti apa itu nikmatnya KEJAYAAN.

Aku juga sebegitu dulu, kerja sekarang sekadar boleh menampung hidup. Tapi aku ada satu  amanah penyambung warisan, sebolehnya aku nak usaha dia dapat didikan sempurna seperti abah mama berikan kepada aku dulu. 

Tidak lupa juga belajar apa itu erti kesusahan, detik merasai kesusahan itu akan meninggalkan dalam diri seorang anak 'dia ingat sampai ke tua' ya macam itulah aku rasa, aku ingat masa aku susah tak ada duit langsung nak makan kat sekolah, melangguk melihat orang lain makan. 

Aku berniaga nasi lemak dengan keluarga nak belajar hidup berdikari bagaimana hasil dijana dari sebungkus nasi lemak sotong dan bilis. Akhirnya membuahkan kejayaan, 4 bulan berniaga je dah boleh beli basikal mountain bike seorang satu tau. 

Tapi aku ada impian, ada cita-cita, aku nak pekerjaan normal dan nak duit banyak, nak duit banyak aku kena bijak menabung, ikat perut, ikat nafsu, pakai kereta biasa sahaja, tapi dahulu itu sudah berlalu, aku sekarang menikmati dari kesusahan dulu. Dulu masa kecil cita-cita mendahului haha, yelah nak jadi itu dan ini tapi Allah acu hidup kita ikut kesesuaian yang kita boleh bawa sebenarnya. Aku syukur apa aku ada. 

Satu je yang aku perasan, semakin menginjak umur di hadapan...aku nampak pengalaman itu sangat menyuburkan sesuatu yang aku tak jangka. Aku selalu ulang kali cakap, "Aku pernah sebak melihat dia tak tahu membaca langsung di usia awal 6 tahun" sejak hari itu aku insaf dan aku kena bantu anak aku sesegera mungkin.
Komik terbaru Abg Qi, juju beli dekat MPH ada promosi di Medan Mara baru-baru ini, nanti aku cerita lain entry buku apa aku beli untuk diri sendiri. 

Aku jarang membaca di rumah, tapi tahun ini aku kena bawa balik paling tidak satu buah buku motivasi untuk aku baca letak bawah bantal. 

Setiap kali aku nak ulit Abg Qi tidur, aku keluarkan buku baca sambil baring. Eh baca sambil baring pun sudah 16 muka surat tau sekali hadap, setiap kali hadap Abg Qi akan rapatkan kepala dia dengan kepala juju, dia tumpang baca dalam senyap. Nak tahu Abg Qi sekarang di tahap mana klik SINI 

Nampak?
Penekanan dalam senyap aku buat, aku tak minta dia baca buku pun waktu tidur dia, tapi aku ajak dia dalam senyap bahawa membaca itu di mana-mana sahaja hatta di dapur pun julia suruh dia duduk di kerusi dan membaca. Bila kita membaca paling tidak sekejap pun cukup beri kesan mendalam dalam otak si anak, bahawa ada contoh dia ingat sampai bila-bila dia kena ikut. Ehh seronok tau jadi ibu ayah ni, ada pengikut setia...siapa?

Anak!

Kedua, aku nampak baru-baru ini dia guna hasil duit sekolah dia beli komik di sekolah. Kadang-kadang ada jualan buku, komik dia beli dua ke tiga buah semua bersandarkan angan-angan dia nak jadi apa hahaha, ye aku pernah berada di situasi Abg Qi, berangan dan terus hanyut perasaan seronok tu. 

Nak jadi macam-macam sambil baca komik doraemon pun boleh berangan nak pi oversea guna pintu doraemon, alih-alih aku dah dewasa, kerja sendiri hasil tabungan aku berjaya ke luar negara paling jauh dah sampai Bangkok dan Jakarta serta Bandung...see, siapa cakap angan-angan mat jenin. Jadi kenyataan gak akhirnya! 

Jangan menidakkan angan-angan si anak. 
Aku dulu pernah tak setuju angan-angan Abg Qi, dia nak jadi bomba...aku selalu cakap bomba je ke? Cita-cita lain tak nak?

Ish aku cepat-cepat tersedar, pekerjaan seorang bomba tu aku lihat dari satu sudut sifat mulia "MEMBANTU". Kalau ikut umur Abg Qi 6 tahun lebih mana dia tahu sangat skop pekerjaan abg bomba ye dak, aku tahu dia suka nak jadi bomba sebab melihat baju seragam, melihat kesungguhan nak padam api, bila dapat padam api dia rasa itu kejayaan. 

Ohhh, bijaknya anak-anak kecil korang tu tau, tu sebab kalau dia membaca buku, biarkan dia berfantasi. Asalkan tidak merepek jauh sangat, kawal secara tidak menyekat perkembangan fikiran mereka. 
Aku hampir nak ambil buku komik ni dulu, tapi aku letak balik, semua okey ada gambar kartun cerita, tapi bab solat ini dia dah biasa buat, bab alpa solat tu biasa kena motivasi sikit puji sikit, so aku beli Misi Angkasa.

Komik, ehh tak eloklah!
Ya, aku benarkan Abg Qi baca komik. Aku rasa aku kena ikut mood budak kecik ni, tak boleh nak strict sangat bacaan pun, kena ada sense of enjoy reading baru melekat lama nak rajin membaca kan. 

Kenapa aku pilih MISI ANGKASA?
Aku buat fast reading, tulisan dia baik, di tulis betul-betul, tak ada ayat singkatan, ada pengisian setia kawan, ada semangat kerja berpasukan, ajar diri anak tepati masa, penggunaan kosa kata lain dari yang lain.
Ulat sutera jumpa longgokan daun, mana mungkin tak jamu mata ye dak, aku pantang tetiba tak rancang nak pergi tempat tu tetiba ada book fair, MPH plak tu, member sale plak tu...kat sini je dah nak dekat sejam habiskan masa...hawau betul si ulat buku haha

ehhhh bagus ni...mana nak jumpa komik motivasi? Dulu zaman julia tak ada pun...sekarang aku bagi abg Qi baca lepas balik sekolah, baca kuat-kuat sebab umi pun nak dengar sama hahaha. 

Nampak tak, bila kita rewards apa dia suka secara diam, dia peluk aku kuat-kuat...Allah, jujurnya hati anak-anak ni kan...aku plak sebak...komik je pun Abg Qi, peluk tak nak lepas umi siap wish terima kasih umi...

Sama-sama!

Aku dah bertahun ikut Harith Faisal, tak sangka depan mata aku jumpa buku dia gilerrrr tak boleh tidur malam membaca hahaha gian!

Nanti aku kongsikan buku biru aku beli ni tau, tak sabar nak sambung baca lagi, kisah mantap kewangan, haaa suka tak?

Kalau suka ikut rapat juju, kalau juju malas update sila pm tepi, kita kasi dia minum kopi sebaldi hahaha 😝

You May Also Like

9 Komen Sini [Click]

  1. tahniah Ju.
    usaha yg bakal membuahkan hasil.
    Qi surely akan jadi ok dan terbaik! in shaa Allah.

    as for izzat, aida ada pembantu - kakak2 nyer.
    diorang ada sessi membaca sama2, Ju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sis menyokong. Mentor paling untung bila dia ada adik beradik, sama ada si anak jadi mentor kepada mentee adik2nya atau sebaliknya, sebab itu asuhan didikan utk anak2 sulung dan pangkat abg dan kakak ni kita kena didik awal, bila dia ada adik...adik2 lain melihat contoh paling terdekat abg dan kakaknya, good job sis aida, mudah kerja kan.

      Mcm Abg Qi belum ada rezeki lagi nak ber adik, sekarang cth dekat dia adalah umi dan walidnya...sebab tu juju buat dulu baru suruh abg Qi baca buku...kalau tak nanti dia besar dah ada akal boleh cakap "Ümi tak buat pun" haaa masa tu mana nak letak muka kan hehe.

      Delete
  2. Yg ni mmg setuju sgt...Eirna pun amalkan cara mcm ni jgk..Eirna mmg gemar membaca.Masa preggy pun masih membaca...Sampai anak2 lahir..Alhamdulilah masa bayi pun anak2 dh mula tunjuk minat membaca...Sampai skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkongsian hebat dari eirna, sebenarnya bila kita pupuk dalam diri suka membaca bahan bacaan yg ilmiah byk membantu neuron2 di otak bekerja dan elak masalah nyanyuk tau. (sekali sekala novel tu okey lah) bila kita sendiri suka membaca, anak2 ikut mentor dia tau...kalau kita tak mula, lepas tu nak paksa anak memang anak pening sebab tak ada contoh dari mula.

      Delete
  3. bagusnya kak juju. Good job! teruskn usaha. Inshaallah nanti abang qi boleh menjadi ornag berjaya sampai masuk menara gading. Saya selalu bawak anak saya ke kedai buku xcess. dan baru-baru ni start bawak dia pergi library seminggu sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sayang, amin doanya. Ini lagi bagus. Kak juju pun suka bawa Abg Qi pergi baca buku di perpustakaan awam, sekarang di shopping mall ada sedia perpustakaan awam mcm di UTC pun sudah banyak, free pula tu. Tu salah satu sumber zero cost dan anak boleh baca sebanyak mana bahan bacaan dia nak...jom seminggu sekali.

      Delete
  4. Post yang menarik. Saya setiap malam baca buku depan anak 2 tahun dengan harapan dia pun akan ikut skali. Saya akan share post ni dengan ramai lg kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak Sam, dipersilakan untuk share, berkongsi dari pengalaman sebenar. TQ again kerana menyokong penulisan julia. BarakaAllah!

      Delete
  5. Bagus cara Juju, akak pun lebih suka belikan anak² buku dari mainan yang tak berfaedah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense