Surya S Great Grain Hidangan Pertama Hari Julia!

by - Friday, June 14, 2019


Selesai bulan Ramadan, menjengah bulan Syawal dan bulan seterusnya. S Great Grain julia amal saban hari sebab nak teruskan puasa qada dan puasa sunat. Kalau pernah baca entry julia sebelum ini di SINI, pasti kalian nak tahu bagaimana cara julia bancuh minuman yang terdiri dari 18 jenis bijirin dan 5 makanan sunnah.

Dulu tercari-cari bijirin yang menarik untuk diamal tapi tak tahan lama sebab kena kunyah dan perlu ada susu untuk makan. Nak bawa travel ke mana pun susah sebab perlu salin bekas kecil dan kena ada mangkuk sudu bagai. Renyah kan, tapi dengan S Great Grain, semua jadi mudah sekelip mata. 

Di mana sahaja julia boleh bawa minuman kesukaan, kalau order secawan air gelas panas kosong pun dah mencukupi di kedai makan, hanya perlu bawa sentiasa je beberapa paket di dalam handbeg, selesai!
 

1 pack besar ini ada 15 sachets, satu sachets pun padu dah isinya. Hanya perlu koyakkan sedikit 1 sachets, tuangkan didalam air panas. Baru ketulan semua cair elok di dalam larutan air panas. Kalau guna air sejuk nanti dia berketul tak sedap nanti nak minum.

Warnanya seakan warna merah jambu lembut, baunya yang sangat sedap bila diminum rasa manis-manis buah. Tidak manis sangat dan tekstur bijiran yang sudah di blend lembut memudahkan kita minum dengan cepat. 

Ada julia terbaca, pengguna jadikan ia sebagai salah satu biskut raya tau. Bijak betul olahan pengguna sebelum ini yang amal S Great Grain. Dia masukkan beberapa sachets didalam adunan kuih raya dan bila uli nampaklah macam warna pink gitu. Wah nanti nak cubalah tips tu. 

Ada juga yang mencampurkan hidangan ini dengan sedikit milo, dan campuran lain. Ikut selera masing-masing sebab nak bagi keseronokkan dalam amal minuman yang penuh serat lagi menyihatkan perlu kepada perkongsian idea-idea yang menarik. 

Ketahui kebaikan 5 makanan sunnah didalam S Great Grain
1. Buah Tin - 'Buah syurga' ini seringkali disebut di dalam kitab suci al-Quran dan juga Hadith. Ia mengandungi pelbagai zat dan vitamin seperti  A, B1, B2, B6, B9, C, E, K, kalsium, zat besi, fosfor, natrium, kalium dan bermacam lagi. 

2.  Madu Madu juga bersifat anti bakteria yang seterusnya dapat mengelakkan penyakit. Sumber vitamin dan mineral kepada badan dapat menguatkan tulang dan membantu sistem peredaran darah. 

3. Habbatus Sauda - Ada orang panggil black seed cukup terkenal dengan khasiatnya seperti anti penuaan, menstabilkan tekanan darah, memberikan kesihatan terhadap kulit dan tulang, sangat baik untuk kesihatan jantung selain daripada dapat mengelakkan daripada risiko kanser. Penggalak pengeluaran susu (milk booster) secara semulajadi terutama ketika sedang berpuasa.

4. Buah Delima - Mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dapat merawat kanser prostat, baik untuk ibu mengandung, melindungi otak bayi semasa kelahiran, memberikan sumber nutrisi kepada tubuh badan dan dapat mencantikkan kulit.

5. Zaitun - Penambah zat makanan, mencuci dan membaikpulih perut serta menjadi penawar racun. Selain itu ia dapat merawat masalah gastrik dan mereka yang mengalami masalah kegagalan fungsi buah pinggang. Ia juga dapat melembut, melicinkan dan meremajakan kulit.

Kelebihan 5 jenis makanan sunnah ini memang kalau digabungkan kita dapat impak yang cukup baik, julia sendiri sudah amal dekat sebulan. Bab sembelit tiada dicatat sepanjang Ramadan, terkadang bangun sahur lewat pun mampu sahur dengan cepat dengan cara S Great Grain. 

Pengiktiran dari JAKIM dan ia sudah semestinya halal untuk diamal untuk semua lapisan masyarakat. Nak dapatkan ia pun mudah, di Watson, Shopee atau farmasi terpilih sekarang dah banyak nampak ia di jual. 

Info lanjut layari info dibawah:
FB: Surya.Malaysia
IG: Surya.Malaysia
Shoppe: Surya S Great Grain

You May Also Like

2 Komen Sini [Click]

  1. byk khasiatnya...bijirin kalo mkn ngan susu bole akak mkn ..kalo jenis bancuh gini xtaula susah skit bab2 minum hehe...tp color pink menarik

    ReplyDelete
  2. Memang bagus khasiat dia, Mas pun amalkan minum!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER