Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Julia Sekeluarga, Inilah Tema Raya Kami Tahun 2019 Ewahhh!

by - Wednesday, June 05, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 semua pembaca setia blog Julia Johari. Wah sudah 1 Syawal hari ini alhamdulilah bangun awal pagi solat Subuh dengan penuh khusyuk, jom kita solat hari raya pula tapi sebelum itu di kesempatan ini julia sekeluarga ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika sekiranya sepanjang julia bersiaran menulis di blog ada yang tidak kena atau terlebih lawak, minta halalkan semuanya ya! πŸ’—

Inilah tema raya 2019 kami, 'Violet Purple' 
Yeyy, lepas siap baju raya terus kami tempah bergambar di studio tau, keterangan lanjut entry lepas klik linkπŸ‘‰ SINI untuk kenangan akan datang. Ini merupakan pengalaman pertama kami ambil gambar di studio sempena khas tema Hari Raya. Syukur semua dipermudahkan dengan baik sekali. 

Eh, jom layan beberapa gambar. Beratus gambar raya kami, tapi julia sertakan di sini hanya beberapa sahaja untuk tatapan semua. Kalau nak tengok gambar lain kena layari IG & FB julia ya, nanti dari semasa ke semasa julia akan update gambar raya kami secara live, kira setiap jam julia upload hahahaha (gila upload nampak, kasi chance la kata raya haha), hari raya jangan muntah tengok kami posing raya sepuasnya tau. 😜😝😘

Abang, dah sedia ke kita nak viral gambar raya kita ni kat blog?
Are you ready? 
Tadaaaaa surprise haha, ni gambar raya ke gambar pre-wedding?
Hahaha meriah gelak ketawa tau tak, aduii susah betul nak pose sebab asyik ketawa tak habis-habis, ingat senang nak pose acah-acah raya, terus kami pose ala-ala baru kahwin. Haaa, lepas ni gambar di bawah ni up setiap tahun untuk sambut ulang tahun kahwin nampaknya...πŸ˜πŸ˜˜πŸ’˜
Suami: Raya ni i tak nak pakai sampin.
Julia: Kenapa tak nak pakai?
Suami: Sebab I nak you sentiasa di samping. ❤
Julia: Awwww pickup line nampak hahaha (blushing) 😍
Julia: Are you beef rendang?
Suami: No!
Julia: Because you buat hati I bergendang-gendang...aaagituuu!
Suami: Hahaha❤
Suami: Julia dan Abg Qi suka makan kuih tart?
Julia & Abg Qi: Suka!
Suami: Itu sebab I sayang you all ke-tart, ke-tart. πŸ˜
Suami: Raya ni, i'll be your lemang...
Julia: And you can be my rendang! πŸ’‹
Julia: Abg Qi suka makan ketupat?
Abg Qi: Suka!
Julia: Itu sebab tengok Abg Qi buat hati umi melompat-melompat.
Abg Qi: Amboi umi, pickup line kemain. Haha❤
Geng beraya 2019 posing, amacam okey tak? Haha macam-macam lagi tau gambar kami,  ke semua gambar beratus tu kami akan cuci dan simpan dalam album raya bentuk hard copy untuk kenangan nanti. 

Kalau nak tengok lagi nanti di bawah sekali julia sertakan link FB, IG, & Twitter untuk kalian semua tengok, jangan lupa komen dan like tau hahaha support sikit kawan-kawan, boleh kenal kewujudan anda semua di hari raya yang bahagia. 

Pertama kali kami tempah E-Card Raya 2019, 
ada lagu raya tau, cepat klik video diatas. 

Paling di nantikan, kemuncak hari raya adalah kiriman kata-kata hari raya betul tak. Tahun ini buat pertama kalinya suami order e-card hari raya bentuk digital, jemput klik dan tonton ye semua. 

Tema pastel e-card raya 2019 kami, awwwwww suka-suka sangat!!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, jom makan kuih raya dan ketupat, lepas tu moh kita berkunjung ke rumah sanak saudara serta rakan taulan. 

Jemput layari sosial media lain untuk terus kekal follow julia:

Selamat beri duit raya dan kutip duit raya haha. Bye-bye! πŸ’•

You May Also Like

8 Komen Sini [Click]

  1. Selamat hari raya kpd puan skluarga

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri 1440H. Maaf Zahir Batin =)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya buat juju sekeluarga 😍

    Hamboi kemain sakan ye berposing haha... Tapi cantik-cantik gambar tu I like :D

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya Julia.. wah.. best betul lah E Card Raya tu.. jakun pulak akak.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Juju, Husben & Abg Qi...amboi umi dia..kemain pickup line...haha

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri juju sefamily..cite raya akak blum update lg..jln2 blog kwn2 dlu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER