Bazaar Raya 2019 PWTC Kuala Lumpur, bazar raya yang kelima kami terjah!

by - Monday, June 03, 2019





























Tahun 2019, tahun kami semangat jalan-jalan ke semua Bazar Raya di KL tau, my husband la paling semangat, dia ckp kalau tak sokong org Melayu kita berniaga siapa lagi, kitalah, ayuhhhh jalan...antara kami singgah ialah jangan lupa klik link biru tu tau:

1. Grand Bazar Raya Ramadan, Bukit Jalil - #checked [link]
2. Bazar Raya Dataran Merdeka - #checked [link]
3. Star Vendors PWTC, Hall 4 - #checked [link]
4. Kedai deret Jalan TAR  - #checked [link]
5. Bazaar Raya PWTC, Hall 1, Dewan Tun Razak - last bazar raya #checked yesterday. 

Hooreyy at last we did it! 👍👍👍
Mana mai entah semangat kami meronda semua (5) jenis bazar raya hampir setiap minggu sejak awal ramadan lagi ni weh 😂😂😂





















Kat Bazaar Raya PWTC belakang Perkim KL ni kami beli kek lapis butterscoth yang sangat lazat, beli mainan piring beyblade Abg Qi, madu ori dari Siti Sarah dan beberapa kuih raya haha kat sini kuih raya homemade nampak menyelerakan berbanding bazar lain tau.

Pastu ada handbag dari Turki buat sale RM100 dari RM180...oh Adynda...buat aku tergoda sama kamu Adynda...geram weh jahitan hbeg tu sangat unik dan ciri kelainan sungguh...oh gila jap!




























Meriah betul ada acara dari artis untuk tetamu yang hadir tau...teruskan membaca sebab julia tengah update macam mana Abg Qi bertuah seorang sahaja dapat 2 sampul raya istimewa dari seorang artis ni best gila kami explorace dalam dewan tau cari jawapan...baca rapat-rapat followers! 😍👍😉





















Adibah Noor
Antara artis yang julia dan keluarga sempat tengok secara live ialah Adibah Noor, Kak M dan Alif Satar in the house! Kebanyakkan artis ini semua ada booth jualan tau, zaman sekarang mereka pandai berniaga macam-macam ada baju rayalah, kurta lah, kosmetik dan lain-lain. Menarik! 
Contest sampul duit raya bermula, nampak baju kuning belah kanan tu Abg Qi lah, semangat betul dia hehe

Jemput tonton video dan gambar Abg Qi di pentas melalui IG julia, ada 10 gambar tau klik next ye, suka dia!







Tuah Abg Qi dapat (2) keping sampul raya istimewa dari artis @adibah_noor terima kasih banyak @bazzaraya.kl . Semangat tau Abg Qi #7years langkah kanan join Bazaar Raya PWTC kelmarin. Semua secara kebetulan tau. Hanya umur 18 tahun je leh join kak adibah cakap, apa lagi laju lah Abg Qi masuk dan kami bagi dia semangat. . Lokasi: @bazzaraya.kl . Contest 1: Cari kerongsang warna merah? Jawapan: Kebetulan julia pakai apa lagi terus bg Abg Qi lari ke pentas! Dapat 1 Angpau yey. . Contest 2: Cari kasut warna biru? Jawapan: Abg Qi sendiri pakai kasut warna biru, terus lari naik pentas tunjuk kaki kooo kt pengacara @realroslanshah hahaha pecah gelak ketawa tgk Abg Qi semangat. 😂🤣🤣🤣 . Memula malu tau Abg Qi pastu dapat jawab soalan dan cari dengan betul melompat lah dia gembira. Byk2 peserta, the only one Abg Qi je dpt 2 sampul duit raya yeyy byk plak tu angpau kak adibah kasi...rezeki Abg Qi sangat-sangat!!! Alhamdulilah, syukur Ya Allah. ❤❤❤ . . Copy paste masuk blog jap lagi hahaha buat kenangan 😍🥰🤩 . xoxo raya 😁 www.juliajohari.com #bazaarraya #pwtc #juliajoharidotcom #positivevibes #kbba9 #beautyblogger #bloggers #nodiettoday #foodgasm #foodporn #fooddaily #spoonfeed #foooodieee #eeeeeats #igers #lifestyle #picoftheday #igdaily #instagramer #like4like #MalaysiaIG #throwbacks #malaysianfood
A post shared by Julia Johari Dot Com™ (@mrsjuliajohari) on



Alhamdulilah, rezeki Abg Qi, dapat dua sampul raya khas dari Adibah Noor, semoga murah rezeki akak selalu tau. Murah senyuman dia, jom abadikan gambar kenangan dengan sis Adibah Noor, i peminat dia tau, kalau dia menyanyi fuhhh meremang remang u ols. 

Antara artis lain malam tu...
Kak KM - nyanyi lagu gerudi u ols, kemain dia gerudi hahaha kerlas kak KM

Penonton-penonton termasuk suami ku hahaha semangat eh Abg kita nonton artis nyanyi lagu raya hehe

Alif Satar - live depan julia tau Alif Satar dendangkan lagu Raihan, lagu ni kan popular so ke semua penonton senyap je saat Alif Satar nyanyi tanpa muzik, live suara, padu bro, cayalah!


Syukur, dapat menyokong ke semua 5 jenis Bazar Raya yang dianjurkan sekitar Kuala Lumpur. Macam travelogue Bazar Raya dah haaa kami ronda setiap minggu. Cayalah!

Lokasi: Dewan Tun Razak, Hall 1, PWTC, Kuala Lumpur

You May Also Like

2 Komen Sini [Click]

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER