Photoshoot Raya 2019 di Studio CVS Production Cheras Balakong

by - Tuesday, May 28, 2019


Semangat! Haa, semangat nak raya ni weh. Korang semangat tak? Jangan tak semangat, kena semangat sekarang, lagu raya berkumandang sana sini dah, kuih raya dah mulai bertambah atas meja dah, baju raya dah siap, aksesori raya semua dah siap. Tapi, ada satu benda yang macam tak lengkap!

Haa, apa dia?
Mestilah PHOTOSHOOT RAYA!!!
Ya, baju raya dah cantik-cantik, smart terletak helok gitu, anak-anak pun gembira tengok nak dekat raya, kenalah catat kenangan terindah dengan gambar yang menarik buat tatapan di hari tua kita nanti, tatapan anak-anak kita menjelang besar nanti.

Julia dan suami dari minggu lepas dok scroll je kat FB, cari studio yang boleh ambil gambar raya. Tapi ada syaratnya, haruslah kena murah, pakej menarik dan dekat. Aku dah pm beberapa studio, suami asyik bagi alasan tak kenan katanya, jauhlah, mahal lah, hmmm, aduiii susah kan, bukan suami je cerewet, aku pun cerewet hahaha. 

Lepas tu aku tertengok satu rakan aku sendiri kongsikan dah photoshoot raya di satu studio ni dekat Cheras Balakong, dia cakap dia tempah di Studio CVS Production. Aku tengok page FB, wahhh ini dia yang aku kenan, murah dan siap pakej photoshoot amal raya. Bijak!

Kami tak tunggu lama dah, terus tempah wasap 016-6664034. Terus tanya pakej apa lagi selain harga diatas, kami setuju nak tempah pakej RM69 ini dia sertakan:
PHOTOSHOOT KELUARGA AMAL RAYA TAHUN KE-3
PERCUMA E-CARD RAYA (KAD UCAPAN RAYA DIGITAL) 
JIKA PHOTOSHOOT DI STUDIO BALAKONG
📍Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami dari pihak CVS Production ada mengadakan Photoshoot Amal Raya. Pihak CVS Production juga bakal menyumbangkan *10% dari hasil jualan photoshoot hari raya* sepanjang bulan Ramadan & Aidilfitri kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah (fb.com/tahfizannurarraudah).

📞 WHATSAPP / SMS SEKARANG! 016-6664034

💖RM49
- 10-20 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)

💖RM69
- 20-30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

💖RM200
- 40-60 min white studio
- 25 edited pictures + Max 20 orang
- Soft copies (25 photos)

⚠ Tambahan :
- Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
- Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" : RM60
- Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi yang tak boleh berjalan adalah percuma)

Lokasi: Studio Cheras Balakong (NOT CHERAS KL) 
B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor.

Waze
C180 Cheras Selatan / CVS Production. 
(Above Dr Voon Clinic & One Print Ads)
Kami tempah slot pagi jam 11.30 pagi. Tenang je photoshoot waktu pagi. Setibanya di sana kami guna waze je, senang dan mudah. Nak cari studio ni pun senang sebab landmark dia atas klinik tu nampak tak arrow kuning tu haa...

Apa lagi pagi-pagi julia sekeluarga berbaju raya haha, kemain dengan makeupnya dan sepatu memasing terus rasa macam mood hari raya dah waktu tu tau. 😍
Ini lah dia CVS Production, canggih studio dia dan lapang. Ada banyak props seperti kerusi untuk gayakan nanti tau. Cermin ada haaa besar pula tu, apa lagi touchup sikit sebelum Encik Iqmal dan Cik Faz nak photoshoot kami. 

Sambil tu tengok keliling studio ni, wah ada dinding ala-ala english style, boleh photoshoot produk kalau korang berkenan. Menarik kan. 

Tudiaa, kemain anak beranak tu photoshoot, Abg Qi mula-mula kekok dan gemuruh. Berdiri tak kena, pusing tak kena haa tapi jangan risau, photografer di CVS Production ni sangat sporting. Diorang tunjuk ajar kami macam mana nak pose raya tau. 

Lega disitu, sebab aku pun pose kayu je manjang, tapi kalau selfie bagai kat luar tak plak kekok pandai je lentok dia tu hahaha. 
Tema raya kami? Surprise! Tunggu 1 Syawal tau.


Tudiaaa pose raya Abg Qi, pose ini photografer CVS Production yang tunjuk ajar tau. Senang Abg Qi pose macho man raya gitu. Kalau korang nak tahu, ini adalah pertama kali kami ke studio khas untuk photoshoot raya. Macam-macam aksi raya kami buat, yang penting tercatat kenangan terindah kami menjelang 1 Syawal yang bakal menjelma nanti tau. 

Kami dapat E-Card raya secara percuma, semua studio CVS Production yang buatkan, kami cuma pilih gambar raya yang berkenan dan tulis number siri gambar sahaja. Yang lain diorang edit gambar kasi cun...tak sabar nak tunggu hasilnya tak lama lagi diorang email yeyyy. 


Nak tengok gelagat anak beranak ni photoshoot raya, klik video diatas haha, kecoh dengan gelak ketawa dalam studio, nantikan gambar official raya 2019 kami pada 1 Syawal, live update tau. 

Berminat nak tempah slot photoshoot amal raya, sila layari link dan number telefon dibawah untuk butiran lanjut. Selamat ber photoshoot raya korang! 👍👍👍

WhatApps / Call :  
03-80820440
016-6664034
Email: cvs@cvsproduction.net

Alamat: 
B-28-2, dataran C180,
 Jalan C180/1, 43200 Cheras, 
Selangor, Malaysia

You May Also Like

15 Komen Sini [Click]

  1. Bestnya. Lama juga xbuat photoshoot raya.

    ReplyDelete
  2. Wahhh dekat rumah je niii. Boleh la try. Thank you share tips bergunaaa

    ReplyDelete
  3. wah bestnya. un shoot raya nnt jer la. dah kesempitan masa

    ReplyDelete
  4. Wah syok yer 😍 harga pun murah .berbaloi

    ReplyDelete
  5. Murah giler.. bes lah. Lama dah x buat photoshoot..

    ReplyDelete
  6. syok juju sefamily berphotoshoot...akak pernah photoshoot white studio tu pn sbb menang contest tp photoshoot ngan bff..hehe..ada pakej2 murah tu not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak amy, ini pertama kali dalam sejarah tema photoshoot raya, rupanya seronok pakai baju raya baru ambil gambar di studio heheh, nanti raya baru spam gambar studio byk2...setiap jam up hahahha jgn muntah tgk aksi raya kami cam divaaa! hahahah

      Delete
  7. Murah! Bestnyaa. Tapi kitorang 5 beranak, tak leh dpt laa harga pakej ni kan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah kak nani, kan kat atas ada tulis butiran kalau nak tambah ahli RM20 je seorang, apa lagi pi tempah lekas...diorang on all out tu sebelum raya dan selepas raya hehe

      Delete
  8. Murah.. Tapi jauh nau Balakong sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada 2 studio...satu Balakong, satu lagi di PJ...wassup dulu tanya AI

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER