Persoalan tentang nak ubah hidup, setiap menyambut awal tahun baru atau setiap hari inilah yang julia dan kalian semua selalu ingat, saat bangun tidur, saat memandu kereta hatta dalam bilik tidur pun asyiklah fikir bagaimana caranya NAK UBAH HIDUP AKU, dah tahun 2019 dah oi. Terkadang kesian dengan sesetengah dari kita ni, duit nak makan pun tak ada, apatah lagi nak sara hidup insan keluarga di sisi. 
Bila lagi?
Asyik duk dalam kedudukan yang sama, takut nak berubah sebab takut kecundang, takut rugi ish-ish, maknanya kita kurang dari sudut motivasi dalaman. Bila kurang macam mana nak menyerlah, itu sebab julia nak bagi kalian laluan untuk bina semangat dalam diri, kenali potensi diri terutama bagaimana nak kuasai medan kewangan dan bisnes yang diidamkan.

Sampai bila nak terperangkap dengan masalah hutang? Semua orang ada kisah masing-masing, tetapi kisah didalam video ini mungkin sama dengan kalian. Tonton dan rasai pengalaman pengakhiran hidupnya...huh sedih! 

Aku nak ubah hidup!
Untuk pengetahuan kalian semua, Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks tau. Menarik! 


Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang. 

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks 
Beliau telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Program Nak Ubah Hidup 
Sasaran pada bulan Ogos tahun ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 

Beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

Petikan kata Azizan “Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018,  diyakini isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” 


Fikir dari sudut positif, baru datangnya hasil positif. Ambil peluang untuk mengorak langkah pertama, mana tahu dengan langkah pertama ini kalian akan rasa beruntung dimasa hadapan. Julia doakan kalian ya. 

Pendaftaran dibuka layari untuk jom Program Nak Ubah Hidup👉 www.nakubahhidup.com 👈klik untuk info lanjut.

Maklumat lanjut, boleh rujuk link dibawah:
Email: inquiries@richworks.com.my
HOTLINE : 1-300-88-2424

6 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)