Buka puasa bersama keluarga suami di Kuala Sungai, Kuala Selangor

by - Thursday, May 23, 2019

Udang lipan tu 2 talam tau ditambah, kemain anak-anak buah suka 
termasuk Abg Qi pun haha

Setahun sekali mesti datang sini, rasanya lebih dari sekali sebab julia suka sangat dengan satu menu kesukaan keluarga Siakap Stim Masak Nyonya. Berkali-kali ulang SUKA haha. Bila dah terpaut, sampaikan anak tokey kedai pun dah kenal sebab tempah guna telefon je, nanti nak berbuka dah reserved table bersekali dengan menu, tak payah kalut ngeee 😝

Buka puasa kali ini dengan geng ipar duai serta pakcik saudara sebelah suami. Meriah dengan anak-anak buah, mereka semua dah besar dah pandai makan macam-macam dah. Dulu masa kecil, tak pandai lagi nak makan, sekarang diorang pun ada kesukaan masing-masing. 

Lagi nikmat nak makan sebab ada lawan, anak-anak lah. 

Sayur goreng dua jenis, memang kami pencinta makan sayur tau. Baru seimbang menu seharian berpuasa. Telur dadar kalau order memang sebesar talam hahaha, puas nak habiskan. Julia ambil nasi sikit je, makan lauk je banyak tu pun kenyang. 😍😍😍
 Keluarga kami, berbuka sambil berlatar belakangkan Kuala Sungai, 
memang menarik tau. Macam makan restoran terapung kan? 😘
Kami sampai disini seawal jam 6 petang, inilah rupa suasana depan restoran. Sungai yang tenang, sesekali bot pelancong melintasi sungai ini berombak ke darat dirasakan bersekali angin menderu masuk. 

Uncle kami yang taja & sponsor berbuka disini tau, didoakan beliau selalu dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik selalu. Dia memang kalau free dari kerja, selalu belanja kami anak buah dia, kadang-kadang malu tak tau nak balas apa dah hehe moga Allah dapat balas jasanya. Barakallah, kenyang perut tau.

Kalau perasan ada nampak jeti kayu kan? 👇
Jeti kecil ini jeti nelayan, pernah sekali nampak ada bot kecil tambat di sini. Ingatkan jeti ni macam tak digunakan rupanya masih on.
 Permandangan jam 6 petang. 


Permandangan jam 7.30 petang. 💗💗💗

Cantik kan senja berlabuh, semua gambar original diambil menggunakan Samsung Note 9, leka tengok keindahan, sangat berharga. 💃

You May Also Like

19 Komen Sini [Click]

  1. Malam view tu nampak lagi tak kak Juju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam dah gelap gelita AI, masa waktu senja berlabuh kena peka sebab nak dpt on point suasana mcm ini sangat berharga kan hehe.

      Delete
  2. udang lipan tk pernh mkn...pernh tgk kt giant cuma tp nk beli kot tk reti nk masak hehe...cantik la view gmbr last tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasaraya susah nak jumpa udang lipan yg yang siap sedia di kopek buang kulit, makan kat sini siang siang buang kulit tau tu yang anak2 suka makan, manis dan rasa lemak. Kan sis gambar last tu x puas tgk.

      Delete
  3. Alhamdulillah . Seronok berbuka ramai ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulilah ben, betul tu seronok berbuka ramai-ramai meriah rasa!

      Delete
  4. Jue!kak SA suka sangat makan kat kedai2 macam ni...bestnya sebab seafood fresh...boleh share location/phone no tak..lepas raya nak pi la..nak bawak family pi makan kat sini..

    ReplyDelete
  5. Wah best!
    Panorama tu cantik sangat 👍👍👍

    ReplyDelete
  6. seronoknya.Nyaman betul makan kat sini.Pemandnga sedap mata memandang

    ReplyDelete
  7. nampak sedap ! view pn cantik!

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat buka ramai2 dengan family.. Kak ti pun biasa anjurkan buka puasa family ni.. tp biasanya akak masak je kat rumah..pastu solat maghrib,Isyak sampai terawih ramai2 kat rumah..

    ReplyDelete
  9. seronoknya berbuka puasa tepi kuala sungai camni, berselera lah nak makan nasi ^_^

    ReplyDelete
  10. juju.. apa nama kedai. klu husb saya sambil makan sambil campak joran kat laut tu.. memg dia suka tempt2 macam ni.. udang lipan tu ada org paggil udang getak.. sy suka goreng. sedappppp sgt.. kulit dia boleh kunyah2.. klu ada telur lagi sedapppppppp

    ReplyDelete
  11. Hi..jalan2 jmpe blog ni..nice to reading ur story..jemput singgah blog sy :)

    ReplyDelete
  12. Perghhh terliuq tgk ni jujue...
    Sedap yaaa lauk2 dia

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense