Akhirnya siap semalam jadi baju raya hoyeyy!

Hari pertama Ramadan 2019, cerita entry kisah persediaan baju raya. Haha, kasi peluang lah julia nak celoteh pasal baju raya 2019 kami. Tema warna syhhhhhhhh rahsia, tengok corak je lah haha. Tahun ini aku pilih paling ringkas, senang nak pakai bila-bila masa, apa jua majlis sarung jalan. 

Alhamdulilah, semalam hari Ahad, aku punya baju raya 2 pasang dah siap jahit, hantar bulan 2 hari tu, lega weh baju raya tempah kat tailor siap, macam biasa tailor aku siapa lagi orang yang sama, dia je tau betapa sportingnya aku tempah dengan dia, tak nak dia pening kepala, buat fesyen kurung moden, kain jahit A cut. Senang aku nak terbang beraya sakan hahaha 😝
Jakel Shah Alam, punya jauh datang, puas hati hunting sini, sebab kawasan tak besar tapi padat dengan kain,  so tak payah nak rambang mata sangat haha.

Baju melayu suami dan anak? 😊
Kain diorang terbeli dekat Jakel juga tau, dulu geng Kamdar sejati dua hero i tu hehe, kali ini diorang berdua terpanah... serius kain diorang cantik gila, kualiti sungguh. Padahal masa tu nak hunting kain baju aku je, sekali suami pulak tergoda dengan kain kat Jakel, dah sekeluarga berJakel hari tu ber ela-ela kain beli haha. 

Kain baju melayu suami dan anak dah siap hujung bulan 2 hari tu, ye cepat gila kan? Hantar dekat kawan dia di Greenwood Gombak, banyak situ tailor yang boleh jahit pantas. 

Tak sampai seminggu tailor suami call, siap! Gila waras, ye waras tak sampai seminggu. 😮

Terus hantar dobi cuci dan upah seterika cantik-cantik, tak payah nak seterika pagi raya, kang berlubang baju kena seterika hangat baru nak meraung, upah kat dobi awal-awal sekarang tersusun rapi di almari. 


Baju basahan Abg Qi buat pakai raya kedua, ketiga dan seterusnya dah hunting baru-baru ni di Padini Melawati Mall, beli seluar jeans, kemeja kids dan baju T. Alhamdulilah murah!



I.O One Jeans outlet di Sunway Putra Mall, hunting baju basahan raya untuk suami, dia labur dekat 300 lebih untuk 2 pasang t-shirt dan 1 pasang jeans, memang tempat kesukaan suami lah beli baju kat sini, walaupun harga dia agak pricey, aku yang basuh baju dia tau lah betapa tahan lasak kualiti kain dia, setahun sekali beli bukan tiap-tiap bulan hehe. 

Selesai ! Tak payah nak menapak jalan TAR ke cari baju raya, semua selesai sebelum tiba bulan puasa. Syukur!

Tahun 2018, dua set lace aku beli di Bandung, Indonesia. Tahun ini kita beli kain dekat Jakel je lah, kebetulan memang kami nak mudahkan diri maka kami ke Jakel Shah Alam. Kenapa kat sana jauh betul berjalan, dekat Jakel KL? 

Jem dah situ, tu baru awal bulan 2/2019 hunting nampak dah orang bersesak. Kami tak suka sedia last minit, semua kena awal. Baru sepanjang puasa bulan ramadan aman dan tenteram, (tak adalah sesi asyik pikir itu ini tak siap, duit gaji nak dekat raya pun jimat leh guna jalan-jalan beraya haha).
Tengah pening pilih warna, corak sama. 😝

Corak songket, bunga tabur, kain cotton, corak ini paling latest di Jakel dan terletak di barisan pilihan. Kenapa cotton? Cuaca panas, malas nak berlegaih di siang hari, raya pertama takkan duduk saja ye dak, sah kena tolong mama sedia juadah di dapur untuk keluarga tersayang lepas solat raya. Janji aku selesa! 💪

Untuk aksesori ingat nak cari dokoh panjang, kalau okey aku pakai, tak okey aku tak pakai haha.

Baju raya korang dah siap? 😎

Selamat menyambut Ramadan 2019, puasa elok-elok. 

4 Comments

  1. Wah Wah dh siap sh ye semua persiapan baju raya...akak x beli apa pun llagi..jadi macam 2 tahun lepas..lupa nak tempah...sudahnya beli je la nanti

    ReplyDelete
  2. selesai awal sblum puasa senang..tkde la penat bln puasa nk shopping..nk2 plak cuaca skarang panas kn....

    ReplyDelete
  3. wah, dah ada baju raya yer... tak sabar nak tengok kalernya nanti.

    ReplyDelete
  4. Samalah kita juju... Baju raya dah siap iron, gantung dlm almari. Tunggu nak angkut bawa balik kampung je raya nanti. Jangan terlupa sudah haha...

    Selamat berpuasa buat juju sekeluarga ♥️♥️♥️

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)