Althea Korea, A'bloom's koleksi terbaru yang julia miliki dari website Althea Korea. Menariknya pasal A'bloom's ialah persediaan wajah sebelum dan selepas makeup. Ada 3 versi julia nak ketengahkan tau kelengkapan yang harus di miliki bagi setiap wanita yang mementingkan kesenangan pengurusan wajah agar cantik dan sihat.

A'bloom Meringue Puff
Ia diperbuat dari NON LATEX sponge dengan hydrophilic. Menarik sponge ini akan berkembang jadi 1.5 kali ganda dari asal bila kita rendam dalam air dan perah kering sebelum sapu foundation atas wajah. 

Tujuan meringue puff ini memudahkan sapuan foundation bentuk liquid mahupun jenis matte keseluruhan wajah tanpa bercapuk. 

Ada dua jenis, Giant dan Baby meringue puff. Giant meringue digunakan untuk dabkan keseluruhan wajah manakala Baby meringue untuk sapuan di celah hidung, tepi bibir, mata dan kawasan yang susah untuk kita alirkan foundation. 
So cantik! Sangat lembut, tekstur gebu betul, senang digunakan pada bila-bila masa. Lepas guna rendam dengan air dan keringkan. 

A'bloom BHA Blackhead Blaster
Benci kan bintik hitam, bintik putih sekitar hidung dan wajah? Sudah tentu menyukarkan makeup kalau base kulit ada bintik hitam dan putih penuh, nanti bila guna foundation akan nampak bercapuk dan tidak serata. 

Caranya mudah sahaja nak tanggalkan sel kulit mati, oleskan BHA Blackhead Blaster. Basahkan sedikit wajah dengan air, kemudian pusingkan stick tu keseluruhan kawasan yang bermasalah selama 30 saat dan urut. Kemudian bilas dengan air biasa. Done. Sangat mudah!

Bahan kandungan organik yang digunakan adalah dari unsur Apricot seeds powder, Charcoal, Tea tree leaf oil. 
A'bloom Refreshing Skin Mask Pack
Julia paling suka dengan skin mask A'bloom ni. Bila seharian penat pakai makeup atau kerja seharian, wajah perlu re-charge dengan segera! Caranya amalkan guna skin mask. 

Macam julia, suka skin mask jenis buah-buahan dan tumbuhan semulajadi antaranya:
  1.  A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  2. A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  3. A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  4. A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
Bauan buah-buahan beri efek tenang dan mendinginkan kulit wajah. Ia jauh menembusi ke dasar kulit untuk menenangkan kulit wajah, merawat kulit tidak kemerahan, dan paling penting ia mengunci keseimbangan pH kulit agar senantiasa lembab dan tidak kering. 
Cara gunanya mask A'bloom ini senang sangat, cuci wajah dulu kemudian peel of 1 sachets mask, letakkan di wajah, tunggu sehingga 10-20 minit sahaja kemudian keluarkan mask tersebut. Jangan bilas dengan apa-apa air. Biarkan ia kering sendiri. 

Haaaa segarkan! 

Inilah teknik paling penting julia suka amal setiap hari. Mudah dan ringkas, jimat masa dan paling penting ia sangat praktikal dengan harga yang sangat berbaloi. 

Apa lagi jom beli dekat website Althea Korea sekarang. Nak cantik kena labur sikit, baru menawan setiap hari. ❤👍🤩

Recommended !

Untuk info lanjut sila layari:
Website - www.althea.kr  

3 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)