Ya, menu Western pula makin digemari seisi keluarga julia tau. Mudah sangat nak sediakan, tak sampai setengah jam pun boleh siap. Kami dalam sesi nak kurangkan makan nasi, nak tukar menu kepada yang tidak membosankan, boleh kata pelbagai lah. Tak ada lah setiap hari asyik lauk Melayu je sikit, sikit nasi, asal nasi nak kena masak lauk menimbun. Jemu gak kan.

Kita tukar citarasa, alah resepi ni mesti korang dah pandai buat kan? 
Tapi kalau order beli dekat luar boleh tahan gak harga. Buat sendiri lebih puas hati, boleh ukur minyak dan bahan di gunakan. Lagi memuaskan hati. 

Pernah dengar makan Spagetthi Bolognese perah asam limau masa makan?
Ada yang tak pernah dengar kan? Cuba makan, sedap sungguh tau masam-masam dari limau tu meresap dalam kuah, nikmat tak terkata. 

Okey jom kita masak ni resepi.

Resepi Spagetthi Bolognese
  1. Spagetthi - ambil setengah kalau keluarga 3 orang je macam kami (rebus dengan air mengelegak, letak minyak olive sikit dan rendam dalam 5 minit)
  2. 1 biji bawang besar - potong halus
  3. 5 biji bawang putih - tumbuk halus
  4. 3 batang sosej - potong nipis
  5. 1 keping daging cincang - potong daging cincang separa beku secara kasar
  6. 10 biji ceri tomato - potong dua
  7. 1 botol sos spagetthi (suka pakai cap Kimball)
  8. Cili kisar - 2 sudu besar
  9. 1 sudu besar minyak olive
  10. Salad - penyeri sajian

Cara masak:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan minyak olive sehingga separa kekuningan.

Terus masukkan daging cincang dan sosej, goreng sehingga masak dan garing sedikit. Efek keenakkan timbul dari sini.

Masukkan cili kisar, tumis sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan sos spagetthi 1 botol. Kacau dengan api perlahan, masukkan sedikit air supaya bantu masak.

Jangan lupa masukkan tomato ceri akhir sekali, tips sedap tomato ceri kena banyak sebab baru rasa kuah tu sedikit asli dan terbit rasa manis. 

Tak perlu tambah garam dan gula sebab sos spagetti sudah siap ada rasa. 

Terus dihidangkan dan dimakan panas-panas. 

Mudah kan nak buat?
Ya, menu ni julia suka buat daging kasar-kasar baru nikmat gigit daging hancur tu. Bila makan perghhhh tak cukup sepinggan. Julia memang rekeman lah dekat korang buat dekat family, sebab spagetthi lebih sihat berbanding Mi Kuning yang guna pengawet tu tau. 

Selamat mencuba! 

11 Comments

  1. uishh..xleh jadi ni sdapnya..nak kna jd jiran juju ni..hihi..thanks sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  2. ok yg ni mmg rare...erni x penah lagi makan perah asam limau..kena try niii..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Mudah ja ni.. . Petik jari boleh siap hihihi

    ReplyDelete
  4. aduh meriahnya.

    betul tu Juju. kalau nak makan ramai baik buat sendiri. Lagi puas, siap boleh bertambah lagi. lepas tu boleh tambah daging/ayam/sosej ikut suka kita banyak mana.

    yumms menyelerakan

    ReplyDelete
  5. sedap walaupun mudah disediakan mmg best la

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. juju. ank zie suka pasta mcm ni

    ReplyDelete
  7. Kita suka makan spageti, anak2 pun suka.. Cuma husbnd je tak suka.. Tu kalau nak buat sush sikit.. Haaha

    ReplyDelete
  8. Sedap yer! favourite huda juga ni

    ReplyDelete
  9. alahaii dah lama xmakan makanan macam ni

    ReplyDelete
  10. tak pernah try perah asam limau..nnti boleh cuba ni..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)