Bazaria Buffet Dinner Iftar di The Boulevard Hotel, Mid Vally Kuala Lumpur | Buffet Ramadan 2019

by - Monday, April 15, 2019

Siapa suka menu berbuka puasa gaya penuh ciri-ciri masakan kemelayuan asli? Angkat tangan! Haa, julia pun salah seorang peminat utama menu masakan Melayu Asli tau. Penuh dengan ulam-ulaman, bila ada ulam kena ada sambal belacan, dan pelbagai jenis sambal untuk menaik selera setelah seharian berpuasa. 

The Boulevard Hotel yang terletak betul-betul sebelah Mid Vally Kuala Lumpur ini lah jawapannya, konsep ala Bazaria Buffet istimewa untuk iftar bagi tahun 2019. 

Lagi satu...suka dengan Cendol Durian? Bukan guna pes durian tau, ni guna durian original buh atas cendol aaagituuuu. Kalau kat luar kan kemain harga dia untuk satu set Cendol Durian betul tak, kat sini sambil berbuka puasa ada disediakan pencuci mulut disukai ramai. Puas hati, sekali bayar semua yang kita nak ada. 

Macam mana nak ke sini?
Senang je nak datang sini, cari outlet Padini dalam Mid Vally, keluar dekat pintu utama akan nampak signboard besar The Boulevard Hotel seperti paparan gambar diatas. Paling julia suka, bab parking kereta sebab ia berkongsi satu bangunan dengan Mid Vally. Jadi tiada masalah parking, sambil kita membeli belah persiapan untuk raya, tak payah parking tempat lain dah, terus je ke sini. 

Bagi yang suka naik pengangkutan awam seperti bas, satu bonus. Bas stop utama Mid Vally betul-betul menurunkan penumpang berhadapan hotel ini. Senang tau nak akses. 

Mahal tak parking?
Boleh ke kaunter hotel untuk dapatkan flat rate parking dalam RM5 sahaja. Murah kan, ye berbaloi sangat dah la dekat, kot yang suka menginap dok hotel lagi senang, lepas berbuka terus naik hotel dan boleh beriadah serta istirehat gitu. 

Ish ni yang nak merancang menginap sini, boleh lah holiday dalam masa yang sama.

Tak payah minta akses kad lif khas, naik je lif terus tekan Aras 9. Tadaaaaa 'WILD RICE" restoren.

Selesanya kat sini ! Mata terbuntang nampak kolam yang luas dan ada deretan kolam ikan kap di sebelah kolam renang ini tau. Sambil iftar sambil mengadap pool, romantik gitu kan.

Bazaria Buffet di The Boulevard Hotel - Iftar 2019
Julia lihat, bijak chef hotel ini menarik perhatian pengunjung untuk menikmati hidangan. Pancingan pertama mata julia tak henti memandang ialah menu pencuci mulutnya. Aneka Jeli dan Sago Gula Melaka yang di hidang sebegini, nampak unik dan menyelerakan nampak. Nampak butiran didalam gelas. 

Pertama kali lihat disajikan sebegini, terus cuba menu ini sebagai pembuka selera. Nyamannya anak tekak, seharian penat kan, bila rasa terus beri mood membuka nikmat untuk jamah menu seterusnya. 

Kuih Muih Melayu
Ya, semua original kuih Melayu. Tapai ubi, tapai pulut dan bermacam jenis lagi. 

Cendol Durian
Mengiurkan tak? Ini yang paling direbutkan, laju je semua orang nak rasa termasuk julia dan suami serta anak. Haha, tak kedekut punya kan. Puas hati makan, letak lah banyak mana korang nak makan puas-puas. Setakat ini, sini win bab cendol durian, sebab mewah dengan condiment boleh letak banyak mana kan. 
Pelbagai variasi minuman sejuk

Terus kita beralih ke menu masakan Melayu yang paling dinanti ramai, ada lemang, ketupat palas yang lembut dan berlemak. Dicicah bersama dengan lauk masak Ekor Asam Pedas dan Ayam rendang pucuk ubi. 

Nama sajian pun meruntun hati sesiapan yang membaca, yang merasanya sudah tentu sekali bertambah jadinya aaaagiituuu hehe. 

Signature dish of Wild Rice Restaurant
Soup Gear Box Utara
Menariknya seperiuk besar tau sup tulang boleh dicedok sendiri bersama 20 jenis condiment antaranya:
  1. Mee Hoon
  2. Sup tulang gear box
  3. daging
  4. Paru-paru
  5. Urat daging
  6. Perut Lembu
  7. Hati lembu
  8. Lidah lembu
  9. Bebola daging
  10. Lobak masin
  11. Tauhu
  12. Tauge
  13. Bawang goreng
  14. Daun Bawang
  15. Daun sup
  16. Limat Kasturi
  17. Roti bengali
  18. Cili kicap
  19. Cili sambal merah 
  20. Cili hjau

Nak lagi puas hati, meh sini rapat lagi. Ini haa, variasi menu sambal kicap cili dan sambal bawang asam jawa fuhh kecur ailio tau, juju ambil makan bersama dengan set ikan bakar, ye ada ikan bakar kat bawah.

Tudia ikan bakar fuhhh, serius yang nak tipu, memang ikan bakar dia sedap dan kena letak menu sambal kat atas, merecik peluh makan dengan nasi. Sedap uiii !


Ayam percik dengan ramuan asli dia buat kita berteka teki semasa makan, yelah ramuan masakan dia lain rasanya. Seakan ada gabungan menu Melayu Semenanjung dengan Sabah Sarawak, kira boleh kata ayam percik Malaysia. Sedap dan puas makan. 

Peminat terung berlada, makan dengan nasi panas haa tak nampak GM hotel lalu tau haha. Lauk terung berlada ni memang jarang nampak orang jual kat bazar dan di sediakan di hotel, The Boulevard Hotel ada, win lagi !

Set nasi briyani dengan kambing bakar berempah. 

Ayam kepak madu. Kata chef, ayam kepak ini di bakar dengan cara menggunakan ramuan style Sarawak, manis-manis gitu. 

Aneka ulam-ulaman dan kerabu. Syok sambil makan kita jaga kesihatan dengan memperbanyakkan sayuran dalam diet. Bila tinggi fiber dalam badan, waktu berpuasa tak ada lah kita terlalu keletihan kan, sekaligus beri efek awet muda kalau selalu amal ulam. Segar je ulaman dan kerabu, bila makan krup krap krup krap!


Serawa durian, ini pun semua orang suka. Peminat durian mesti suka serawa termasuk suami julia, ini yang pertama sekali masuk perut dia haha. 

Kuih tradisi kaum baba dan nyonya, inti kacang hijau, lembut je sedap dan tak berapa manis. Just nice!

Briyani kambing bakar sama kepak madu jemput semua, nak rasai kehebatan dunia masakan Melayu boleh tempah awal, lagi awal lagi bagus untuk elak nanti hari yang kita nak datang beriftar sesama keluarga di ambil orang. 


Terima kasih PR hotel, dan barisan chef yang menyediakan menu. Semua sedap dan puas hati. Julia bagi 3 bintang dari 5 bintang. Ramai nak tahu berapa harga buffet Ramadan di sini boleh lihat lebih info seperti dibawah.

Harga Buffet Ramadan 2019
  • Dewasa - RM98.00+
  • Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM48.00+
Tempahan: 03-22958124 / 0102208124
Alamat: 
The Boulevard - A St Giles Hotel
59, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

You May Also Like

13 Komen Sini [Click]

  1. Cendol durian tuuu memukau sungguh!

    ReplyDelete
  2. Fuh. mau semerbak bau durian kat ctu. hehehe

    ReplyDelete
  3. menarik sungguh.. harum semerbak lah durian tu

    ReplyDelete
  4. alahai byknya lauk sedap mana nak start dulu tak tau nak pilih hihi

    ReplyDelete
  5. Ketupat dengan lemang.... Huaaaa.. Tak sabar nak raya

    ReplyDelete
  6. Meriah betul menu berbuka puasa kat sini... syok yer macam2 ada. Sedap yer durian...

    ReplyDelete
  7. Tu dia durian cendol.. Memg kene pergi ni.. Nmpak swmua makanan dia sedap belaka

    ReplyDelete
  8. Si kembar pakat pulun makan sampai buncit! Hahahaha

    ReplyDelete
  9. Ya allah..sedappppnye nampak cendol durian tu...makanan dia pun nampak byk pilihan kannn...dappp nyeeee

    ReplyDelete
  10. Banyaknya menu, dan paling menggoda cendol durian tu.

    ReplyDelete
  11. tak menang tangan juju nak bawak makanan ...meh akak tolonggg

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER