Tak Nak Kawan Kisahnya, Layan ABC lah.

by - Monday, March 25, 2019

 Sekali pandang macam girlfriend dating sakan dengan boyfriend versi muda haha  😂

#SharingIsCaring ðŸ‘©ðŸ‘¦
Asal weekend je ABC. Musim panas, layan ABC sejuk anak tekak seminggu sekali sambil gelak ketawa. Sembang dengan Abg Qi perihal aktiviti dia di sekolah dan apa dia rasa sekarang. 

Penting tau tanya bab 'apa dia rasa sekarang'. Selalu anak-anak ni kan lahir2 je dah kena dengar arahan. Tiada langsung ke nak tanya apa dia lalui sekarang, happy ke, sedih ke, tekanan rakan sebaya ke... 

Dia nak citer kt siapa masa umur 6 tahun? Sudah tentu yang dia dekat...jangan nanti dah besar dia percayakan kawan2 dia utk cerita masalah dan apa dia rasa. 

Abg Qi kongsi, ada seorg kawan ni tak nak kwn dgn dia. Sian dia, Abg Qi ni memang lurus orgnya, jadi masa ni la juju sebagai umi sembang kisah matang selit kata motivasi padu. Aku dah agak, akan tiba suatu hari nanti kisah ni dia akan rasai nanti. 

Ya, Abg Qi. Manusia berhak memilih. Ada suka, ada tak suka itu hak manusia. Kita ni sentiasalah buat baik dgn sesiapa pun hatta org tu tak suka pun biar dia dgn dunianya kita tak boleh ubah org, tapi bila sentiasa berbuat baik, campak diri ke mana pun tetap orang nampak baik dan berkata baik. 

Dengki? Biarlah Abg Qi...lahiriah manusia begitu, doakan dia baik2. Kita tetap kena buat baik, ikhlas apa pun kerana Allah okey. Kita tak akan rugi seinci pun, pahala bersangka baik tetap dapat, tapi hati2 bab berkawan ni, byk busuk hati dalam diam dpn baik, belakang mcm iblis hasut org lain... kalau jumpa dan terkena? 

Tak payah hipokrit utk memilih kawan dan berhati2 juga ya.

Abg Qi terkedu dengar...aku faham, dia baru nak belajar kenal 'dunia berkawan'. Jadi kita jgn lupa ya, sekali sekala tanya apa dia rasa...jangan nanti hari ganti hari semua sibuk sampai leka ehhhh anak.

Masa tu baru terfikir...kenapa dia jauh...jadikan anak bff korang sementara dia kecil lagi, nanti kita dah tak ada dia pasti teringat kata-kata bff terbaik (motivater) dia adalah ibu dan ayahnya sendiri. ❤
Dia seorang pendengar setia - Abg Qi #6tahun7bulan

You May Also Like

4 Komen Sini [Click]

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense