Mimpi nak makan Laksa Johor akhirnya mimpi jadi kenyataan haha!

by - Tuesday, March 19, 2019


 Laksa Johor

Itulah, dulu kata tak suka, tak reti makan, sekarang yang tak suka tu lah dia kejar-kejar sangat haha, aku cakap kat diri aku lah. Almaklumlah dulu aku ni jenis peminat laksa ikan tu, tapi sekarang ikan tak semua aku leh makan, sejak tambah umur ni penyakit alergik plak mai, pelik-pelik kan, bukan aku seorang camtu, ramai kawan-kawan aku pun umur dah meningkat macam-macam datang yang tak dipinta.

Bila dah lama tak makan laksa, aku terjebak dengan Laksa Johor. Tahun lepas pernah berbuka puasa kat sini kawasan Sri Hartamas Kuala Lumpur. Buffet masa tu, antara menu yang aku nak rasa satu sudu ialah Laksa Johor, sekali tangkap cintan lah sedapnya, kenapa sedap sangat eh laksa Johor?

Rasa masam, manis, kuah rasa lemak dan gigitan hirisan bawang serta gabungan sambal merah tu kaw-kaw terangkat. Memang satu mangkuk ni aku kerjakan bersungguh, dalam hati cakap nak datang lagi makan yang ini je haha dah kemaruk nampak juju...dulu kata tak sedap, sekarang kata sedap plak dah...jangan cakap tak suka, nanti tersuka hahaha. 😆
  Brownies Aiskrim

Sempena baby Mac, aku dapat percuma brownies aiskrim  besar punya dari restoren ni tau, perghhhhh advanced birthday treat nampaknya kan, meleleh-leleh coklat tu. Brownies tu panas tau, letak aiskrim 1 scoop besar huhh, bergoncang meja berebut makan dengan hero-hero juju haha. Aummmmm! 😘
 Sup Tulang

Sumpah sedap! Korang tau kan tekak aku jenis cerewet. Tak semudah itu aku nak puji tau, kali ini aku suka yang amat. Dishes ini suami aku pilih, memang aku kerjakan juga cuit sikit haha. Isi daging tu lembut, orang tak ada gigi pun leh kunyah gitu je...ayooooo, lapar! 😝

Gelagat juju dengan dua hero, tanpa diorang tak lengkap hidup juju. Kalau weekend juju memang suka masak, ambil salah satu masa untuk makan luar tempat yang dah lama tak makan pun seronok juga kan. Kerja penat-penat haruslah hargai keluarga, baru bertambah ceria dan seronok layan lawak bersahaja dari Abg Qi tu haha. 
Till we meet again readers! 

You May Also Like

11 Komen Sini [Click]

  1. bestnya kalo selalu cemtu. tapi mimpi yang baik2 jele kan hehe..
    yang buruk tamo. mimpi makan sedap2 esok tu dapat. hehe nyumms..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye siti...mimpi baik2 je tau...mimpi makan je acaner...tu sihat alhamdulilah hehe

      Delete
  2. Syukur sangatkan bila apa yang nak di makan...terlaksana...satu kepuasan gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye PC, dari tahun lepas nak makan. Asyik tak ada masa tak pun terlupa...ingat pula bila duk rumah haha...ni dh rasa kali kedua aduyaiii licin! haha

      Delete
  3. abam qi mmg slalu mkn nasi eh?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Abg Qi suka makan nasi haha acaner nak study oversea...nasi 24 jam! :p

      Delete
  4. lama tk mkn laksa johor...sedapnya...dessert tu tgh cuaca panas skarang ni yummmyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sebab dah lama tu ju makan kak...mencari! dah dapat nikmat tak terperi...hidup Malaysia!

      Delete
  5. Puashati betul tu juju. Baca tajuk pun 'nampak' happy hihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dpt juga makan laksa johor. Antara fav food ana ni. Selalu mak yg buatkan. So boleh makan byk2. Hehe

    ReplyDelete
  7. sedapnya laksa johor...nyum!nyum!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER