Lepas hawa waktu cuti

by - Monday, March 11, 2019


Sizzle it your way!
Kempunan sungguh sang suami nak makan menu diatas, entah bila dia rajin makan menu Jepun tak tau...aku ketawa kecil je bila mana aku umpan jom makan mi kari...tak mau dia, sanggup tengok je anak dia makan haha. Aku dengan tauhu bakar ibarat isi dengan kuku, makan itu pun aku dah kenyang...💗

Tu namanya orang lelaki ngidam, hulur lah menu apa depan mata, kalau dia suka kat sesuatu dia mesti nak juga. Terkadang aku sendiri tak faham, menu tu terlalu simple. Letak nasi dalam hot pan, letak hirisan daging, letak lada hitam bagai dan beberapa jagung dan sedikit daun bawang...dah tu je...itu gak sedap ditekak tau.

Dah boleh angkut gi Jepun kalau camni boleh makan menu diatas, suka betul dia dapat makan licin, Abg Qi pun nak makan sama tau, terjebak dah Abg Qi dengan makanan set Jepun...aku?

Geleng kepala...perut jenis makanan Melayu...tak berapa lagi nak rasi dengan makanan asing, susah sikit nak aku belajar tapi kena gak belajar nanti mencuba haha...pernah sekali husband cakap "Jangan order pelik-pelik, nanti kena paksa makan, pa tau sangat la perangai ma tu " hahaha ketawa besar aku.

YA
Siapa cakap aku tak pernah order menu pelik-pelik, pelik yang halal lah weh...tapi entah kenapa aku jenis tak reti, kalau sudu dan garfu aku menari2 lama sangat atas menu tu tanda aku buat-buat je nak makan...dia tak leh terima lah tu...masa tu tunggu husband kau nak bambu perli memerli...geram haha. 😆


Abg Qi 7 years old

Berselera Abg Qi, pelik budak ni, nak jugak tayang mi kari dia setinggi yang boleh. Budak-budak, ini pun boleh jadi hiburan. Seronok bukan main kalau buat umi dia ketawa haha, aku tak adalah marah, aku snap gambar dia ada lagi lah. 

Moment macam ini datang sekali je, kot nanti aku dah tua tak berdaya lagi, dapat ulang balik tengok kenangan macam ini buat aku rasa muda kembali hehe.

Mood: Musim kerja hakiki dah kembali sibuk. Harap mood nak update blog tak lah tenggelam, harap makin sumur gitu. Doakan aku dapat bekerja dengan dedikasi, dapat seimbangkan title seorang umi, isteri dan seorang pekerja dan dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih pembaca. 

You May Also Like

6 Komen Sini [Click]

  1. lama tk mkn nasi hot plate tu..dlu ms opis kt pavilion ada juga la mkn ..ni dh pindah jauh tkde dh la...seronok abg qi tarik mee tgi2 tu hehe...haus plak tgk abc tgh puasa ni hehe

    ReplyDelete
  2. selera plk kita tgk a.qi makan..hihi..sdap nau nampak..:)

    ReplyDelete
  3. tarik jangan tak tarik mi tu hehehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Kemain berselera tengok Abang Qi makan tu...nampak sedap semuanya...

    ReplyDelete
  5. abg Qi nampak berselera makan..baguslah..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER