Asah pisau tersayang sampai jadi tajam

by - Friday, February 08, 2019


#KONGSIKISAHPARENTING 
Ya, cukup katakan yang juju memang tegas bab mendidik anak seorang ni. 
Masa warded hari2 ingatkan dia membaca buku. Tak ada istilah anak seorang tu ditatang bak minyak yang penuh. 

Tanpa hukuman dan sebagainya. Tetap sama je kalau salah kena marah, degil? Kena hukum, tapi beri hukuman yang meransang otaknya jadi disiplin cth sapu sampah ke, lap habuk ke, susun mainan ke yang simple hukuman ikut umur si anak. 

Tapi Abg Qi ni dia kenal umi dia. Jarang nak sampai 3 kali seruan suara umi dia mesti dia buat cepat2, sbb dia tau natijah hukuman kena kemas rumah haha. Kalau masuk juga seruan ketiga memang dia tahu, gorgon makluk asing akan bertarung dengan ultraman haha. 😁 

#SATUHARISATUCERITA
Cuti pun baca buku, situasi pelbagai. Dalam kereta baca (umur 3 tahun dah ajar baca Alfatihah dan doa makan tips ajar dlm kereta lepas amik anak waktu kerja hari2 baca depan anak, umur 4 tahun 2 doa ni beserta 3 qul Abg Qi boleh baca sebelum daftar tadika syukur) , di rumah baca, wajib buku cerita kena bawa. 

Masih semput-semput manja enjin membaca tu. Bila suruh baca laju boleh pulak, kdg2 kena ajuk dia baca laju kalau tak masih terikut2 style belajar membaca satu persatu. Bukan senang nak asah jadi lancar selancar ferrari. Kena asah mata pisau tumpul sampai jadi tajam, nak lancar kena asah buat latihan. 

Tu je, latih dan latih. Umi suka dengar Abg Qi baca buku cerita. At least, umi dapat dengar cerita budak-budak terimbau kisah zmn umi masa kecik-kecik tak ada duit nak beli buku cerita best-best mcm skrg. 😍

#JANGANLUPAPUJI 
Esok baca lagi dan lagi ya Abg Qi lepas minum susu 1 cawan besar setiap hari. Setiap kali buat tugasan juju selalu puji dia, "Good boy! Well done, good job Qaiser ilman. 

Clever boy, umi know you can do it more than you think, yes!". Sambil tepuk lembut di belakang badannya, apa lagi kembang la si Abg Qi sampai tak tentu arah dibuatnya, budak2 suka pujian maka pujilah wpun mereka gagal, kerana disebalik kegagalan itulah kejayaan senyap yang si anak tengah bina. 👏🤩

#KITADULUKENAPERBETULKAN
(Tolong: JANGAN KONDEM DAN BEZAKAN PENCAPAIAN SI ANAK DGN KAWAN DIA ATAU ANAK ORG LAIN, KALAU BUAT... SI ANAK MULA MENJAUHI DAN TIDAK PERCAYAKAN KITA LAGI SEBAGAI RAKAN BAIK PERTAMA DIA BILA BESAR NANTI...byk kes dilihat puncanya sbb inilah suka membandingkan si anak dalam semua perkara. Nak anak betul, kita dulu kena betulkan.)

#KITAKANCIKGU
Lepas si anak selesai baca buku cerita pendek, jgn lupa kita sebagai ibu ayah bagi markah dekat bawah muka surat tu...A ke B ke C ke...ulas review kita seringkas. Catat masa dan tarikh bacaan si anak setelah tamat 1 sesi. 

Tips untuk semak tahap pencapaian anak sendiri, kita semua kan cikgu dirumah. 

Mendidik dari rumah baru bawa ke sekolah. Jom kita! ❤

Sharing means L.O.V.E

You May Also Like

3 Komen Sini [Click]

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense