Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea buat wajah tampil berseri dengan satu langkah mudah dan berkesan!

by - Tuesday, December 11, 2018


Lama sungguh tak pakai mask jenis krim. Kadang kala kalau teringat baru pakai face mask. Tapi face mask dengan milk peel cream mask adalah dua kategori dan fungsi setiapnya sangat berlainan tau. Nama je mask di hujung tetapi tetaplah tidak serupa. 

Macam biasa, julia memang fanatik dengan produk dari bumi Korea, sudah tentu rangkaian produk dari Althea salah satu darinya pasti julia suka nak mencuba. 

Milk Peel Cream Mask x Althea
Masker Krim Susu Althea! Mengandungi kedua-dua ekstrak AHA dan BHA, pengelupasan yang lembut tetapi efektif ini membuang sel-sel kulit mati. Ia juga dirumus dengan protein khas dari susu untuk merangsang semulajadi dan melembapkan kulit. Hasilnya memberi efek kulit yang sihat  dan sentuhan yang sangat lembut!

Kelebihannya
  • Teksturnya seperti tanah liat ke cairan krim yang berubah menjadi buih tanpa menggunakan langsung air. 
  • Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula kulit.
  • Diformulakan dengan MILK, AHA & BHA yang sangat berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit kombinasi sensitif, kering, berminyak dan lain-lain.

Kesannya...
Tidak mengeringkan langsung malah melembabkan kulit. Bayangkan julia seharian bekerja dari pagi sampai lewat malam. Mana ada masa nak rawat wajah, tetapi jangan sangka anda tak boleh lakukannya tau. Julia sendiri guna di pejabat waktu malam, senang betul cara gunanya. 

Cara guna:
  1. Picit dan ambil sedikit clay cream mask.
  2. Sapu di keseluruhan wajah tanpa perlu basahkan kulit.
  3. Biarkan dalam 1 minit, clay tersebut akan berubah serta merta menjadi foam (buih).
  4. Magic! Terus lap muka dengan air suam dan rasai perbezaanya setelah kulit mati diwajah di tanggalkan.
Keesokkan harinya anda akan rasai perbezaan serta hari seterusnya tau, tiada pengelupasan kulit tau. Just nice dan efektif betul. Sekarang julia dan anda sendiri boleh buat dimana sahaja, jangan abaikan kesihatan kulit wajah, ya memang betul makanan seimbang beri efek kulit baik tetapi kalau kita biarkan kulit tanpa penjagaan seperti memakai krim mask kita akan rasa wajah nampak kusam dan tidak berseri. 

Lihatlah bukti kulit wajah julia diatas, sangat lembab, nampak shining dan tadaaaaa, malam tu julia balik kerja tengah malam pun muka tampak masih segar dan berseri. Anda bila lagi?

Untuk info lanjut sila layari:
Website - www.althea.kr  

You May Also Like

20 Komen Sini [Click]

  1. Menarik betul Althea ni! Wajib try!

    ReplyDelete
  2. ohhh ! tahu dahh kenapa kak juju lawa.. ini rupanya rahsia dia

    ReplyDelete
  3. Suka sangat mask ni, best pakai.

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa kak. produk althea ni mmg bagus kak, ramai guna dh

    ReplyDelete
  5. Best tengok feedback dari sahabat-sahabat blogger yang buat review produk Althea ni.Bersemangat nak cuba juga.

    ReplyDelete
  6. bila baca review juju tertarik pulak k.sal nak try

    ReplyDelete
  7. Lisa pon pakai ni .. best kan ada buih buih dia hahahaha

    ReplyDelete
  8. Waaa ramai juga yg pakai produk Althea ni.. nak try gak lah

    ReplyDelete
  9. Famous rupanya brand althea ni.. Ramai kwn2 yg guna produk ni..

    ReplyDelete
  10. Dah pakai.. Memg best gilerr.. Masa keluar buih, geli juga.. Tapi lepas tu kulit lembap je

    ReplyDelete
  11. wow bestnya.. simple aje cara guna

    ReplyDelete
  12. Ramai dah guna milk peel cream ni.

    ReplyDelete
  13. bagus yea juju..nak try gunalah produk ni

    ReplyDelete
  14. mcm best je...wahh makin flawless la akk lepas ni hehhe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER