Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Pelembab Kaya Air dari Korea

by - Friday, December 21, 2018


Julia dengan pelembab memang tak boleh tinggal boleh kata tak boleh berpisah! Lepas cuci wajah atau pakai skrub ke atau masker mesti wajib sapu pelembab. Kali ini julia nak perkenalkan pelembab 2 dalam 1 iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang sedang popular di kalangan rakan-rakan julia sendiri gunakan tau. 

Percaya tak! 
Hansaegee Nature sudah lama berada di pasaran Malaysia dan hampir semuanya menceritakan kisah mereka tau, ish siapa tak suka, kalau nak tahu ia produk 100 % original berasal dari Korea dan terbukti menjadi kegemaran dikalangan wanita mahupun lelaki. 

Malaysia, sebuah negara yang beriklim lembab dan panas, ada kala hujan tidak menentu turun setiap tahun, ada kala juga kemarau dan panas melampau terutama di waktu kemuncak. Julia sendiri tak tahan dengan perubahan suhu mendadak, nanti mulalah rasa muka gatal, mengelupas halus dan mudah kena sun burn. 

Kesan terdedah kepada suhu tidak seimbang.
Bekerja dalam aircond lebih 12 jam sehari itulah julia hadapi setiap 5 hari dalam seminggu tau. Masuk pagi dan balik lewat malam, ada kala beri wajah sedikit kusam dan tidak berseri. Mengadap komputer tidak henti menyebabkan sedikit sebanyak kulit wajah mudah kering dan lesu. 

Paling ketara dan ditakuti ramai tatkala kesan sun burn, paling susah nak hilangkan kesan bertelau di wajah. Malunya! Ye memang benar kita sudah pakai produk yang ada SPF tinggi tapi itu tidak bermakna kulit masih hidrat dengan air yang mencukupi, lagi-lagi kalau kita sendiri tak rajin nak amal minum air setiap jam. Susahkan tapi jangan risau...

Dengan 'Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream' teknik water drop moisturizer  yang bukan sahaja menyegarkan kulit malah memberi kelembutan dan kesejukan secara menyeluruh dalam jangka masa lama. Bagaimana cara nak dapatkannya dan langkah-langkah menggunakannya?

Teruskan membaca.

Kebaikan Kandungan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sebelum nak buat keputusan untuk membeli sesuatu produk, julia selalu menasihati pembaca untuk mengkaji terlebih dahulu kandungan yang terdapat dalam produk, tak kisah ia dari negara mana sekali pun dan senatural mana padu baik sekalipun, paling penting kita kena buat kajian dan sedikit bacaan review dari orang lain yang pernah menggunakan terlebih dahulu.

Mengikut pembacaan julia sendiri, terdapat dua kandungan utama bahan organik yang paling disukai oleh kulit wajah dalam produk Hansaegee iaitu antaranya:-

 Camellia Japonica 
Manafaat utama yang julia fahami dan sudah sedia diketahui umum ialah penggunaan secara meluas minyak bunga Camelia Japonica dalam sudut kecantikan. Minyak dari pati bunga Camelia ini sudah terbukti telah lama didedahkan dan digunakan berabad lamanya sejak dahulu lagi. Ia berasal dari negara Jepun. Cantik kan bunga tu. Julia kaji dalam internet nak tahu sejarah di sebalik kehebatan Camellia Japonica, seindah rupanya! 😍

Selain tumbuh secara meluas di negara Jepun, ia terus diperluaskan benihnya sehingga ke bumi Korea, Indonesia, Vietnam dan di Himalaya. Ia di kaji oleh Ahli Botani bernama Georg Joseph Kamel yang berasal dari negara German dan mengembangkannya secara serius sehingga ke Asia Timur. 

Menarik bukan? Okey ini dia fungsi utama kandungan Camelia Japonica.
  • Mengandungi Vitamin A, B dan E melindungi kulit dari pigmentasi dan kekeringan berlebihan. 
  • Non-comedogenic (sesuai untuk kulit sensitif) melindungi faktor penyebab jerawat.
  • Membaiki tisu kulit dari dalam yang rosak akibat kesan sun burn, kemerahan dan kulit rosak. 
  • Meningkatkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang lebih rendah.


Niacinamide

Niacin dalam kajian sains bermaksud 'Water Soluble Vitamin' bermaksud vitamin larut dalam air. Ia merupakan agen rawatan anti jerawat. Antara kebaikan dan fungsi yang lain ialah...
  • Diperkaya dengan Vitamin B3 yang sangat bermanfaat untuk mengawal penuaan kulit.
  • Mengecilkan liang roma diwajah yang selalu menjadi kerisauan wanita bila mana sewaktu makeup dilaksanakan ia bercapuk, fungsi Niacinamide boleh melindungi kulit tidak sekata.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan serta memperbaiki permukaan kulit yang lemah.
Berat: 50ml
Harga: RM148.30


Pengalaman sendiri menggunakan Hansaegee Nature
Pertama kali melihat dan membuat kajian diatas permukaan tapak tangan terlebih dahulu sebab nak tengok kesan jika ada iritasi dalam jangka masa sehari sehingga hari kedua.

Jangkaan pertama teksturnya:
  1. Tidak berminyak
  2. Mudah menyerap
  3. Lembut dan bau tidak menyengat
  4. Cepat kering
  5. Bila di urut akan muncul air
Kandungan :
Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract.

Cara menggunakannya:
  1. Pertama sekali, cuci wajah dengan pencuci muka.
  2. Lap muka sehingga kering.
  3. Ambil sedikit pelembab Hansaegee Nature Aqua Whitening dan letak di wajah.
  4. Lakukan urutan sehingga terasa munculnya air dari pelembab.
  5. Teruskan urutan lembut dan gunakan teknik dab dab sehingga ia meresap
  6. Siap! Contoh julia guna seperti dibawah. 

Siapa kata untuk wanita sahaja...
Sungguh mudah! Bukan setakat wanita, kaum lelaki juga sangat sesuai guna sekali tau. Tiada istilah hanya sesuai untuk kaum wanita sahaja, kaum lelaki juga perlu menjaga kesihatan kulit wajah agar tampil selesa sepanjang hari. 

Ia dalam masa yang sama memberi efek wajah menjadi cerah, putih dan gebu. Ini kerana ia dirumus dengan ekstrak kandungan herba semulajadi yang dapat menembusi jauh di dalam kulit terutama membaiki kesan kulit kemerahan dan kulit rosak akibat sun burn.

Ini sekaligus memberi kesan ketenangan kepada wajah kerana mendapat vitamin dan makan secukupnya agar kulit tampil sihat setiap hari tanpa rasa kerisauan kesan faktor cuaca dan hormon tidak menentu.


Jemput tonton video bagaimana julia amal Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, klik dibawah. 

Julia sangat berpuas hati dengan hasil seminggu selepas menggunakan produk ini, bila julia kongsikan di media sosial, rupanya ramai dikalangan rakan julia sendiri pun pernah guna produk ini tau dan semua memberi respon yang sangat positif. 

Poreless dan bila makeup tidak bercapuk sebab guna pelembab dari Hansaegee Nature. Suka lah efek dia buat makeup julia jadi tahan lama dan kurang berminyak!

Ada rakan julia sendiri menceritakan detik dia melancong ke luar negara dan bagaimana dia guna dan memberi efek baik sepanjang menghadapi cuaca yang eksterim di luar sana. Wah tak lama nak holiday, pasti julia akan bawa bersama Hansaegee Nature dalam bagasi dan melangkah dengan ceria sekali.

Terima kasih Hansaegee Nature!

Maklumat lanjut sila layari: 
Website: Hansaegee.com
IG page: HansaegeeNature
FB page: HansaegeeNature 
Youtube page: HansaegeeNatureMalaysia

You May Also Like

13 Komen Sini [Click]

  1. yup. bikin makeup tahan jgk.. nice lah

    ReplyDelete
  2. yup. bikin makeup tahan jgk.. nice lah

    ReplyDelete
  3. Swbab ramai bagi feedback best nad pun tergrab la masa promotion ni.. Hehehw.. Test kt tangan keluar air.. Pstu lembap je.. Memg best

    ReplyDelete
  4. Aduyai ... Tertarik tergoda lak. Memang muka tengah dry ni
    Nanti nak try laaa

    ReplyDelete
  5. airah tak pernah try lagi tapi tengok bahan yang digunakan macam best je.dah try pencuci muka aloe ac je memang best

    ReplyDelete
  6. nampak berseri la muka ju lepas pakai cream ni

    ReplyDelete
  7. Mesti kulit rasa lembab je kann

    ReplyDelete
  8. Korea memang terkenal dengan produk penjagaan wajah. Tengok org korea semua kulit cantik, gebu gebas

    ReplyDelete
  9. Nampak bagus produk ni,berbaloi kalau cuba

    ReplyDelete
  10. Siap keluar titik² air tu, menarik ni!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER