Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder Althea, kenapa cute sangat !

by - Wednesday, November 07, 2018


Althea's Petal Velvet Sunaway

Lindungi kulit dari sinar matahari dengan perlindungan petal Althea's Petal Velvet Sunaway! Teksturnya sangat ringan, paling menarik pelindung matahari tidak kelihatan ini dirumus dengan asid hyaluronik dan ekstrak bauan ros, wangi! 

Tahukah anda simbol SPF dan PA?
👉Simbol PA+, PA++, PA+++ di mana lebih banyak simbol + digunakan maka lebih tinggi nilai perlindungan dari sinar UVA. Althea's Petal Velvet Sunaway ada lebih PA++++, maka lebih tinggi perlindungan wajah kita bila berada di luar apatah lagi perlu bekerja dalam haba dan cuaca terik dalam waktu yang lama. 

👉Simbol SPF - Sun Protection Factor merupakan sebuah produk yang dibina untuk melindungi kulit dari ancaman sinar matahari. Semakin tinggi level SPF bagi sesebuah produk sunblock, semakin tinggi ia melindungi kulit anda. Sunscreen atau sunblock yang mengandung SPF 50+, ketahanannya akan lebih lama, iaitu lebih dari 5 jam bila kita di luar. 

Lagi lama lagi bagus sebab kita tidak tahu berapa lama kita terdedah dengan pancaran matahari diluar. Jika tidak dilindungi, itulah tapak yang memungkinkan kita mendapat jeragat dan masalah lain kesan dari kulit yang tidak dilindungi.

Kebaikan:

  • Ringan - memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari. 
  • Mudah disapu - mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari. 
  • Tidak berminyak - Petal Velvet mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit efek kulit licin seperti kelopak. 
Bila digandingkan dengan pemakaian Petal Velvet Powder ia beri efek glowing serta merta. 

Kandungan: 
Water, Cyclopentasiloxane, Zinc Oxide, Disiloxane, Propanediol, Titanium Dioxide, Dicaprylyl Ether, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Salvia Officinalis (Sage) Oil, Pogostemon Cablin Oil, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Rosa Damascena Flower Extract, Peg-10 Dimethicone, Stearic Acid, Aluminum Hydroxide, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Sodium Chloride, Triethoxycaprylylsilane, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Caprylate, Glyceryl Caprylate, Polyglyceryl-6 Polyricinoleate, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Ethyl Hexanediol, Caprylyl Glycol.

Boleh buat semakan seandainya anda sendiri ada masalah alergik, mana tahu ada doktor sarankan betul tak. Jadi sebelum buat keputusan beli rujuk dulu kandungan diatas. 
Mudah menyerap, tidak berminyak bila disapu. 
Wangi bau bunga ros. Sedap guna. Rekemen sangat, lagi-lagi julia sendiri suka travel ke sana ke mari, memang mudah masuk dalam beg tangan. Ia kecil dan tidak susah untuk dijaga. 

Althea's Petal Velvet Powder

Terbaru di pasaran Pink Lavender Petal Velvet Powder, sebelum ini face powder jenis Warm Beige dan Translucent (Putih) Petal Velvet Powder. Saat julia sapukan diwajah, rasa sungguh mudah disapu kerana ia sangat menyerap butiran minyak di wajah. 




Tatkala berada di dalam aircond seharian, minyak pasti terbit di zon T. Bila sapu terus rasa segar di kulit kerana ia menjaga kelembapan dan tidak mengeringkan. Sesuai untuk kegunaan harian.

Kebaikan:
  • tekstur ringan.
  • tidak berminyak.
  • mudah disapu.
  • mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang halus.
  • membantu mengawal sebum di wajah.
  • menjadikan kulit berasa segar sepanjang hari.
  • formula hypoallergenic yang tidak akan merengsakan kulit.
  • bebas dari bahan dari unsur haiwan (x lanolin)

Julia suka guna bedak Petal Velvet bila nak buat finishing makeup. Lepas dah guna foundation dan nak setkan makeup nampak lembut, hanya ambil span dan pedapkan di kulit wajah. Terus nampak efek glowing dan seakan tampil segar. 
Kedua-duanya sangat mudah dibawa, sangat sesuai digunakan setiap hari. Bentuknya yang kecil, comel dan sangat cute serta ringan sangat memudahkan julia untuk tampil ceria, cantik dan bermaya setiap hari tanpa rasa perlu bimbang lagi. 

Majlis kenduri kahwin keluarga, julia pakai 2 set diatas sehari dari pagi sampai petang. Kekal lama dan kurang berminyak, yeyyy!

Hampir sebulan julia cuba, baru sekarang rasa puas hati nak kongsikan di blog. Tujuan utama sudah semestinya nak lihat kesan sebenar. Recommended !

Untuk info lanjut sila layari:

Website - www.althea.kr  

You May Also Like

20 Komen Sini [Click]

  1. nice la juju set petal ni...nk plak soft pink kn..sweet gtu

    ReplyDelete
  2. wah..makin cantik la juju lps ni..:)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Boleh haha baik beli bagi ke mak atau isteri...set ni comel tau

      Delete
  4. Huda pun dah try. Memang best produk Althea Petal Velvet ni.

    ReplyDelete
  5. Owh puan isteri tak pernah pakai lagi yang ni. Suaminya lagi la tak pernah. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dah jatuh hukum wajib kena beli utk sang isteri ni Hafiz hehehe

      Delete
  6. wah mmg comel sgt.. macam mama.. ehh

    ReplyDelete
  7. lisa pon dah try . memang besttt hihihi. suka sangat dengan sunscreen tu..

    ReplyDelete
  8. Memang sesuai untuk kulit berminyak ye kak Juju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sesuai sgt...sebab ia tidak buat wajah kita shining dalam tempoh lama...lg satu nak touchup pun senang sgt...kecik yang amat!

      Delete
  9. Kak ti paling berkenan dengan bedak petal velvet sebab feature dia yg serap minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyy sep kak tati..yang dah pakai tau la cmne efeknya.

      Delete
  10. kiut sangat kotak dia..suka tengok powder loos e dia..ada yang pinky tu..hishh geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram hehe...nanti kalau dh habis bedak tu sis xmo buang...nak simpan buat koleksi hehe so cute

      Delete
  11. Akak baru je jadi Althea Angels, tak sabar tunggu box ni sampai!

    ReplyDelete
  12. Terbaik la, nampak je comel tapi bagus.... Kecil² cili api kata orang hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER