Masak bertambah mudah dengan bantuan Air Fryer

by - Thursday, November 29, 2018


Sungguh! Dah cuba baru tau, rupanya dia pembantu terbaik juju di dapur. Tak payah sangat nak on sebelah dapur gas. Dapur gas masak lauk berkuah atau bersambal je nampak gayanya, sebab Air Fryer (AF) banyak tolong dari segi part mengoreng tanpa minyak. 

Malam  tadi cuba try ayam ala-ala goreng mcd tu, beli tepung segera salut dengan ayam dan letak dalam tu, terus jadi ish senang betul. Dah boleh kurangkan beli ayam mcd nampak gayanya hehe. 

Macam mana julia dapat Air Fryer ni kena baca klik SINI. Kot lah terlepas entry boleh baca balik. Boleh kata mak aku kerap call juga aku tanya bantuan macam mana nak guna Air Fryer hehe, dia cakap dia takut nak guna tapi aku pandu dia melalui telefon. 

Amboi feedback dia cakap sehari 2 kali guna benda ini tau, aku cakap senang je siap-siap set suhu 180c dan masa 35 minit. Setiap kali nak guna set je suhu macam itu, untuk muatan berat lah. Kalau untuk muatan beku terus masuk dalam ini kena set 45 min. 

Rasa? 😃
Ramai cakap ranggup ke? Bagi aku ayam goreng kalau salut tepung dapat lah efek ranggup. Kalau letak kunyit dan garam sahaja ikan atau ayam dia just masak sahaja, memang beza lah kan kalau mengoreng guna minyak memang jadi ranggup seranggupnya.

Tapi kaedah ini sesuai untuk kita jaga kesihatan, yang penting rasa dia juga sedap, cuma nak ranggup sila salut tepung untuk sebarang ayam dan ikan mentah, baru dapat efek tu. 

Setakat nugget, kentang goreng dan bahan yang dalam paket tu semua memang kawan baik Air Fryer lah. Memang senang, sosej pun jadi sedap, semua minyak semulajadi terperangkap di bawah basket. Bagi yang suka makan daging burger tu, elok lah masuk dalam ini, habis semua minyak daging burger tu kita tak makan, sebab dah di tapis elok dalam AF.

So far aku kasi 4 bintang dari 5 bintang, dari segi aspek kegunaan dan rasanya. Nak kasi 5 bintang of course lah tak boleh sebab certain menu memang kena dimasak di kuali juga kan.

Tak perlu jaga api 💪
Ya, kalau dulu aku kena jaga dua api, satu api masak lauk utama dan satu lagi api untuk mengoreng. Allah, meletop2 minyak tau tak, nak makan kena letak tisu pedap-pedap dekat lauk. Sekarang no worries, less oil, big smile ! 

Baru tahu kelebihan AF.
Murah je brand mak aku hadiahkan ni, aku suka bentuk dia seksi dan hitam, memang nampak macho dan penyeri di dapur. Sikit-sikit lap body dia kasi shining! Awwww love you AF. 💋

You May Also Like

3 Komen Sini [Click]

  1. Saya kalau pakai air fryer tu, memang boleh dapat efek ranggup dia. pakai garam dengan kunyit jugak. tapi ranggup tang kulit die je lah. isi dia moist. sedap makan.

    ReplyDelete
  2. setuju sgt.. mama pn ada air fryer rasa tenteram sikit. dapur pn x kotor

    ReplyDelete
  3. mak2 wajib ada air fryer..dapat jimatkan banyak masa di dapur

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER