Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam beri kejutan bilik istimewa bertemakan lukisan art !

by - Tuesday, November 13, 2018



Pertama kali menjejakkan kaki ke Hotel De Art, seksyen 9 yang terletak di Shah Alam, mata kami sekeluarga dijamu dengan permandangan lukisan hot ballon di atas dinding hotel dari jauh. Bukan itu sahaja, rumput tiruan di lekatkan di luar dan dalam dinding hotel membuatkan hotel comel ini bertambah berseri dengan dekorasi yang sangat unik, lain dari yang lain. 

Sudah tentu anak kecil yang berteriak sakan dari jauh, siapa lagi Abg Qi tu lah, dari jauh melompat-lompat tengok hotel ini ada lukisan ala-ala kartun hihi. Kami sampai awal, check in dulu dan perhati kawasan sekeliling.

Baru empat bulan beroperasi !
Untuk makluman, kami ke sini masa hari Sabtu tarikh 11.11.18, tarikh sangat cantik dan senang untuk diingati sampai bila-bila. Dimaklumkan oleh staf katanya baru 4 bulan beroperasi cawangan Hotel De Art di seksyen 9 Shah Alam, kira masih baru sangat lah ni kami menginap. 

Ada banyak cawangan lain tema pun berlainan tau, kalau di sini temanya "Hope & Imagination".

Tertawan hati tengok sudut deko perabot yang berwarna warni. Cantik sangat, terus memangil nak duduk dan baca surat khabar dulu. Teruskan membaca.



Lawakan? Kami suka sangat-sangat, kalau dekat rumah deko macam ni kan lawa, tatarias ringkas, mainan warna warni kena dengan ruang lobi, tidak serabut malah tak puas dipandang berulang kali. Alahai terus cair hati kami tau. 

Tema Hotel Boutique "Hope and Imagination"
Nak tempah Hotel De Art dapat ganjaran 10% diskaun, jimat duit, klik πŸ‘‰ Booking.Com
Butik hotel ini adalah yang pertama di Malaysia yang mempunyai tema hotel tau. Bila ada tema, lagi seronoklah nak pilih penginapan yang digemari. 

Nak konsep kartun ke, konsep love ke, english garden ke, boleh semak dalam website Hotel De Art. Banyak cawangan lain anjurkan bermacam jenis tema. Cantik-cantik pula tu, tema princess pun ada. 

Tema Hope and Imagination konsep ini julia suka, ada watak yang kami pilih nak beri kejutan kepada anak kami si Abg Qi. Dia kan suka berangan nak jadi Captain Amerika lah, sekejap jadi Hulk lah, nak watak superman lah, kira semua watak kartun yang budak lelaki suka tengok dia memang gemari. 

Nak tahu bilik tema apa kami pilih, tengok gambar di bawah. Tak perlu ke bilik tengok tema, sekarang di kaunter lobi hotel ini menyediakan aplikasi macam ini, boleh scroll tengok bilik jenis macam mana nak duduk. 

109 – THE ULTIMATE AVENGERS
Kami sepakat nak surprisekan Abg Qi kami tempah bilik triple bed, nombor bilik 109 dengan tema The Ultimate Avengers. Memang kena sangat tema ini dengan watak kegemaran kartun dia cerita dan mainkan selalu haha. Masa pilih bilik Abg Qi tak perasan, dia sibuk duduk kerusi lawa dekat lobi tu, terkenan lah tu. 

Setiap bilik di sini satu tema satu bilik ye, tidak ada tema yang sama. Itulah eksklusifnya bila menginap di Hotel De Art. 


Tak sabar dah nak beri kejutan, hehe dia tak tahu lagi tu tau, kalau dia tau mesti terperanjat punyalah. Lihat susur jalan ke setiap bilik hotel ini sangat bersih dan dinding pun ada lukisan unik. Memang art sungguh lah, kreatifnya. Bukan wall paper tau, tapi dilukis dengan tangan. 


Tadaa! Suka betul dia, aksi dia melompat-lompat tutup mulut tu julia tak sempat rakam, sebab terleka tengok dia terharu. Semua watak kegemaran dia ada di dinding tau, siap sebut satu persatu watak kartun dia suka. Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana, budak-budak kan, alam dia, kita layan je kesukaan dia selagi tidak melampaui batas. 

Mula dah aksi panjat katil, haha tu katil umi dengan walid tau Abg Qi amboi dia tuuuu πŸ˜‚. Dia mula dah eksplore sepuasnya. Bestnya pasal bilik ini nanti julia hurai satu persatu ya. 



Kelebihan bilik Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam 
  1. Elektronik kad akses - keselamatan terjamin kad akses jenis magnetic, bukan kunci. 
  2. Parking kereta - disediakan khas di depan hotel bagi pelanggan menginap. (line merah)
  3. WiFi - line medium.
  4. Meja menulis - meja tulis disediakan dengan kemudahan plug.
  5. Botol air - 3 botol eksklusif label Hotel De Art.
  6. 40″ LCD TV - besar dan puas tengok, program pelbagai.
  7. Coffee corner - cawan dan kopi di sediakan bersama kettle.
  8. Peralatan berus gigi beserta ubat gigi disediakan dalam tandas.
  9. Water heater - mandian air panas disediakan, tandas luas dan bersih.
  10. Penanda kiblat - mudah dilihat di atas dinding.
  11. Bakul kain baju kotor disediakan.
  12. Kedai dobi bawah hotel, ada banyak pilihan kiri dan kanan hotel.
Cadangan di masa akan datang, menyediakan kemudahan telefon supaya boleh request untuk pertanyaan dan kemukakan permasalahan bilik sekiranya berlaku. Kalau tak kena turun bawah sendiri. 


Keunikan tersendiri
Julia suka bakul baju tu lah, unik, macam diperbuat dari rotan tau hehe. TV punyalah besar, macam-macam rancangan ada, tak bosan lah sebab rancangan kartun pun ada. Cermin hias diri pun panjang senang nak belek badan haha. 

Kalau datang dengan keluarga yang besar, tempah bilik yang ada connecting room. Tak silap julia pintu sebelah cermin tu macma connection room tau, kot-kot nak bawa saudara mara senang nak buat family day leh buka untuk makan-makan beramai-ramai betul tak. 

Luas tau bilik ini, boleh tunaikan solat depan meja tulis dibawah. Bagi kami 3 orang anak beranak kami rasa luas dah, kalau ada anak ramai julia suggest tempah bilik Art Family. Ada 2 katil Queen tau. 
Enam gambar pasal bilik air sahaja tau, ada hair dryer diletakkan diaras tinggi. Bagus cara ini, tak adalah anak-anak main betul tak masa kita tengah sibuk solat ke, masa tidur ke diorang buat projek senyap. 

Bekalan body shampoo dan hair shampoo pun disediakan, senang tinggal picit je tau. Suka tengok laci dalam bilik air triple ni, unik corak dia. 

Jimat ruang.
Almari tak ada dalam bilik ini, konsep butik hotel kan ringkas dan padat. So hanger di sediakan di dinding. Jimat space macam ini tau idea bijak. Hanger pun kerlas, sangkut je seluar jeans dan baju yang hendak di ulang pakai. Selesai masalah. 

Lapar? Nak beli ubat?
Semua itu di depan Hotel De Art seksyen 9, deretan kedai makan dan farmasi banyak pilihan tau. Kalau lapar tengah malam turun je jalan kaki sikit ke Plaza Shah Alam, tak sampai 2 minit jalan dah sampai Restoren Pelita Nasi Kandar tau, jamu la selera atau tapau makan kat bilik hotel. 
Muka masing-masing sudah kenyang, sudah selesai tunaikan solat, apa lagi selfie sekeluarga buat kenangan sebelum terlupa hehe. Kami nak gerak ke pesta buku dan beli produk sunnah berdekatan Shah Alam, kebetulan hari yang sama memang sesuai lah kami menginap disini. 

Kalau ada anak yang nak konvo, tercari-cari penginapan hotel berdekatan yang selesa, cantik dan harga munasabah pilihlah Hotel De Art seksyen 9 yang terletak di Shah Alam, bukan sahaja baru malah staf yang jaga hotel ini pun mesra dan peramah. Tanya apa sahaja semua disulami dengan senyuman. πŸ’“


Rating penilaian: Dari 5 bintang julia beri 4 bintang, memang puas hati lah. Apa yang hotel mewah sediakan hotel ini ada. Kecuali cafe sebab ruang hotel ini limit. Kalau nak sarapan pagi, malas nak keluar bilik, boleh request staf hotel sediakan. 

Bayaran pun beberapa ringgit je. Murah, sarapan sampai jam 7.30 pagi tau. Kami makan nasi lemak, kuih seri muka 4 biji dengan teh o panas. Kenyang! Sambung tidur sampai jam 11 pagi dan terus check out haha. Yelah duduk hotel cantik kena abadikan sungguh-sungguh baru berbaloi. 

Info lanjut layari: 
Hotel De Art
No.26, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, 
Seksyen 9, 40100 Shah Alam Selangor, 
Malaysia.

Tel: +603 5888 7890
Email: info9@hoteldeart.com.my
Waze: Hotel de Art @ Section 9
Tempah: Booking.Com

You May Also Like

16 Komen Sini [Click]

  1. mmg penuh dgn art hotel ni..ada tgk rmi juga kwn2 blogger stay sini...opismate pn ada stay sini br2 ni..cermin tu buat nmpk slim..suka la qi dpt surprise ni

    ReplyDelete
  2. Wah! Memang cantik dan lain dari yang lain Hotel De Art ni.

    Pilih pulak bilik tema Avengers memang syok la abg Qi. Malam lena tido tak? Ke Abg Qi tak tidoπŸ˜…

    Terima Kasih review πŸ‘

    ReplyDelete
  3. Wah cantik. Syok dok hotel baru, mesti bau wangi jer semua. hehe. Kat sini bilik air tak de bath tub yer?

    ReplyDelete
  4. comeilah bilik ne ok nanti boleh stay jugak dah ingat no bilik hehe

    ReplyDelete
  5. Dah banyak cawangan hotel de art.

    ReplyDelete
  6. Unik betul tema hotel ni.. ada graffiti art lagi😁

    ReplyDelete
  7. kalau time convo,hotel ni mmg penuh. haha

    ReplyDelete
  8. cantik sangat..terpegun tengok..macm dekat ceritkartun gitu

    ReplyDelete
  9. Cantiknya hotelnya.. Ade rezeki boleh singgah duduk sini.. 🀣

    ReplyDelete
  10. cantiknya hotel dia juju..berbaloi2 kalau duk sini...cantik..kemas..ada tema-tema bagai..suka plak kita..

    ReplyDelete
  11. dekat dah ngan area opis saya ni, bolehla try bermalam kat sini, hotel pun cantik

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER