Cantik tak sepatu coklat kita? Haha! Titip kenangan ambil surat tawaran dan daftar sekolah Darjah 1/2019

by - Wednesday, October 03, 2018


Asyik-asyik muka umi je, gaya pose keumian sangat si julia tu, ke pose gaya seorang guru haha, masa ni Qaiser ilman tgh sekolah tadika. Umi dengan walid datang pagi-pagi lagi kat tempat pengajian baru sesi tahun depan Abg Qi. Hadir atas jemputan rasmi untuk ambil surat tawaran sekolah, dalam masa seminggu je tempoh diberi (selepas lulus lalui 2 ujian temuduga & ujian bertulis, seram part ni boleh baca SINI) dan urus pendaftaran terus bagi sesi Darjah 1/2019...subhanaAllah awal betul kan pengurusan sekolah ni. 

Ramai cakap, eh awalnya daftar anak Darjah 1. 
Ye awal 3 bulan. Awal Oktober 2018 kami perlu hadir untuk selesaikan urusan pendaftaran, tempah baju, tempah name tag (1 set 4 nama so wajib beli 2 set) dan hal lain-lain info kena tahu. 

Bagi kami, sebenarnya lagi awal lagi bagus, boleh sedia apa yang patut. Tak ada lah nanti hujung tahun nak cedok sana sini tabungan kecemasan, guna apa yang ada dulu. Kami bukan jenis berduit seperti apa kalian fikirkan, kami juga seperti ibu bapa sederhana lain kat luar sana, bezanya kami beringat buat tabungan kecil-kecilan tu je beza. 

Sama je aku pun makan gaji, partner kerja sendiri, kena kayuh sendiri. Bukan senang nak senang ye dak. Okey peduli kata negatif orang, aku ambil yang positif. Bye2 orang negatif. 

Macam-macam pengalaman nak sembang, Abg Qi tau tak, macam-macam usaha umi dgn walid, tadi kami jinjing 3 fail semua pasal Abg Qi, mujur la entry kat blog tu pun tak print kalau tak byk fail haha.

Sepatu coklat itu... Mengusik walid cakap berseloroh, dah mcm tokoh guru masuk mengajar anak murid dah kita kan walid kiri, kanan pegang fail hahaha, walid senyum meleret, manis senyuman dia, dia terus melangkah kaki kanan masuk ke perkarangan sekolah dengan padu sekali sambil sempat siap menjeling cakap okey tak kasut sepatu coklatnya... 😂😂😂

Hampir nak ketawa keluar air mata, takkan nak cakap tak hensem, tak smart, kemain walid bergaya pi sekolah. Tampil segar dan smart, sambil di bahu jinjing beg dan fail, bawa profail seorang anak mudanya.

Terpaku, terus terpaku, nak belajar!
Saat melangkah, mata tak henti memandang buat kali kedua sekolah ini. Masa hadapi ujian temuduga dan ujian bertulis tak sempat nak ronda sekolah. Sebab semuanya berjalan dengan padat sekali. 

Tak sempat nak toleh kiri kanan, hari ini berkesempatan snap sekali dua untuk kenangan di blog. Sunyi sepi, kedengaran sesekali suara pelajar-pelajar di sini bercakap ramai-ramai baca doa. 

Aku terus terbuai mimpi, dah lama impian nak masuk sini, ya aku juga nak belajar kat sini. Macam anak-anak disini terpilih, aku juga, walid juga, kami nak belajar apa mereka belajar melalui anak muda kami. Bukan setakat hantar anak muda, kami nak belajar dari anak muda tentang apa sahaja...kalau anda baca, seperti kami pula pelajar baru masuk mendaftar. 

Ye, generasi tua macam kami pun perlu belajar ilmu baru orang muda, biar luaran tua, tapi hati sentiasa segar bugar menerima ilmu baru setiap hari, jatuhkan ego, naikkan hormat, baru mudah diri menerima ilmu. 
Urusan ambil surat tawaran, di sisip kemas dalam sampul surat. Berdebar nak buka, lihat tajuk surat. Senyum kami, subhanaAllah, moga dipermudahkan urusan orang muda kami. 

Cantiknya budi pekerti...
Sungguh, semua bahagian pentadbir sekolah ini diajar dengan sahsiah tinggi. Jumpa dengan ibu bapa senyum, muka tenang. Dari rasa tak tahu macam-macam tahu, semua di hulur dengan salam, nama mereka terpahat di hati. Kami datang lagi nanti, kami bawa ole-ole. Buat sedekah panjangkan rezeki. 

Sebaik walid sibuk dengan urusan pendaftaran, mata julia terleka pada satu sudut, betul-betul belakang kepala walid duduk. Dua jenis tabung. Tabung anak yatim berwarna merah. Allah...patutlah melangkah disini hati sejuk, bagai di siram dengan air sejuk, hilang semua masalah, hilang semua sakit. Rupanya kotak ini menguji hebatnya ketulusan cinta kita padaNya. 

Kalau balik, pasti inilah terpampar di mata untuk di baca, warkah doa!

Mata tak henti memandang, ikrar ini buat julia baca berulang kali, doa dan maksudnya sangat sampai ke hati hitam yang sudah lama berkerak. Di cungkil buang terus, semacam di tampal hati baru, tiada yang mustahil. 

Ujian temuduga (ibu bapa) - sekolah ini sangat menekankan kerjasama dan apa sumbangan kita untuk anak dan sekolah, mereka mahukan kita turut sama dalam setiap aktiviti anak. Ya, inilah jawapan aku pada pendidik di sekolah ini. Aku nak sertai aktiviti yang memerlukan kerahan tenaga, fikiran dan apa sahaja yang mampu, supaya aku dapat rasa kembali menjadi anak-anak kecil dulu yang aku dan suami sendiri tak sempat buat. 

Tujuan kedua, bila kita tunjuk contoh kesungguhan kita dalam setiap aktiviti anak, anak muda melihat, menyelami, siapakah ibu bapanya, bukan sahaja serah anak dan biar pendidik ajar dari pagi sampai petang, tapi kita perlu sama-sama dalam pelayaran mereka. Sambil itu beri peluang, ibu bapa pelajar lain bersuai kenal rapat, senang nanti nak urus apa-apa sudah kenal, memudahkan pelajar dan ibu bapa serta tahu dengan siapa anak mereka berkawan, ibu bapa pun kenal anak rakannya.

Ujian diagnostik (bakal pelajar) - penekanan pada iqra tahap 4 (boleh membaca surah sendiri) & membaca Bahasa Melayu. Tekankan sebaiknya, tips ya. Aku ada masa 3 bulan lagi untuk asah lagi kemahiran anak muda kami, moga dipermudahkah masa baki 3 bulan ini...nanti kami cerita rancangan kami untuk asah lagi kemahiran bab ini. 

Semasa kami lalui temuduga, aku ternampak beberapa orang guru, ramai sebenarnya, di atur meja, setiap meja ada guru, pelajar akan berpusing untuk selesaikan task ujian, aku berpandangan mungkin setiap satu meja ada ujian, kemudian beralih ke meja guru lain untuk lalui ujian seterusnya. Ni anggapan pandangan kasar aku lihat, selebihnya anda sendiri lalui dulu dengan anak ya, mana tahu sesi kalian lain caranya. 

Akan datang, kami akan kembali ke sini lagi, untuk ukur size baju orang muda kami dan beli kasut hitam dan stoking hitam nanti. 

Bulan 12 hari Taaruf (orientasi)...tak sabar nak tengok wajah anak muda kami nanti saat pertama kali bergelar pelajar sekolah rendah. 

Belajar lah di mana-mana sekalipun, tujuan semua sama, mahu cari ilmu. Semoga anak-anak kalian dipermudahkan urusan...sambung lagi cerita di entry akan datang. Nak susun fail lagi haha, macam-macam jadual kena urus, maka kena buat 1 plan jadual sendiri, sehelai kertas yang padat dengan info, tampal di rumah dan pejabat. Ayuh buat!

You May Also Like

10 Komen Sini [Click]

  1. Wahh.... Sekolah hebat tu
    Good luck Abg Qi

    ReplyDelete
  2. good luck abang. cantiklah kasut tu

    ReplyDelete
  3. good luck abg qi.. auntie doakan untuk abg qi dipermudahkan segalanya..doakan zahirah juga yer

    ReplyDelete
  4. Seronok baca pengalaman pertama anak nak masuk darjah 1.. all the best qaiser iman.. goid boy

    ReplyDelete
  5. 'Sejuk' nampak persekitaran sekolahnya...moga harapan & impian Julia & suami utk Abg Qi diperkenankan. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak...meununtutu ilmu tak kira umur...hehehe jadikan kita lebih tunduk... bagus sekolah tu... hehe...

    ReplyDelete
  7. sek ni dalam wishlist dulu. tp x dapek la sbb dah tahu nk pindah mai semenyih. good luck Abang Qi. mmg juju mcm cikgu2. hehehe

    ReplyDelete
  8. bugsbuat persediaan awai kan.jadi xdela kelam kbut sgt nti

    ReplyDelete
  9. Dah macam cikgu je kak juju..hehe..semoga abg qi belajar rajin2 nanti

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER