Darjah 1/2019

BarakaAllah, barakallah, barakallah, sekarang nak cerita direct to the point. Kalian semua sudah tahu kan dugaan sakit juju yang pelik tu, kalau terlupa atau tertinggal boleh jejak entry di bawah klik link bertanda biru. 

part 1 - Berderau dapat sms temuduga ibu bapa & anak 
part 2 - Dugaan sakit teruk selama 7 hari
part 3 - Hidayah ke Masjid Besi 

Sudah khatam semua, mari ke tajuk asal "Kejutan selepas hikmah sakit lama, tak sangka secepat ini!"

Okey tarik nafas hembus, tarik nafas hembus...tak sabarnya nak cerita dan berkongsi dengan kalian semua. SubhanaAllah, dari semalam rasa nak peluk semua orang, rasa nak senyum sepanjang hari, rasa macam tak percaya pun ye, kenapa di ujian sehebat ini sampaikan aku tak tahu nak buat apa, semua tak kena, terasa macam nak sujud syukur berjam lamanya. 

Mungkin bagi orang lain, alaaahhh yang itu pun nak kecoh, yang ini pun nak sibuk-sibuk, alahhhh perkara biasa je, engkau je tak biasa...

What ever orang fikir selepas berita ini, aku redha, aku bersyukur ke hadrat ilahi, hikmah dari sakit teruk aku lalui sampai meracau, sampai rasa macam tak lama lagi je hidup kat dunia ini, rupanya bila aku fikir macam itu berdosanya la hai, sebab ia tak seperti apa aku gambarkan....cuma perit melalui detik ujian sakit yang teramat sangat berhari lamanya itu aku tak boleh lupakan sampai bila-bila. 

Tanggal 27 September 2018, hari Khamis jam 11.23 pagi
Aku terima satu kiriman sms yang ke-lima dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak atau senang guna dalam singkatan ( SRIAAG )

Tujuan sms dihantar katanya ' Mohon semak keputusan Ujian Diagnostik darjah 1/2019 Sri Alamin Gombak secara online - pendaftaran.'

Kepala terus terpanah, terus buka website dan cari number telefon sekolah. Aku dah risau sebab aku di beritahu pada 5 Oktober 2018 untuk semakan ujian diagnostik dan temuduga sama ada ditawarkan atau tidak. Kepala otak aku dan suami serta anak sendiri dah set siap-siap 5 Oktober...siap counting days saban hari, siap tanya partner tinggal berapa hari nak ke 5 Oktober.

Walhal masing-masing dah tawakal...apa sahaja keputusan kami redha, tak dapat, masih peluang SK biasa di langsung seperti biasa. Transit SK biasa pun dah pi open day hari yang sama semasa temuduga SRIAAG tau.

Sekali angkat, cikgu sekolah menengah Al-Amin jawab. Katanya salah call, dia sambungkan talian ke SK Al-Amin, baik betul ustaz tu, mujur tak kena marah hahaha.

Terus dapat bercakap dengan staf sebetulnya, katanya dia Puan A, nama sebenar di rahsiakan. Puan A cakap ye betul, memang pengumuman untuk semak keputusan boleh diperolehi sekarang. Terus dia tanya:

"Siapa nama anak Puan"

Aku jawab.....
(Sebelum tahu keputusan, Puan A macam mendengus wajah gembira, aku tak tahu nak gambarkan bagaimana dengusan itu, tapi bunyi dengusan gembira sebelum kata-kata jawapan)

Tahniah, anak Puan ditawarkan!

Aku? Mengelamun sebentar, rasa macma tak percaya! Betul ke ni, ish ke aku salah dengar. Tak henti-henti ucap Barakallah, Alhamdulilah, Barakallah, Alhamdulilah, Maha Suci Allah. Aku tanya lagi Puan A, betul ke ni, ke tersalah lihat.

Katanya betul. 

Ya Allah, jika inilah hikmah ujian sakit keterlaluan aku lalui mendapat pelangi di akhirnya, aku lapang dada Ya Allah, tak sangka pencipta kami bersihkan kami dulu sebelum diberitakan berita segembira ini.

Air mata gembira tak henti turun, sehingga sekarang saat menulis warkah ini.

Abg Qi ditawarkan menyambung pengajian Darjah 1 di Sekolah SRIAAG. Sekolah utama,  bagi ujian diagnostik untuk bulan 11 bagi kemasukan sekolah kebangsaan biasa tak perlu Abg Qi duduki, nanti kami kena ke sekolah berkenaan untuk batalkan tawaran awal tu, barakaAllah. Rezekinya di Al-Amin, bukan senang ye nak dapat masuk sini, kami juga tak sangka dengan ujian saringan kedua kami layak, kami usaha sahaja, selebihnya Allah permudahkan. Siapa sangka, Abg Qi dan kami berdua sendiri melalui ujian temuduga dan diagnostik yang sangat mencabar minda.

Nampak dan kelihatan senang, tetapi sangat mencabar, ada ujian yang dilaporkan oleh Abg Qi dia sendiri kata ada pro dan kontra bagi usianya untuk mengingati dan menulis...tetapi betul kata kalian, Abg Qi sudah mencuba sebaik mungkin, dia hanya tahu oh dirinya akan masuk Darjah 1, tetapi dia tak tahu dirinya di uji sangat hebat di medan pertempuran pemilihan. 

Itu sahaja perkongsian berita hikmah selepas ujian sakit, kejutan ini tak mungkin kami dapat lupakan sampai bila-bila. Hanya Allah tempat kami bergantung, selebihnya kami usaha sedaya habis upaya dan bertawakal. 

1 Oktober 2018, insyaAllah kami akan ke sekolah berkenaan untuk ambil surat tawaran dan membeli barang keperluan seperti baju seragam dan peralatan di perlukan sepanjang sekolah.

Waktu kelas bermula insyaAllah pada:
11am-6.30 ptg - akademik, pengajian Islam (mengaji dan sebagainya), makan, minum semua di sana. Senang satu tempat semua di sediakan, tak perlu sekolah agama asing. Pembelajaran dalam berkumpulan, corak belajar berbeza dari sekolah aliran biasa. (Sumber: http://www.al-amin.edu.my/sriaag/)

Terima kasih semua, terima kasih kerana beri kata-kata perangsang secara langsung dan tak langsung, di ruang komen media blog dan di mana sahaja. Kalian di doakan selalu semoga sihat dan dimurahkan rezeki. Apa-apa dahulukan Tuhan, nescaya kemanisan dalam ujian di nikmati sampai tak habis-habis. Allahuakbar!

12 Comments

  1. Alhamdulillah hikmah Allah tu manis kan, dalam diuji dia beri jugak rezeki.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Huda pun happy dengar. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. tahniah abg qi berjaya ke sekolah al amin ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah esp utk Abg qi. Dah boleh agak dah bila baca entry masjid besi tu :)

    Faham sangat perasaan happy tu hehe... Memang excited bila anak dapat masuk sek idaman kanalhamdulillah. Moga Abg qi terus cemerlang dunia & akhirat aamiin.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah abg Qi. Smoga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah tahniah ye.. mama tumpang gembira

    ReplyDelete
  7. tahniah... moga abg qi berjaya di sekolah tu...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. bgus juga ye sekolah mcm tu.semua lengkp.jadi xperlu pergi sekolah asing mcm yg ade kbnykkn skrng ni.pgi sekolah biasa ptg sekolah agama. bila ade 1 sekolah yg ada semua mcm ni mmg menyenangkan ibu bapa..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Abang Qi. Semoga abang qi membesar menjadi anak soleh

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)