Pengalaman bernilai seorang diri menyelusuri GUA KELAWAR Kilim Geoforest Park Langkawi

by - Friday, July 13, 2018


Selesai aktiviti di Fish Farm dan Eagle Watching, terus bot memacu laju terus ke aktiviti terakhir ke Bat Caves (Gua Kelawar). Saat sampai disini kelihatan cantiknya jeti Gua Kelawar. Bersih dan selesa nak pijak pelantar disini. Pengunjung dari luar negara ramai melawati kawasan ini. Terutama geng dari Arab, dengan jubah-jubah tiada masalah seret masuk gua tau. Hebat !

Pertama kali bagi Abg Qi nak masuk gua sebenarnya, encik suami dah biasa. Cuma Abg Qi dah bagi tau dia tak nak masuk. Haha, puas pujuk cakap umi ada temankan. Macam biasa dia tak nak sebab masih fobia dengan kegelapan. Okey suami pun bagi hint dia jaga Abg Qi sambil berjalan sekitarnya. Baiklah, so juju are you ready? 

Oh yes i'm already since from KL haha. Nampak tak betapa semangatnya kawan korang ni tau. Dia kalau boleh semua benda nak cuba timba pengalaman. 😜


Apa yang kita perlu tahu?
Sampai kat sini ada satu papan tanda info tentang di mana kita berada sekarang sebelum masuk Gua Kelawar. Kawasan ini dikelilingi dengan hutan bakau yang cantik serta pepohon hutan yang sungguh kaya dengan flora dan faunanya. 

Jangan lupa ke kaunter, kalau kita naik bot dengan pakej memang diberi sewa touchlight percuma. Selepas habis masuk gua kena pulangkan balik di kaunter ye. 


Kawasan pejalan kaki di sini sangat selesa, sambil meniti mata tak segan silu melihat kecantikan kehijauan hutan dara disini. 


Tu untung bawa kamera jenis mirrorless tak payah nak lipat badan masa nak snap gambar, hanya perlu guna skrin mirrorless terus snap. Cantik sungguh! Terleka sebentar menghayati bau hutan, bau hutan dara yang belum diusik. Sesekali terdengar cengkerik berbunyi seolah-olah menjemput kami ke sini. 


Tidak jauh pun dari jeti Gua Kelawar ni tau, sambil berselipar jepun pun dah boleh masuk gua ni ye, tak perlu sangat nak official kena tracksuit bagai, mak pak arab tu seret jubah labuh masuk gua tau. Lagi terer! Ambil peluang merasai pengalaman masuk gua kelawar ye. 

Dengan bantuan torchlight dan kamera mirrorless di sebelah tangan, sambil suluh kelawar sedang bertenggek di atas gua, sambil tu terus snap. Puas hati snap gambar kamera Sony A6300 dalam gelap. Gambar ni tidak di edit langsung dari segi cahaya ye. 

Sunyi sepi, ya, tiada bunyi langsung tika ini kelawar keluarkan bunyi. Tak berbau busuk langsung, selesa sungguh masuk Gua Kelawar. Julia paling di depan antara pengunjung lain, lama suluh kelawar tengah sibuk tidur agaknya. 

Tak boleh buat bising tau, apa-apa jaga tingkah laku. Doa dulu sebelum masuk. Nampak batu-batuan di sini unik dan sesekali terasa titisan air jatuh ke kulit sejuknya. 

Hai BATMAN 😆
Terkadang terfikir, kelawar ni tak silau ke sebab lampu di suluh pada mereka kan. Macam biasa je, tiada satu pun kelawar kat sini keluar berterbangan keluar dari gua tau. Seolah-olah melawat sekumpulan kelawar yang sangat behave hehe. Menarik sebenarnya datang sini, terasa diri berada dialam yang lain tau. 

Ingat jauh, rupanya tak adalah jauh sangat nak jalan dalam gua ni, jangan takut tau nak masuk. Serius memang best, bila gelap guna lampu suluh tu, baru lah mencabar diri, julia seorang diri boleh masuk tanpa di temani sesiapa, apatah lagi korang mesti boleh punya. Jangan lupa baca doa dulu ye, semoga dipermudahkan. 








Setelah puas melihat kawasan sekeliling dalam gua sekarang kita akan melalui satu fasa yang sangat mencabar minda iaitu melalui rintangan jalan keluar dari gua. 

Nampak laluan di bawah julia cantumkan jadi satu gambar. Masa nak keluar ternampak mak pak arab ni tak mau keluar, mungkin dia rasa pelik kot sebab kena tunduk lagi ke bawah. Ya memang kena rendahkan badan sepanjang meniti kawasan ini tau. Hati-hati banyak batuan tajam di atas gua tu. 

Air menitik lagi banyak atas kulit julia, terus lajukan langkah tanpa menoleh ke belakang, tetiba rasa bulu roma naik, rasa macam sunyi sangat kat sini. Allah, baru rasa macam mana perasaan duduk di gua tanpa orang. Seram!


Itu pun sempat lagi guna lampu suluh menyuluh di sekitar batuan gua. Nak juga ambil peluang tengok semua kawasan haha. 

Bila nak sampai ke kawasan cahaya tu ternampak satu tangga kayu meniti ke aras gua, di tulis di larang naik rasanya. Uishhh terus lagi laju julia melangkah tau...okey tak mau fikir panjang-panjang. Zikir je sepanjang laluan. Bulu roma naik oiiii....😝


Akhirnya berjaya harungi Gua Kelawar.
Ingat mula masuk gua macam tak mencabar sangat, sekali nak keluar dair gua mencabar emosi dan fizikal rupanya. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan tika berkunjung sendirian didalam gua. Menarik!

Kamera mirrorless julia tu sangat berjasa, dalam segenap kegelapan pun ia boleh rakam dan snap dengan baik sekali. Kalau korang nak melancong, mula lah menabung untuk beli satu gadget macam julia, puas hati lihat hasil gambarnya tau. Tak payah edit teruk macam guna hp tu semua. 

Wajah julia tu sendiri mengambarkan betapa puas hatinya timba pengalaman disini tau. Ini yang rasa nak terokai gua lain pulak, tersuka plak dengan gua hehe.  

Budak kecik ni terselamat dari masuk gua, mujurlah kecik, kalau dah besar memang paksa gak dia masuk untuk pecahkan rasa takut tu. Tak apa, nanti besar umi nak bawa masuk gua di tempat lain pula tau haha. Mana boleh lari! 😂


Terima kasih pada encik suami yang jaga anakanda tersayang dengan baik, sekarang tamat sudah masa tour selama 1 jam. Tak terasa masa berlalu dengan pantas sekali tau. Bagi korang yang suka beraktiviti dengan bot ambil lah masa lebih dari sejam, memang berbaloi sangat datang Kilim tau !


Masa nak balik ke jeti Kilim, ternampak betapa sibuknya bot-bot membawa pelancong-pelancong penuh dalam bot. Ada satu pak arab ni masuk air dalam kepala kot, dia buat lawak pakai kain pelekat duduk paling depan dengan kaki berjuntai sambil angkat tangan ke arah kami. Cakap dalam bahasa dia lah, habis satu bot ketawa melihat keletah seorang mamat pak arab yang kena kejutan budaya. 

Agaknya dia bersemangat datang Kilim, tu lah Kilim Geoforest Park memang cantik, rugi tak datang sini. Julia yang menulis ni pun terasa sangat kerinduan kat Kilim, ada rezeki nanti datang lagi dengan keluarga besar ajak anak buah semua lagi meriah satu bot. 

Tamat sudah ekspedisi ke Kilim, next entry julia nak karang tempat penginapan kami di Pantai Cenang. Stay tune readers ! 😍
KILIM GEOFOREST PARK
07000 Langkawi, Kedah

Jejak balik entry Kilim Langkawi 2018 :
Part 1 : Pertama kali sampai Kilim!
Part 2 : Jom Fish Farm & Eagle Watching
Part 3 : Seorang diri masuk gua

You May Also Like

11 Komen Sini [Click]

  1. Seronok juga sesekali mencabar diri buat aktiviti begini.. Btw cantik gambar yang terhasil walaupun dalam gua yang gelap

    ReplyDelete
  2. Berani lah kak Juju. Kalau Nani ni rasanya fikir dua tiga kali jugak nak masuk kalau tak ada kawan. Hahaha!

    ReplyDelete
  3. mcm tkut je nk bwk dayyan masuk gua. sbb mmy die pn tkut ni. hehe

    ReplyDelete
  4. bestnya , nanti Rayyan besar sikit boleh bawak dia tempat2 adventure gini

    ReplyDelete
  5. Suka pulak tengok pemandangan dalam gua tu...hehe..tak pernah masuk gua..

    ReplyDelete
  6. Macam berdebar pulak baca ending nak keluar gua tu :D

    Cantik & bersih rupanya dalam tu ye.

    Sebut pasal gua ni teringat kes kanak2 team bola Thailand tu. Alhamdulillah selamat dah semuanya.

    ReplyDelete
  7. wahh.. ain baca pun mula2 terase takut nak masuk tapi lama2 hurmm kena try ni.. hehehehe

    ReplyDelete
  8. Cantik juga pemandangan dalam gua. Lama dah rasa tak pergi bercuti, tengok kak Ju pergi bercuti ini pun dah rasa seronok ;)

    ReplyDelete
  9. Waaa seronok juga ye masuk dalam gua.

    ReplyDelete
  10. pernah datang sini dulu masa belajar..suasana yang menarik

    ReplyDelete
  11. aida & famili suka tour gini, Ju.
    memang kalu ke langkawi, aim nak ke kilim ni.
    lom ada rezeki nak ke langkawi lagi.
    syuhada dah nak exam ni, so tak ke mana-mana sgt.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER