Lepas kerinduan sekitar Pantai Langkawi

by - Tuesday, August 14, 2018


Kalau ikutkan bukan pertama kali aku ke Langkawi, ini kali ketiga atau keempat atau mungkin lebih campur keja outstation kursusnya dan travel. Kali ini datang balik setelah 3 tahun lebih tak datang, rindu dengan Pantai Langkawi. Gambar di atas kami melawati keindahan Pantai Tengah.

Pantai Tengah memang cantik, sangat dekat dengan Pantai Cenang, kat sini kami datang selepas sampai dari lapangan terbang. Ya, terus touch down hati meronta-ronta ajak suami dan anak untuk terjah pantai. 

Sesudah makan tengahari pekena lauk ikan bawal bakar, air asam dengan daging bakar dengan nasi panas terus rasa badan segar bugar. Lama tak pekena lauk sedap dan ringkas macam tu. 

Kereta sewa sudah tempah awal 3 hari sebelum bertolak, isi minyak RM50 haa terus pecut pusing cari semua Pantai Langkawi. Memang kereta tu meraung la kami drive tak berhenti rindu dekat Langkawi habis satu pulau ronda. 😜

Pantai Tengah
Kawasan ini memang terik panasnya, tepi pantai kan, susah nak cari kawasan redup untuk berteduh. Kalau ada pun jauh dari pantai. Kami istirehat mata dan badan di sini seketika. Terlihat masa ini tidak ada orang di sekitar pantai. Tenang dan cukup mengasyikkan layan ombak. 

Uhhh leganya! Dari hati yang berat, sedih semua hilang begitu sahaja. Hebatnya ciptaan Allah, mampu buat kita berubah dengan memuji kehebatannya melalui permandangan indah. 







Si kecil Abg Qi pun suka ootd, kemain dia pun nak ber sunglasses di waktu tengahari terik. Tak sabar dah dia nak main pasir tepi pantai. Soalan tak henti-henti bila nak beli set main pasir hehe. Tika ini umurnya menginjak 6 tahun. Semakin senang nak bawa berjalan. Sudah faham apa itu dan ini. Mudah dibawa berbincang. 

Indahnya suasana Pantai Tengah Langkawi. Pastikan anda kalau ada masa terluang, lawat semua pantai sekitar Langkawi. Dari situ boleh tengok perbandingan antaranya. Memang berbeza sangat-sangat. 



Pantai Tg Rhu
Puas mengadap Pantai Tengah, on waze ke Pantai Tg Rhu pula. Kebetulan sampai awal dari airport, nak check in ke hotel jam 2.30 petang. Jangan buang masa, on kereta sewa dan ambil peluang sehabis mungkin untuk sedut suasana menarik sekitar pantai. 

Paling cantik, sudah tentulah Pantai Tg Rhu, airnya biru dan sangat dekat dengan pantai. Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit dari Pantai Tengah. Memang jauh sikit, tapi berbaloi-baloi. Bukan selalu datang.

Suami dan anak duduk tepi Pantai Tg Rhu lama betul, sambil pekena air kelapa dan rojak buah. Duduk Langkawi ni baru makan berat pun sekejap je nanti lapar balik. Faktor berjalan dan cuaca panas main peranan buat perut cepat lapar. 

Lihat bot laju tu membelah lautan Tg Rhu, nampak deretan pulau kecil sekitarnya. 

Aku macam biasa, sejenis manusia gila kan gambar permandangan. Lihat di tangan tak henti-henti snap gambar. Semua akan disimpan dalam pendrive khas, beberapa sahaja akan di muat naik ke blog untuk tontonan umum. Kalau rajin nak buat photobook. 
Semua hasil gambar di snap menggunakan 
Kamera Mirrorless model Sony Alpha A6300


Pantai Cenang
Setiap hari kami akan peruntukkan masa untuk ke pantai, di Pantai Cenang sangat sibuk. Kami parking kereta berdekatan hotel. Jalan kaki masuk laluan ke Pantai Cenang. Kelihatan banyak aktiviit pantai sedang berlangsung rancak. 

Hati-hati nak bawa anak main pasir di sini ya. Ada banyak kenderaan lalu lalang terutama pacuan 4 roda dan kereta. Bahaya sebenarnya, bagi anak anda main di kawasan atas pantai sudah. Sebab di gigi pantai cenang sangat sibuk, takut kalau kena apa-apa yang tak diingini. 


Nak tunggu redup dan cuaca tak panas memang tak ada istilah itu, kami balik jam 7 petang cuaca masih cerah, panas terik dan tiada tanda akan redup. Bayangkan jam 8 malam masih cerah. 


Kami lepak atas pantai je, tak berani ke tengah. Lagipun kami bukan nak buat semua aktiviti pantai, cukup melayan secawan tin minuman dan bersembang sambil lihat permandangan indah. 



Sibuk anak teruna si abg Qi dengan set permainan pasirnya. Memang tak berganjak tau. Sejam bertapa, dia masih tak puas lagi. Main seorang diri pun dia tak ada masalah, dia pandai berdikari untuk hiburkan diri. Janji anak selamat. 

Syukur, dapat lepas hawa ke Langkawi. Nanti julia update kisah wishlist ke Kilim Geoforest Park ye. Tertunai hajat ke situ akhirnya!

You May Also Like

13 Komen Sini [Click]

  1. Rindu Langkawi.. Harap dpt g semula

    ReplyDelete
  2. Best yer juju. Huda dah 6 tahun tak jejak langkawi. Tunggu anak2 besar baru best. Planning hujung thn ni nak dtg sini

    ReplyDelete
  3. hamboi..macam g honeymoon lak..hihi..good boy abam qi..:)

    ReplyDelete
  4. tq for sharing. mama pun tgh usha2 langkawi ni..

    ReplyDelete
  5. seronoknya. tenang betul suasana kat situ yer.. abg qi memang menang kalo bab posing. Ensembnauu

    ReplyDelete
  6. memang patutlah rindu, cantik sangat tempatnya

    ReplyDelete
  7. geng kaca mata di pantai ...lama tk ke langkawi

    ReplyDelete
  8. bestnya langkawi. saya pun dah lama tak ke langkawi

    ReplyDelete
  9. Rindunyaaa nak pergi pantai. Seronok betul tengok kak Juju jalan jalan Langkawi.

    ReplyDelete
  10. Akak pun suka Langkawi, pergi banyak kali pun tak bosan.

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya..bila la leh p langkawi lagi ni

    ReplyDelete
  12. wahhhh seronoknya. berbelas tahun dah tak jejak kaki ke sini. teringin sangat sampai sini dgn family.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER