Lauk masak sendiri jamuan raya pejabat pula !

by - Friday, July 06, 2018


Malam tadi merewang seorang diri buat gulai ayam (no santan) sebab pagi Jumaat di pejabat kami adakan jamuan raya bahagian pula. Masing-masing bawa potluck raya, julia pun dok fikir nak bawa apalah jamuan raya, kebetulan rakan lain ada bawa ketupat dan lemang so kali ni julia buat gulai ayam je lah senang. 

Boleh makan dengan lemang, ketupat dan nasi kalau nak. Semua boleh masuk betul tak. Tak susah nak buat gulai tanpa santan. Ia perlu kesabaran sikit nak bagi kuah tu jadi pekat dan pecah minyak. 

Kalau tak kena cara, nanti gulai tu ceroi (kuah cair sangat) dan warna pun tidak naik. Bukan aku nak cakap aku ni terer masak, tak lah. Cuma aku perati kalau nak masak tanpa santan kena sabar jaga api kecil dan besar serta tahu bila masa nak masuk air ganti santan.

Kebetulan baulu keras di luar lembut di dalam masih banyak di rumah, aku bawa satu tupperware. Ada kuih raya baru nampak raya sikit dah nak hujung-hujung ni kan. Baulu tu dah masuk dekat 3 minggu beli, rasa dia masih fresh tau. Memang hebat lah air tangan ibu-ibu dari Sekinchan ni, memang tahun depan raya nanti nak ulang beli lagi kat sana. 

Pergi jauh berbaloi-baloi lah. Okey nak siap-siap untuk jamuan raya. Nanti aku update gambar raya kami eh. Bye!

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. Selamat berjamuan raya kak juju!

    ReplyDelete
  2. Kalau masak kari ayam suka makan dengan mee.. Jadi mee kari, selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  3. Puashati kan dapat masak sendiri untuk jamuan raya, baru syok tengok kawan² makan.

    ReplyDelete
  4. waaaaa.. sedap lauk :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  5. Nani pun suka jugak masak gulai tanpa santan ni. Sedap!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER