Lama tak nampak periuk doraemon julia beraksi, masih lagi ke?

by - Tuesday, July 24, 2018

Reheat: Ayam masak kicap

Kalau julia tak kongsikan di media sosial tak bermakna periuk ni berhabuk tau. Masih guna macam biasa, panaskan makanan lebihan, masak lauk ringkas tanpa minyak dan masak nasi atau buat sup sayur.

Di pejabat selalu akan timbul rasa bosan dengan lauk yang di jual di cafe, kalau dah bosan dengan lauk sendiri baru terjah beli lauk di pejabat. Tukar-tukar macam tu la sekarang, mudah ada periuk doraemon ni, mesra pengguna dan menjimatkan masa. 

Sambil buat kerja kat sebelah meja, sebelah boleh panaskan makanan dan memasak. Cepat dan boleh makan panas-panas. Baru semangat nak kerja!

Ada rakan bertanya soalan, lama tak nampak periuk doraemon. Dah karam ke? Hahaha tak kan lah nak update hari-hari ye dak, naik jemu korang nanti macam aku seorang je nak jimat.

Duit kena jimat
Tahun depan Abg Qi nak masuk Darjah 1, aku dah mula buat semakan dan congakan perbelanjaan untuk Tahun 1 seawal mungkin. Paling penting bajet kena paling tidak 1k mesti ada kan. Sekarang bulan 7, ada 6 bulan lagi. 

Setiap bulan RM200 kena simpan ketat-ketat untuk persediaan sekolah Darjah 1. RM100 suami, RM100 isteri. Tak nampak beban sangat kan. 

Tabung travel masih on macam biasa, kami berdua memang akan invest duit asing untuk travel mengejut paling tidak sebulan mesti labur dalam tabung travel RM100 juga. Pastu buat lah lupa haha. 

Okey, cara nak jimat terus on, satu hari lauk waktu tengahari kalau beli pun dah berharga RM7 ke RM8 sekali makan, buat lauk banyak dekat rumah boleh simpan banyak dekat pejabat. 

Setiap kali nak makan keluarkan je cairkan, masak nasi je guna periuk doraemon.

p/s: Bos kami restu guna periuk doraemon ni kat pejabat, dia sendiri suka tengok staf dia berjimat cermat, siap dia kongsikan tips lagi tau cara jimat duit. Minta restu bos korang ye, bila restu baru halal nak guna cara ini. 

Reheat: Ayam masak merah

Geng periuk doraemon, periuk korang masih on ke tak on? Haha

You May Also Like

10 Komen Sini [Click]

  1. suka cara Juju planning expenses.

    Betul Juju, budak nak start sekolah ni banyak belanja. nak beli itu ini, buku, stationery lepas tu belanja lagi. Pening mak mak kan.

    ReplyDelete
  2. Akak ada 2 periuk begini,tapi simpan dan guna ketika akak travel saja. Jimat memang jimat jika berbekal makan.

    ReplyDelete
  3. hah lama xnmpk periuk doreamon juju..kini kembali..mkn panas2 lauk tu mmg berselera

    ReplyDelete
  4. Rasa nak beli jugalah periuk doraemon ni

    ReplyDelete
  5. hai Ju. akak terjah sini ari ni.
    lama tak terjah blog Ju.
    kebetulan topik piuk doremon ekk.
    now, ok la. tgh cuti.
    nanti next year start keje balik, akak nak cari piuk ni 1 set.
    nak berjimat jugak :)

    ReplyDelete
  6. Comel nya nama periuk Doraemon. secomel rupa dia.. hahaha!

    ReplyDelete
  7. Wah menarik sungguh periuk doraemon sis ju ni. Teringin pulak nak beli satu. Bagus juga tu menabung.. Samalah husniey pun menabung untuk travel, pejam jelah mata letak berapa yang mampu

    ReplyDelete
  8. Syok sangat kan ada periuk doraemon macam ni, boleh jimat banyak duit makan lunch tu. Duduk KL ni serba serbi mahal, ada masa kena jugak cut cost sana sini.

    ReplyDelete
  9. rindunyaaaaa masak2 kat opis heheheh...skrg jadi milik humaira wat panaskan sup heheh

    ReplyDelete
  10. Betul tu, kita mesti pandai jimat cermat supaya blh beli benda2 lain, hehehe. Akak pun selalu bawa bekal ke ofis.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER