Kisah besarkan anak tua di zaman Google

by - Tuesday, July 24, 2018


Zaman sekarang segelintir anak taksub beribu bapakkan Google. Apa yang Google cakap dan hebahkan semuanya betul, mak ayah salah. Mak ayah nasihat untuk kebaikan si anak yang sudah tua juga dicakap tak boleh digunakan, kuno rasanya. Buat merajuk, hilangkan diri kerana kasihnya pada kebenaran mak ayah Google #anakderhaka

Ingatlah, sebijak bestari kita di dunia ini, apa salahnya kita belajar jadi bodoh dan diam bila ibu dan ayah menasihati. Kita nak bagi idea pun bagi cara yang paling tidak menyakiti. 

Kita lahir dari rahim seorang namanya 'ibu', kita di besarkan dengan titik peluh kasih sayang seorang namanya 'ayah'. Sedarilah pengorbanan kedua insan ini. 

Jangan bezakan kedua insan berharga ini dengan menangnya nasihat Google #internet .

Tiada seorang bernama ibu & ayah didunia ini hendak beri kesusahan pada darah dagingnya. Kalau boleh nyawa mereka pun mereka nak beri untuk lihat anknya bahagia sehingga nafas mereka terakhir.

Sedar anak anak....sedar dan bayangi wajah keduanya sebelum terlambat. Tidak lari sesaat masa ajal ditentukan. #masyaAllah

Insaf anak-anak zaman Google. Insaf semahunya...kerana aku tahu, aku juga seorang anak, dan aku juga seorang ibu. Aku tahu rasa kasihnya ibu dan bapa tiada ukuran dalam dunia ini dapat diterjemahkan...hanya linangan air mata sayang tertumpah keranamu anak.

[Ujian Besarkan Anak Tua di Zaman Google] 

You May Also Like

1 Komen Sini [Click]

  1. tu la kan.
    moga anak-anak kita nanti Ju, tak le berpandukan cik google semata-mata.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER