Chicken Pox besar!

by - Wednesday, July 18, 2018


Kisah Abg Qi kena chicken pox (6 tahun), lama dah berlalu. Tapi nak bukukan kisahnya disini. Sebelum tu nak ucap jutaan terima kasih dekat rakan Fb dan rakan yang pm personal julia bagi tips untuk jaga anak chicken pox. Hebat lah korang ni, julia syukur sangat dianugerahkan rakan sekeliling dalam diam membantu julia tau. Hanya Tuhan dapat membalas jasa korang semua. 

Tarikh 12-14 Mac 2018, adalah tarikh yang susah nak dilupakan. Tiga hari tu berperang dengan chicken pox yang rancak naik kat badan. Hari keempat macam dia tak naik dah kekal bintik merah yang ada. Malam kejadian, badan abg Qi naik panas mendadak. Muka sembab, melepek atas tilam. Tidur dalam keadaan macam badan mengigil. Mula ingat demam biasa nak beli paracetamol dekat klinik je. 

Sekali tergerak hati nak cek kulit dia, sebab sebelum ini dia pernah ada rekod kena denggi kan. Tak nak perkara kedua terjadi kali kedua, lagi bahaya kalau kena denggi buat kali kedua. 

Fasa pertama:
Bila tengok besar-besar bintik naik belakang badan. Okey aku cuak nak nilai jenis bintik apa ni, almaklumlah masa julia kecil kena chicken pox pun masa Darjah 6 mana ingat dah rupa cam ne. Keliru, sekali malam tu juga rujuk doktor, sah inilah chicken pox rujuk gambar diatas sekali. 

Doktor bekalkan 2 ubat je, Zirax cream dan calamine lotion serta ubat demam itu je tau. 

Fasa kedua:
Rakan syorkan aku cari daun semambu, termasuk singgah ke kuil situ ada, bagi minum air jus guava dan air kelapa. Ada dua fakta mengatakan kalau bagi air kelapa awal nanti chicken pox keluar tak habis dan fakta sebaliknya mengatakan bagi air kelapa lagi cepat surut bintik. 

Ikut jenis anak kot, sebab Abg Qi julia memang bagi dia air kelapa dan selang seli dengan jus guava marigold tu, badan dia jadi bertenaga. Makan dia tak berapa lalu sangat, hanya minum tu je selang seli. 

Bila dia bertenaga baru badan dia sendiri kuat nak sembuh chicken pox. 

Zirax cream tu bagus tau, lepas mandikan dia, sapu calamine lotion sebadan. Tunggu agak dah kering terus sapu Zirax cream dekat bintik tu sahaja. Bila sapu terasa miang chicken pox tu singgah dekat kulit julia, mengaru gak aku masa tu haha, tengok dia relaks je tak mengaru, syukur miang pindah dekat julia je. 

Aku perasan fungsi Zirax Cream tu selain mengecutkan elok bintik chicken pox, ia mengurangkan miang pada si anak tau. Bila tidur siang ke atau malam tak nampak pun dia mengaru pun. Masuk hari keempat sapu dah kecut hitam sikit, lama-lama parut pun tak ada dah.

Masakan:
Bila nampak dia macam dah okey sikit, aku on masak sup ayam. Sup ayam lain kali ni, aku tumbuk bawang putih segenggam dan sedikit halia dan tumis sehingga garing baru masuk air dan rencah ayam utk sup jadi pekat sikit. Tujuan utama, guna kaedah natural healing utk dalaman dia, bawang putih kan agen antioksida terbaik, bila hirup sup ni rasa segar badan dan lega. Suap dekat anak sikit demi sedikit, janji dia minum sup ayam. 

Fasa ketiga:
Nampak tak gambar 3 fasa chicken pox? Tak sampai seminggu bintik chicken pox dia surut dan dia pun mulai cergas. Masih lagi sapu sehingga baik. Tak ada parut langsung sekali imbas tau.

Julia sarankan, beli Zirax cream di klinik atau farmasi, atau lebih baik rujuk klinik dan mohon Zirax cream. Nampak efektif cara tu, selesai tempoh berpantang 2 minggu kat rumah betul2 baik baru pi tadika.

HFMD
Tak susah jaga anak-anak kena chicken pox, lagi susah nak jaga anak kena HFMD sebab ulser banyak dalam mulut, kulit naik ruam rapat dan mengelembung tu menyukarkan dia susah nak makan, air liur asyik meleleh tahan sakit ulser HFMD. 

Abg Qi pernah kena dulu HFMD masa umur 3 tahun lebih, hari-hari makan aiskrim vanila sebab dia tak boleh makan makanan langsung walaupun bubur nasi. Stress lagi nak jaga sebab HFMD memang tiada ubat, doktor suruh balik kuarantin sekali dengan anak dan jaga kebersihan semua termasuk pakaian dan rumah. 

Memang tak ada ubat antibiotik sekali pun tau, nanti ia akan baik sendiri. Kena pantau dari rumah je kecuali demam balik baru datang klinik. 

Okey itu je kisah Abg Qi kena chicken pox besar-besar. 
Kalau anak anda belum kena, mungkin tips julia kasi boleh membantu. Terkadang daun semambu dekat bandar ni memang susah nak jumpa, jangan buang masa, tak semua anak serasi dengan daun tu terkadang lagi miang adalah dekat anak yang berkulit sangat sensitif. 

Syukur alhamdulilah izin Tuhan, anak lepas sembuh kena Chicken Pox nampak dia jarang dah nak demam setiap bulan, kalau tak setiap bulan kena cuti sakit. Sekarang julia boleh kerja dengan gembira dan lapang hati. 

You May Also Like

9 Komen Sini [Click]

  1. Qa'id dah kena chicken pox ni tahun lepas, lepas tu kayap pulak..jenuh...huhu

    ReplyDelete
  2. good sharing juju..kna simpan ni..mana thu kot2 kawen skit2 lg..haha

    ReplyDelete
  3. Semoga Abang Qi cepat sembuh.. Perkongsian yang bagus..

    ReplyDelete
  4. Alaa kesian abang Qi.. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. kesiannya.. emm,risau pula.Anak anak ina tak pernah lagi kena chicken pox. Bolehlah ina buat persediaan entri juju ni.Tq ye juju..

    ReplyDelete
  6. nasibaik tk lama sgt qi kena chicken pox...tp kena time kecik2 ni ok lg..kalo dh besar kn die segan sementara parut nk ilang kn tp kalo yg kena HFMD lg sian...kwn akak skarang ank die dh 5 hari demam kena HFMD tu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sembuh dah abang Qi...PC pernah kena chickenpox 2 kali...Allahu...sekolah tadika sekali...sekolah kebangsaan sekali....parutnya sampai sekarang ada...parut kekal...orang kata itu ibunya....huisss..

    ReplyDelete
  8. Risau jga sebab anak-anak belum lagi kena chicken pox ni...

    ReplyDelete
  9. ijat lom kena chicken pox lagi.
    hmmm risau jugak.
    ni dia demam takde tau, Ju.
    asyik la selsema. berulang-ulang.
    baik nyer kejap. menghidap nyer lama.
    aduhai...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER