Pernah dengar jenama Kao? Kalau masih samar-samar, anda pasti pernah melihat jenama Kao shampoo dalam bentuk sachet kecil-kecil? Jenama shampoo yang popular di kedai-kedai runcit zaman 90an sejak dahulu lagi. 

Untuk makluman terkini, produk Attack, Magiclean dan Merries pants adalah jenama dibawah satu payung yang sama Kao, produk pilihan No.1 di Jepun. 

Ramai yang kongsikan di sosial media mengatakan jenama Kao sangat terkenal sejak zaman mereka masih kecil lagi dan selalu di sebut-sebut oleh kebanyakkan orang-orang  senior terdahulu. 

Masa julia kecil, terutama abah kalau nak beli barang penjagaan isi rumah seisi keluarganya, jenama Kao selalu penuh dalam trolinya.

Kao Produk Penjagaan Rumah & Keperluan Keluarga No.1 di Jepun

Di rumah julia sendiri akan pastikan senarai barang dari Kao dibawah kena ada antaranya:

๐Ÿ‘‰Attack softener powder ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Bahan serbuk pencuci baju Attack dapat menyental kesan kotoran degil terutama di kolar baju sekolah anak. Caranya julia rendam dulu sekejap dalam setengah, kemudian masukkan dalam mesin basuh.

Selain itu ia menjaga warna kain asal tidak mudah luntur. Bau sudah semestinya wangi dan tak bau hapak. Lagi jimat duit poket sebab sabun pencuci attack ni bersekali dengan softener tau, tak perlu beli softener asing macam dulu dah, sekarang lagi memudahkan kerja. 

Bila lipat baju yang sudah kering, harum dan tidak berbau kepam kalau simpan lama didalam almari.


๐Ÿ‘‰Magiclean stain & mold ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Paling tak suka kalau nak basuh bilik air terutama nak kena sental dinding bilik air. Tapi dengan adanya magiclean stain & mold kerja julia menjadi mudah. Ia sangat sesuai di gunakan untuk dinding bilik mandi, lantai rumah, lubang saliran, tirai mandi dan mangkuk tandas.

Selalu kawasan mangkuk tandas celah-celah yang susah nak di berus yang memeningkan kepala kan, dengan bantuan magiclean masalah selesai lebih kurang dalam 5 minit sahaja.



Produk Kao Pilihan No. 1 Japan

๐Ÿ‘‰Magiclean handy duster ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Pernah tak hadapi masalah untuk buang habuk perabot terutama almari baju, penghawa dingin dan kipas angin di rumah?

Ianya boleh di laraskan mengikut ketinggian tau, macam penghawa dingin kan tinggi, jadi kita boleh lap habuk di atasnya dengan mudah sebab kain handy duster ini memerangkap habuk dari berterbangan dan jatuh ke lantai. 


Kalau habuk di belakang TV dan belakang almari pun boleh di buang tau, kadang-kadang wayar berselirat pun penuh habuk. Tak payah tunduk dan membongkok keterlaluan, handa gunakan handy duster magiclean semua selesai dengan pantas. 

Jadi tiada lagi masalah pencemaran habuk dan bertebaran ke perabot bawah yang lain. 

๐Ÿ‘‰Magiclean kitchen ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Julia suka memasak di dapur, selepas masak julia akan pastikan semua kelengkapan dapur dalam keadaan tidak berminyak dan tak melekit. Cara dulu julia berkali-kali lap minyak yang merecik dengan tisu dan sabun cuci pinggan, tapi berair sana sini, sampaikan buang masa banyak di dapur sahaja. Kerja lain banyak lagi tak buat terutama mendobi dan sebagainya.

Sejak adanya magiclean kitchen, kerja julia lagi pantas siap. Lepas masak hanya perlu spray sikit atas kain dan terus lap di permukaan jubin dapur dan kawasan terkena minyak. Sepantas kilat dapur bersih dan bersinar-sinar.

Kelebihannya, ia berkesan memecah dan menanggalkan kesan berminyak, kotoran melekat dengan serta-merta, menjadikan dapur bersih dan segar.


๐Ÿ‘‰Merries Pants ๐Ÿ‘Œ
Kebetulan tergerak hati nak hadiahkan set Merries Pants dekat anak kawan blogger yang lebih kurang usianya setahun ke dua tahun. Selalu nampak dekat shopping mall atau pasaraya mesti ada buat hamper untuk anak-anak baru lahir seperti baju dan alat kelengkapan bayi kan. 

Tapi jarang sangat jumpa orang yang bagi hadiah satu set lengkap pampers sebagai hamper, itu yang julia ada idea nak hadiahkan ke semua set Merries dari jenama yang sama ini dekat anak kawan julia tu.

Siapakah si cilik bertuah tu ye?
Tunggu, kita baca dulu apa kelebihan Merries Pants dan kenapa julia pilih jenama KAO sebagai hadiah pemberian istimewa.
Beli Merries kat pasaraya lepas habis waktu bekerja.

Kebaikan dan kelebihan Merries Pants 
  • Kering & tahan lama - Terdapat tiga sistem lapisan membuang kelembapan dari bahagian dalam lampin. 40% lebih banyak breathability dan lebih lembut pada kulit si kecil.
  • Soft Poo Leak Guard  - Permukaan bergelombang dengan berkesan merangkap pembuangan lembut dan menghalangnya daripada menyebar dan tiada kebocoran. 
  • Super penyerapan - Blok unik Merries meninggalkan permukaan kering lampin untuk kegunaan yang lebih lama. 
  • Permukaan Ultra Lembut dan Fluffy yang lembut untuk kulit bayi - Lembaran dalaman dengan permukaan bergelombang mengurangkan kawasan sentuhan kulit sementara lembaran penyerap fleksibel sesuai dengan perubahan bentuk kulit bayi sehingga kanak-kanak.
  • Cute Merries Bunnies Designs - Reka bentuk comel ini membawa senyuman setiap hari. 
  • Lembut Magic Reusable Magic - Meter hijau di depan menjadikannya mudah untuk mengenal pasti lampin penuh atau tidak.
  • Indikator Wetness Perubahan Warna - Apabila jalur menukar warna menjadi hijau gelap, sudah tiba masanya untuk menukar lampin.

Size dan berat seseorang kanak-kanak boleh lihat dekat belakang Merries Pants tu, macam julia survey agak-agak umur si cilik tu dan beli yang besar sikit, nanti dia dah sesuai nak pakai size ni tak rasa membazir dah. 

Pengalaman sendiri...
Yang buat julia suka dengan merries ini sebab ia menjaga kulit bayi, tidak bocor dan kanak-kanak selesa pakai. Pernah melalui kenangan beberapa tahun lepas, anak sendiri pakai bermacam jenis keluaran pampers. Kena ruam teruk, sampai gatal-gatal punggung dia. Nak menangis pun ye sebab fikir apa penyebab utama naik begitu teruk ruam. 

Rupanya rujuk ke klinik, doktor cakap pampers berkenaan tidak sesuai dengan kulitnya. yang sangat sensitif. Bertukar lagi jenama lain. 

Mengkagumkan! Bila sepupu sendiri beri maklumbalas dalam komen di instagram mengatakan kedua-dua anaknya memakai Merries, kata beliau Merries tidak bocor dan selesa untuk anak-anaknya. Lagi lah julia puas hati nak beli dan hadiahkan kepada si cilik bertuah tu nanti.


Testimonial dan komen pembaca julia di ruangan media sosial tentang Merries.
  1. Basyirah_baihaqi: Pampers ni memang best kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ baihaqi pakai tahan x bocor. *(Pengalaman sepupu julia sendiri)
  2. Nina: Pernah pakai.  Bagus lembut jer...
  3. Eiza: KAO jenama terkenal yang dah bertapak. Product pun berkualiti.
  4. Nor Azlina: Comell.. tau kao produk mandian je.Bagusnya... ada juga utk penjagaan baby ye.
  5. Mohd Izhar: Jenama yg cukup di percayai.
  6. Mohd Shakir: Phew...masih bertahan ek KAO ni..dari sy skolah rendah rasanya dh ada iklan dia.
Wow! Mengkagumkan, ramai yang beri maklumbalas positif. Kalau nak tahu selain boleh dibeli di pasaraya, ia juga boleh di beli melalui media online antaranya Shopee, Lazada dan lain-lain. 

Mari tonton video pendek anak julia yang berusia 6 tahun berkongsi kisahnya tentang kasih sayang, dan dengan siapa dia nak hadiahkan hamper Merries ini. 


Sudah dengarkan, si cilik comel yang bertuah tu selalu julia lihat dalam Instagram dan Blog ialah si kecil Aariz anak kepada Blogger Ben Ashaari. Harap Aariz suka pemberian hadiah hamper Merries ini dari Qaiser ilman ya. 
Aariz, comel sangat dia ๐Ÿ˜

Ben Ashaari bapa kepada Aariz selalu kongsikan pengalamannya bercuti ke luar negara iaitu negara Jepun diblognya, berikutan Merries ini berasal dari produk No. 1 Jepun mesti keluarganya suka nanti. Dalam masa yang sama julia nak didik Qaiser ilman supaya murahkan hati dan ikhlas berkongsi rezeki dengan keluarga dan rakan tersayang tanpa mengira latar belakang dan agama. ๐Ÿ’“

Nak dapatkan maklumat lanjut boleh layari info di bawah:

15 Comments

  1. wahh kalau ada anak nanti jenama ini jadi pilihan..

    ReplyDelete
  2. Waaaahhh. Tqqqqq Juju!!! Tak sabar nak pakai.. Aariz nak pakai. Heee..

    ReplyDelete
  3. wahhhh, best la aariz dapat pampers daripada abang QI!

    ReplyDelete
  4. Belum pernah pakai jenama ni..boleh try..macam best je..wah aariz dapat ye..mesti abang qi suka tengok aariz ni erk..hehe

    ReplyDelete
  5. Biasa dgr produk ni tpi x pernah try..

    ReplyDelete
  6. Waahhh bertuah Aariz..comel la dia..

    ReplyDelete
  7. macam best la merries ni...mana ek K.Sal nak dapatkan sample...nak try untuk anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sal boleh dapatkan sampel merries dengan klik link website di atas kak sal...nanti scroll dibawah sekali ada free sample pelbagai jenis size boleh sis bg anak cuba.

      Delete
  8. Waahh selesa sampai duduk macam tu,, huhuh

    ReplyDelete
  9. Menarik.. Tq kak ju sharing. Nnti leh yanie usha. Sbb bny kne blajar ni untuk bakal baby. Insya-Allah

    ReplyDelete
  10. Menarik, boleh cuba pakaikan kat Aiyra.

    ReplyDelete
  11. Haishhh... Rasa nak cuba plak untuk aqeef.. Hihihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)