Kisah RAYA 2018, Ini Barulah RAYA !

by - Thursday, June 28, 2018

Potret raya pink diabadikan.

Ini baru lah Raya! Kata abg Qi hahaha. Warna pink lembut you all ke main sebatu nampak haha. Habis jejaka kesayangan julia semua pakai pink, sporting habis suami dan anak pakai tema merah jambu, terus nampak sweet je terletak dekat diorang berdua. Syukur!

Kami buat persediaan baju raya sebelum bulan puasa lagi. Maksudnya beli dan tempah semua sebelum bulan puasa termasuk hantar dobi untuk di seterikakan, baru nampak terletak dan tak mudah kromot. Masukkan dalam boot kereta terus balik kampung.

Tahun ini kami beraya 3 negeri di Pantai Timur.
Pahang, Kelantan dan Terengganu. Keluarga mertua nak kenalkan menantu dia semua sanak saudara berada di sana. Rupanya ramai saudara suami belah Pantai Timur, kami balik 2 hari sebelum hari raya. Jalan tak berapa jem sebab kami ikut jalan pantai menuju ke Kelantan syukur alhamdulilah.

Ececece tengok gambar kat bawah haha. Kasi can la dekat kami nak photoshoot bertentang mata 1 Syawal di bumi Kelantan. Ya, inilah pengalaman pertama julia bersama suami dan anak beraya di Kelantan. Sehari sebelum raya sempat beli juadah di bazar kawasan Melur, Kelantan. 

Nak jadi cerita di bazar Kelantan tu ada pakcik jual kuih Kuba Guling, murah je terus beli RM4 je satu plastik. Rasanya sedap macam kuih kasui sikit dan rasanya ada rasa sabut arang. Rasa itu mesti ori hehe. 
Hai pinky boy!😂

Gambar di bawah semua geng biras. Nampak semua cantik-cantik kan. Geng bergosip pun ya ni, semua biras julia ni rajin sangat ke dapur. Ada je menu-menu sedap yang diorang buat. Nanti akhir sekali julia tunjuk gambar lauk geng biras masak ye. 

Abg Qi bersama geng sepupunya di pagi Syawal. Masa ni bukan senang nak suruh diorang semua berdiri dalam 4 saat mewakili 4 gambar lain haha. Mujur dapat ambil awal-awal dapatlah kenangan mereka beraya sekali sebelum comot. 

Antara kenalan saudara keluarga mertua di Kelantan, cantik rumahnya kan. Suka tengok. Lagi meriah semua keluarga family mertua bersatu dalam gambar ni. Macam-macam warna tema. 

Gambar close up satu-satunya Abg Qi ada hehe, bukan senang nak snap gambar anak bujang ni tau. Ada je nak berlari sana, sini. Almaklumlah jumpa kawan-kawan dia mana mungkin duduk saje kan. 

Raya kedua bersama ibu mertua dan geng biras lagi. Beraya lagi sampai lebam haha. Sedap-sedap juadah raya di Kelantan. Meriah sangat rasa. Syukur!

Tadaaa! Ootd hari raya pertama kain lace dari Bandung dan raya kedua kain corak batik dari Bandung juga, masuk raya ketiga dan seterusnya semua pakai blouse kosong dengan skirt panjang. Senang ringkas digayakan bila-bila masa.  Pastinya tema pink masih ada juga kan. 😅 


Lauk yang dimasak oleh Julia dan geng biras. Julia masak gulai daging dan acar sayur, geng biras masak kambing bakar, rendang ayam, ayam masak merah dan air. Sedapnya, rewang raya keempat kalau tak silap ni di Pahang rumah mertua. 

Nanti julia update gambar raya di pejabat, baru je selesai buat jamuan hari raya semua bahagian. Meriah!

You May Also Like

7 Komen Sini [Click]

  1. selamat hari raya utk juju sefamily...gmbr potrait sefamily tu gaya dato and datin gtu..cantik bj raya juju pinky2

    ReplyDelete
  2. smut banyak baca entry ni..hihi..selamat hari raya juju..:)
    psstt..naper sweet sgt pakwe i tu..hihi

    ReplyDelete
  3. cantiknya baju raya akak, selamat hari raya kak Julia :D

    ReplyDelete
  4. berkenan dgn deko dalm rumah tu.. nmpk mewah...
    selamat hr raya juju..

    ReplyDelete
  5. Cantik kaler tema..light2 pink gitu

    ReplyDelete
  6. kemain bergaya lagi si comel tu kan..cantik pulak la warna pink kalau lelaki pakai....selamat hari raya julia

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya Julia!

    Cantik baju raya juju. I like hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER