Persiapan Raya 2018, dah ke?

by - Monday, May 07, 2018

Sekarang semua kena cepat, tiada istilah alaaa tunggu nanti malam raya mesti ada jualan murah, harga murah, harga lelong. Ishhh tak ada makna dah semua tu, pernah dua tiga tahun sudah pi juga malam raya konon-konon kot kot la dapat harga murah ke kan...non hado. 

Harga tetap harga asal, serius kalau ada sale pun entah apa-apa je baki yang tinggal...kau nak pakai kain perca ke kat badan masa raya? Hahaha, saje nak test korang.

Bukan nak cakap besar, tapi aku berhati besar la nak kongsikan pengurusan masa. Siapa cakap aku tak pernah melalui saat genting, waktu malam raya beberapa tahun sudah, masa tu abg Qi kecil lagi, konon nak pi chowkit nak pi cari baju Melayu untuk suami...haaaaa teruk punya kesesakkan jalan raya...

Ish malas nak cakap panjang-panjang hal ni korang pun faham sangat KL ni macam mana kalau musim nak dekat raya, belum masuk bulan puasa pun dah sesak teruk, haaa tengok!

Lagi-lagi kawasan parking kat jalan TAR tu semakin tenat, serius parking belakang KWSP tu pun dah kena pinang buat bangunan. Makin terasa la masyarakat KL...apa nak buat, sekarang kan alasan naik Grab, naik Uber tu semua...kadang-kadang yang ada kereta lebih selesa nak bawa kereta sendiri...yelah bukan seplastik ko borong, kalau boleh almari pun ko nak bawa masuk kereta kan hahahahha.


Checklist raya lelaki : 
  1. Baju kemeja kanak-kanak
  2. Baju kemeja lelaki dewasa
  3. Seluar jeans kanak-kanak
  4. Seluar jeans lelaki dewasa
  5. Baju tshirt kanak-kanak
  6. Baju tshirt lelaki dewasa
  7. Baju Melayu kanak-kanak
  8. Baju Melayu lelaki dewasa
Siapa cakap orang lelaki pakaian dia sikit? Tu dah aku senaraikan dekat 8 jenis set lelaki dewasa dan kanak-kanak yang aku sendiri pun hairan, patutlah kat rumah tu kalau lipat kain, menimbun, so jangan salahkan kaum perempuan je banyak segala mak nenek. Lelaki pun sama tau.

Dimana aku dan suami memburu pakaian tersebut, kena dengan tagline "Murah, Berkualiti, Terletak di badan, Tak macam kain buruk, Readymade (cepat beli menang memakai ewahhh)" haa kemain tagline dalam kepala aku. Kena menepati apa aku nak.

PADINI
Dulu aku pelik, kenapa geng mak-mak suka sangat dengan Padini. Pernah gak la aku cakap tak suka baju branded ni, rupanya padini bukan mahal sangat tau, aku perhatikan dari segi KUALITI + KETAHANAN padini menang. 

Seluar jeans kanak-kanak terutamanya, memang cantik potongannya, nampak bergaya dan bila abg Qi pakai nampak dia selesa. Itu sudah cukup beri kami sebagai parent kepuasan. Baju raya kedua dan seterusnya kami banyak borong dekat Padini je...puas hati !


SOGO
Apa lagi kawasan budak la, cari kemeja dan t shirt, banyak pilihan terutama Polo, Diesel dan Jeep. Harga dari RM10 sampai ke atas. Suami semalam kuat bekerja cari dalam timbunan baju kemeja budak-budak, dapat RM10. Cantik plak tu, brand Diesel, serius aku belek baju kemeja budak-budak tu betul ke RM10...ye tak di nafikan detail kemeja tu boleh mencecah RM70 ke atas sehelai kalau belek dari segi kualiti. 

Suka aku! Dekat 6 pasang campur tshirt dan kemeja khas untuk abg Qi kami borong kt Sogo. Pilihan brand lain pun ada macam Padini, tapi agak terhad dan ramai orang plak nak pilih. 


 Singgah Lulu Hypermarket, nampak ni. Hmm aku tak beli, tengok je. Menarik !

JAKEL 
Aku terkilan sikit terutama untuk size orang dewasa, baju Melayu la. Yang ada size besar  agak limit sangat, kenapa tak buat semua tema tu ada size besar, dalam Malaysia ni semua badan model keeeeeeee....hmmm 

Baju Melayu budak, harga okey lah walaupun mahal sikit, cuma warna lembut yang aku nak tiada...yang ada 1 warna satu tu jelahhhhhhh....cuba buat, 1 warna kod ada 3 jenis perbezaan, pekat, lembut dan warna pertengahan.

Takkan satu warna tu je di jahit...please ada variety warna untuk 1 warna, pecahkan jadi banyak warna pilihan...baru semangat pelanggan nak beli ye dak. 

So this year, tiada apa beli di sini. Next!


Sabtu lepas aku tengok orang dah berduyun ramai beli. 
Serius belum bulan Ramadhan lagi tau. 
Mujur survey awal, sebelum kecewa haha.

ARIANI
Sempat beli 2 helai shawl dekat Ariani, sebab dah pakai lama sebelum ini dan aku puas hati, cantik terletak, so aku rasa pelaburan pahala kat sini aku suka. Reward sekali sekala apa salahnya kan. 

Bukan selalu beli. Kadang-kadang kita perlu beli sesuatu yang menampakkan kita akan lebih rasa elegan, baru keyakinan diri akan datang sendiri. 

Kegemaran, harus la Shawl Satin Essential tu. Bidang besar dan bila pakai terletak...terus perasan kau lah paling ayu hahaha...

Selfie dulu, pantang hahaha!

KAMDAR
Parking susah, kena bijak. Aku dengan abg Qi pi survey baju Melayu kemudian baru suami keluar dari kereta cari baju dia pula. 

Aku suka KAMDAR ! Tersangat suka sebab tagline apa yang aku nak semua ada kat sini. Murah, berkualiti dan terletak pada si pemakai. Kamdar sekarang tak macam kamdar dulu tau, kamdar dulu aku tak berapa suka sangat haha...kamdar sekarang wow!

Warna merah yang abg Qi pakai bukan warna tema 2018 bagi kami ye. Ni promoter minta test size je. Abg Qi 6 tahun size yang dia pakai size 7-8. 

Tapi merah ni buat aku hampir-hampir kecundang di tasik madu haha...yelah lain warna ko nak kan...lain warna pulak macam nak rasa terpaut...ehhhhhh! Buta warna dah aku sebab semua kain dia cantik-cantik.

Kalau warna Ungu ada 3 jenis ungu, 
Kalau warna hijau ada banyak jenis hijau...

Haaaaaaaa macam inilah yang aku suka sebagai pelanggan...variasi warna pilihan. 

Terletak, segak, harga pun murah. Set abg Qi pakai ni sekali dengan sampin baru RM53 lebih...murah tak awak?

MURAH !

Size dah cun, ngam, terus minta promoter cari warna yang aku nak. 

Kemain abg Qi korang ni pose, 
habis satu floor dia berlari-lari konon nak suruh orang lain 
tengok hahaha tolonglah abg Qi jangan hover sangat haha !

Tak sampai setengah jam selesai urusan cari baju Melayu anak kat sini, alhamdulilah. Sekarang aku duduk dalam kereta, suami pun suka tengok wajah aku gembira dari jauh, sah dah dapat apa aku nak. Terus suami ambil sampel baju anak pi cari baju dia pulak.

Lagi sekali kamdar buat aku double triple happiness...size besar ada, warna sebijik sama dengan warna baju anak beserta material kain. Harga dalam RM70 lebih sepasang. Murah kan?

Ya untuk size besar dengan harga macam tu MURAH sangat, kain pun terletak, kain bukan kain murah tau, jenis kain ada kualiti. Syukur. Terima kasih KAMDAR !

Sunway Putra Mall
Suami beli baju kemeja, kat sini ada size dari kecil sehingga size plus size. Senang hati aku kerja dok cakap yes or not okey. Tu je. Yang lain ikut je sebab aku suka lihat family aku pakai ala-ala dekat-dekat sedondon di hari raya nanti. 


Baju raya aku? 
Ingat tak beberapa bulan lepas aku ke Jakarta dan Bandung, aku dah beli banyak pasang kain. Sekarang kat tailor lagi, insyaAllah tak lama lagi siap. Buat biasa-biasa je, janji selesa pakai sudah.

So far sekarang dah 80% persiapan raya sudah beli. 20% lagi macam kuih raya tunjuk dengan kasut raya je belum beli. Yang tu nanti-nanti la kan sebab nak beli pun dekat area rumah je pun. 

Syukur, baju Melayu anak lelaki dan suami dah dalam genggaman, beli siap tau, best dan menyeronokkan sebab dapat apa yang dihajati, cantik plak tu haha...nanti nak hantar dobi cuci dan seterika terus, baru la malam raya tak bising baju berlubang dengan seterika panas sendiri haha.

Selingan...nasihat padu!
Bab hormati anak, suami dan isteri di public. Ambil peka dengan mulut sendiri ya, aku ni diuji dengan public yang tak segan silu mengherdik anak, menjerkah anak, mencubit anak tahap anak kecil tu sebak di belakang aku sendiri...isteri pun sama tolong jaga suara. Kalau nak pilih warna tema raya dengan suami pun hormat sikit suami anda, jangan tanya suami dengan suara kau 1 kilometer boleh dengar. Kuat sangat cakap tu, aku pun segan cepat, cepat minta abg Qi fitting.

Malu tu banyak sikit, ya Malaysia ni beriklim panas, ada kala emosi dengan cuaca ada gak la bersangkut paut...ni asyik golongan segelintir Melayu juga aku jumpa berperangai negatif...jaga mulut, jaga intonasi suara, nak marah anak tu jangan la keterlaluan...cukup belajar isyarat mata. 

Budak-budak biasalah, layan kerenah comel diorang, nanti dah semua dewasa, jangan ditanya kenapa kita sebagai mak ayah diperlakukan sedemikian, ingat apa kita buat dekat mereka tika kecil. Takkan makan pun kena herdik cepat makan, comot tak boleh langsung...hellloooooooooo kau pernah jadi budakkan?

Apa kau rasa bila mak kau herdik kuat-kuat dekat orang luar...malu? Fikir banyak-banyak sebelum buat tindakan...aku malu la sebab banyak tempat aku pergi ada je aksi kurang senang dari wanita sendiri...jaga-jaga, malu sendiri orang tengok. 

Korang persiapan raya 2018 macam mana? 
Itu semua tips tempat yang aku pergi. Kalau korang dari A sampai Z tempah, tak payah baca entry ni pun tak apa...ni entry untuk kaki jalan, kaki shopping barang murah sesuai di baca haha. 

Okey boleh tumpu bulan Ramadhan 2018 elok-elok, tak pening dah nak fikir macam-macam. Semoga dipermudahkan urusan julia sekeluarga dan anda semua. Bye!

*Baca: Adab Beraya

You May Also Like

11 Komen Sini [Click]

  1. syok juju dh 80% siap tu..tkyh pening2 pale dh..lgpn mmg rmi shopping awal sbb tkmo sesak kn...akak ni sejak beberapa thn sudah pki mn ada je...faktor usia gamaknya hehe...tp last2 minit ada yg ok sempat la grab tp utk ankdara tu ada la bli bj kn tp thn ni die nk pki bj thn lps..tktau la tu...nanti tgk ada yg ok die nk ..blikan la..tgk mood die

    ReplyDelete
  2. amboi dah shopping raya. Baju raya sponser untuk cik nor ada tak?haha

    ReplyDelete
  3. menarik. kena tiru tmpt juju shopping ah. xyh pening2 pk nak beli kt mana dah..

    ReplyDelete
  4. Sama la kita juju, suka beli barang harga yang murah dah berkualiti. Persiapan raya huda pun dah 80%. Baju raya huda dan anak2 semua dah ada. Lega sgt. Bulan ramadan tak pyh kalut nk g shopping.

    ReplyDelete
  5. IQ pun dah start beli baju Qaid sket2. sbb xnk load byk sgt nk kne bli last2 mnit, nti nk smpan utk raya lgi. huuu

    lebih kurg je plihan kita beli baju anak. heee

    ReplyDelete
  6. Wah settle semua dah .. sama la.kita Juju settle awal2 senang takyah nak pening kepala nanti.. kakya baju melayu baju kurung tempah jer beki kain awal2.. cuma tambahan utk anak2 belum lengkap lagi..

    ReplyDelete
  7. yeayyyy sama la kita dah setel semua,eh nak blogkan juga la nanti hehehehe...setel awal2 ayah humaira dah warning no more shopping di bulan ramadhan huhuuuu

    ReplyDelete
  8. Cm ne ni..lum shopping baju raya lagi..Huhuhuhu..Tema pun masih dalam dilema. Haha

    ReplyDelete
  9. Rabia awal2 lagi dah beli baju raya.

    ReplyDelete
  10. Akak baju raya dah siap, tempah je utk yang perempuan. Tinggal yang lelaki je belum beli.

    ReplyDelete
  11. haritu pun masuk padini, pergh macam-macam baju ada..belum beli lagi baju untuk raya tahun ni..hahaha..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER