Jauh sanggup datang sebab sedap punya pasal !

by - Wednesday, May 30, 2018

 Meja reserved tepi restoren, mendamaikan hati saat menunggu waktu berbuka puasa. 

Tak sangka, aku dan suami pun rindu nak makan sedap dekat Kuala Selangor. Apa lagi ikan segar dan menu yang ringkas tapi membangkitkan kesedapan berbeza tau. Kami memang sekali sekala akan ke sini, nak makan ikan siakap stim masak nyonya. 

Sampai ke sudah berapa kali sampai pun tetap tak boleh agak bahan apa yang digunakan sampai buat ikan tu jadi sedap sangat...stress bila tak dapat tau haha.

Sesekali nampak bot dan perahu laju bawa penumpang pelancong dari luar negara. Seronok sakan mereka ber Eagle Feeding. Kami dah naik dah bot laju kat sini, memang best la weh.

Senja semakin berlabuh, sungai tu tetap besar macam tu la, tetap mengalir tanpa sekelumit rasa putus asa walaupun ada sesekali nampak bekas air melampung di dasarnya...apa jua berlaku dalam hidup, jangan pernah mengalah, teruskan usaha sampai impian kita tercapai. 

Dari angan-angan jadi cita-cita, jadi terlaksana...ada benda yang aku dulu angan-angan, pernah terlintas untuk dapatkan...rupanya dari angan pun Tuhan makbulkan akan datang. 

Apa salahnya kita angan dalam diam dan berdoa, minta Tuhan tunjuk jalan kita. Kalau buntu, tak tahu cara, minta dipermudahkan cara dan usaha, kita bukan Tuhan, kita ada Tuhan, dia yang jadikan kita, pasti Dia sayang kita bila kita rajin meminta padaNya...tapi timbal balasnya, jangan lupa amal suruhanNya...baru ada manafaat bersama. 

Ini dia ikan siakap masak Nyonya style stim, lauk ini memang jadi kegemaran aku dan suami. Anak julia suka lauk kering, ayam masak kam heong jadi rebutannya. Ada sayur campur dan tauhu jepun hot pan, membangkitkan rasa dan mood untuk berbuka puasa di Kuala Sungai. 

Mi Kicap ni pun sedap, bukan mi biasa tu, size mi agak besar dan kenyal. Sedap di makan waktu panas-panas. Gambar bertiga kami, bertiga sekali sekala kan lebih baik, lebih rasa mesra dan nak bersembang pun telus, gurau pun boleh terlajak hahaha. 

Sebelum waktu berbuka lagi, aku dan suami singgah ke sini. Kuala Selangor memang terkenal dengan ikan segarnya, baru-baru naik ke darat, apa lagi beli tong putih tu RM5, beli ikan merah, ikan kerisi dan ikan siakap. Bestnya kat sini ada khidmat menyiang, apa lagi memang semua ikan tu bersih di siang sekali buang sisiknya. Balik rumah simpan dan agih dalam bekas. 

Tips Beli Ikan Segar: Nak tahu ikan tu segar atau tak, pegang badan ikan, kalau pegang pejal dan keras serta mata tak merah itu segar. Kalau sebaliknya pegang lembik, berjeli dan mata merah itu ikan sudah lama. 

Ikan segar memang agak mahal sedikit, itu sebab kalau beli dari punca utama memang terasa sikit mahal. Kalau beli direct dengan nelayan mungkin kurang sikit kot harga, harap ada la nanti beli kt nelayan terus one day. Panas-panas beli dari bot ikan. 


Suami yang suka beli ikan, memang dia tak berkira dalam soal beli barang segar. Seronok abg Qi pi pasar basah semalam. Ajar dia harung lecak air ikan hahaha, baru dia tau susah senang nak pi pasar beli ikan segar. Selalu asyik makan ikan sejuk beku dekat pasaraya je, naik sebu dah rasa. Sesekali beli ikan segar, semangat nak masak. 

Ini kegiatan aku semalam dengan keluarga kecil, bulan puasa pun melangkah kaki jauh ke tempat orang, sedap punya pasal ! Hehe. Petang ni semangat nak masak Ikan Merah masak gulai tanpa santan, buat sambal belacan fuhh kecur ailio bulan-bulan puasa ni haha, lusa nak masak ikan siakap tiga rasa, perghhhh dasat aku ni, musim ramadan rajin melampau kat dapur haha. 

You May Also Like

16 Komen Sini [Click]

  1. Ai tengok mata ikan je nak tau segar ke tak.. malas pegang =P

    ReplyDelete
  2. Best kan dpt beli ikan segar².

    ReplyDelete
  3. kalo sedap..jauh pn org akan pi kn

    ReplyDelete
  4. bestnya..fresh betul ikan ikan ye.Satu lagi tips nak tau segar ke tidak ikan dengan melihat insang ikan.Jika pucat,tak segar lah. ehehe.Tapi nak ke kita duk belek insang ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal ina...nak ke cek insang hehe, tp tips juju bagi simple je, tq sebab tambah tips juju lagi...terbaik!

      Delete
  5. Sekali sekala pi gak beli ikan seafood kat sini . Jauh tapi berbaloi kannn... Puashati !!

    ReplyDelete
  6. penah pegi eagle feeding dulu memang best kan

    ReplyDelete
  7. tgk ni time thari.. ikan mentah pn nampak sedap. adeh..

    ReplyDelete
  8. hehehhe.. saka rajin dah maiii

    ReplyDelete
  9. sori tanya...kedai makanan cina ke ni

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER